"Mahathir letak semua jawatan dalam Umno"
Saya terima berita yang menarik tetapi tidak mengejutkan ini daripada isteri saya sebaik sahaja pulang rumah dari pekan Sg. Buluh kerana membeli lauk-pauk disebabkan isteri mengistiharkan dapur tidak berasap. Puncanya bukanlah isteri bersedih atau ingin mencuba dasar keadilan bagi kaum wanita tetapi tekanan air ke rumah saya di hutan dalam Kuang ini sentiasa rendah sangat sehingga berjam-jam tidak terbitnya air dari paip dapur.
"What posts? He has no post! He has left Umno?", saya memohon penjelasan lanjut dari isteri saya yang memang bukan kelayakan kewartananan itu.
"That is what i hear. 'Letak semua jawatan'", tegas isteri yang tidak nampak apa bezanya 2 perkara yang saya timbulkan itu.
Saya pun terus memeriksa saluran alternatif kerana berita perdana tidak ke udara pada jam 2 petang. Malaysia-today.net ada ternampak berita yang sedemikan. Kemudiannya saya check Yahoo! dan confirm dari AFP yang memang beliau keluar dari Umno.
Tidak sempat saya nak menganalisa implikasi kabinet suruh Peguam Negara mengkaji tindakan ke atas mantan PM yang turut tersebut dalam kes video Lingam, dah Mahathir yang masyur dengan kata-kata 'perjuangan yang belum selesai', meletupkan sebiji bom tangan buatan dirinya sendiri.
Yang saya memang menduga sepertimana tulisan saya yang paling awal dalam blog ini mengenai gergasi Malaysia ini ialah yang Mahathir ini merupakan politikus paling handal abad ini dan tidak mudah Pak Lah atau Anwar atau sesiapa pun melainkan Yahudi yang mampu menundukkannya.
Saya rasa Mahathir sedang merancang gerak-geri politiknya untuk sajian umum. Saya tidak percaya Peguam Negara berani mahu berikan mikrofon kepada insan yang bernama Mahathir dalam kotak kandang OKT - orang kena tahan. Macam-macam akan terbongkar dari mulutnya yang tidak akan menuruti senarai protokol maupun kronologi kejadian nanti. Tahap Mahathir bukan dato dan datin. Tahapnya dari YAB sehingga DYMM.
Adapun pemberhentian dari Umno adalah untuk mengutarakan satu kenyataan politik paling dasyat yang boleh dibayangkan setakat ini. Iaitu bahawa perjuangan Melayu ini yang belum selesai pada zaman beliau menjadi PM kini sudah tamat. Bukan selesai tetapi gagal. Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa tidak gunanya dia berada dalam Umno kerana orang bukan Melayu sudah tidak ingin apa yang diperjuangkan oleh Umno. Mahathir menyebut perkara yang saya tidak berani sebut di sini takut-takut saya melanggar Akta Hasutan.
Mahathir sebut tidak apa kerana dia itu mantan Presiden Umno. Saya ini Cina yang sudah murtad bahasa Cina dan masuk Melayu pula tetap tiada hak menyebutnya. Cukuplah kita baca atau dengar akhbar rasmi nanti sebutir-sebutir ayat yang Mahathir ungkapkan. Pada teorinya Mahathir boleh kena dakwaan Akta Hasutan sekali lagi sehingga double charge. Tetapi saya rasa tidak. Ramai lagi Melayu yang mengungkapkan lagi kesat terhadap ketuanan Melayu dan Kesultanan Melayu yang dibiarkan begitu sahaja.
(hmm.. tadi saya kata takut sebut. Tetapi apa nak buat, sudah tersebut pada ayat yang lepas! Tak pe lah. Harap-harap saya boleh gunakan alasan saya Cina murtad dan masuk Melayu untuk kekebalan politk).
Pertama. Mahathir has nothing to lose. Jika mau kalah memang beliau tiada apa lagi nak buat. Hidupnya sudah sampai penghujungnya. Semua usaha terakhirnya untuk negara yang belum selesai tidak dihargai seperti Dinar, Open Source, Subjek dalam Inggeris, Jambatan Bengkok, Proton, Dwi-landasan dan mengurung Anwar dalam lokap.
Tidak lama lagi pula akan terbit kes Mahkamah Dunia mengenai tuntutan bersama sebuah pulau kecil dengan Singapura. Mungkin Mahathir sudah agak keputusannya dan ingin memulakan rentetan isu bagaimana Melayu itu sudah hilang hala-tuju dan akan tamat perjuangan asalnya.
Umno dulu terkenal dengan menentang Malayan Union. Tetapi ia juga terkenal dengan muafakat dengan MCA dan MIC untuk mencapai kemerdekaan. Kedua-dua parti itu pun sudah sampai penghujung perjuangannya dengan hampir tiada kerusi yang mencukupi maupun pemimpin yang selamat dan sihat.
Mahathir merasakan cara menyelamatkan Umno ialah dengan membersihkan kerusi penggantinya yang disangka bersih. Pengganti baru pun tidak dapat ditentukan Mahathir dengan tepat. Daripada Najib, kini pula Muhyiddin. Dengan terkeluar dari Umno, Che Det kini sudah membatalkan haknya bersuara dalam Umno. Beliau sekarang tidak boleh lagi menyatakan calon pilihannya.

Tetapi sebagai bukan ahli Umno apakah Mahathir pula berhak menghentam Umno dengan hentaman paling sinisnya? Apakah dia kini boleh mengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan Umno tanpa takut dipecat? Apakah juga dia bersedia untuk dikenakan tindakan Akta ISA?
Jalan yang tinggal untuk Mahathir seterusnya ialah untuk mengeluarkan peluru-peluru yang mengejutkan. Seperti bahagian tertentu Akta Hasutan itu baik dimansuhkan kerana sudah tidak ada apa lagi untuk dihalang oleh akta tersebut. Ada lagi beberapa akta yang berkaitan dan saya lihat itu cara Mahathir mungkin menggunakan sekiranya dia dihadapkan ke Mahkamah. Iaitu tentang kesahihah semua akta tersebut dalam menyoalkan tindakannya sebagai Perdana Menteri dahulu.
Sains politik ialah satu jenis seni untuk mencapai satu kebaikan untuk satu tujuan tertentu. Dalam seni itu, segala cara adalah halal selagi ia membawa ke matlamat tersebut. Mahathir nampaknya bersedia menggunakan segala-gala taktik yang boleh dicapainya yang dia sudah terhafal dan hafiz menggunakannya. Mahathir pernah menyoal semua kuasa yang ada di tangan manusia. Daripada hak demokrasi, kuasa raja, kebebasan, keadilan, kronisma, fahaman ulama kepada mana-mana kuasa dunia pun.
Mahathir dikatakan berpemikiran pragmatik iaitu guna apa yang boleh diguna atau potong apa yang tidak guna. Sekarang Umno dan agenda Melayu sudah tidak boleh diperjuangkan lagi olehnya. Maka tinggalkanlah saja. Tetapi ini bukan satu tindakan akademik. Ia adalah tindakan yang amat politikal. Ia bertujuan untuk memghasilkan sesuatu. Mahathir mahu supaya sekurang-kurangnya apabila dia mati nanti yang perjuangannya yang tidak selesai berkubur dengan dirinya sendiri. Sekurang-kurangnya dia tinggal sebagai satu legenda yang degil sehingga hembusan terakhir.
Tindakan Mahathir macam tindakan militan berani mati. Tindakannya menampar muka habis mereka yang tertinggal dalam Umno sekarang. Kini mereka serba-salah. Apakah mereka harus buat dengan ungkapan berani mati ini? Apakah Mahathir ingin tubuh parti baru macam Onn Jaafar dulu? Beliau mesti sudah arif bahawa tidak akan pergi mana parti selain Umno yang sakti itu.
Mahathir mahu menentukan tempatnya dalam sejarah. Bahawa Melayu mencapai bintang dilangit dizamannya dan hilang metosnya di bumi pada kejatuhannya. Selepas ini tiada lagi suara yang mampu melaung tentang perjuangan kaum ini dengan benar-benarnya. Generasi akan datang akan lupa kata-kata saktinya.
Soalan saya, apakah Melayu itu bersedia untuk hilang hak paling istimewanya? Apakah mereka tahu pun apa makna tersirat dalam hak tersebut? Apakah ia adalah sistem kuota masuk IPTA? Atau potongan harga peratus dan kuota pembelian hartanah? Atau beberapa Akta hiasan yang memberi mereka kekebalan? Atau ia lebih dari itu?
Saya bukan Melayu. Saya tidak mempunyai hak. Tidak guna saya mengucapkannya.

3 comments:
Saya tidak setuju dengan pendapat Tuan Red1 D. Onn berkenaan dengan kata-kata tuan seperti berikut.
Pertama. Mahathir has nothing to lose. Jika mau kalah memang beliau tiada apa lagi nak buat. Hidupnya sudah sampai penghujungnya. Semua usaha terakhirnya untuk negara yang belum selesai tidak dihargai seperti Dinar, Open Source, Subjek dalam Inggeris, Jambatan Bengkok, Proton, Dwi-landasan dan mengurung Anwar dalam lokap.
Sebalik, saya rasa TDM lebih banyak kerugian, bukan di dunia sahaja, bahkan di akhirat kelak; sekiranya beliau tidak mengambil kesempatan yang ada semasa masih lagi ada sisa-sisa hayat untuk memperbetulkan prejudis beliau terhadap baginda Nabi Muhammad S.A.W., hudud dan Islam. Saya amat berharap TDM segera perbetulkan berkenaan dengan hal ini sebelum ajal tiba. Otherwise, he will lose everything. Janganlah disebabkan 'ego', maka Islam dilanyak.
Dalam perenggan terakhir, Tuan Red1 D. Onn berkata:
Saya bukan Melayu. Saya tidak mempunyai hak. Tidak guna saya mengucapkannya.
Astaghfirullah al-'azim. Itu sahaja yang saya mampu ucapkan. Saya ingin peringatkan diri saya sendiri, firman Allah S.W.T. akan maksud ayat ke-139, surah Ali Imran yang bermaksud:
Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman.
Sdr,
Saya bukan Onn. Itu nama orang Melayu. Nama qabilah saya Oon yang berasal dari negara Chin lebih empat generasi yang lampau. China itu negara saya tetapi semasa zaman British nenek moyang saya berada di sini dimana perlembagaan negara menghalang saya untuk menghasut bab hak orang Melayu. Saya jika boleh, ingin menuntut hak keadilan sama rata dengan orang Melayu. Mungkin hari ini saya dapat PhD dan menjadi seorang Professor Emeritus. Tetapi saya akur bahawa ini bukan bumi saya kerana China sudah ada. Ini adalah bumi Melayu tetapi yang menjadi musykilnya Melayu sekarang tengah bergaduh. Saya bukan Melayu tak boleh masuk campur. Saya cuma ingin cetuskan ide supaya mereka boleh muafakat.
Dosa Mahathir adalah tanggungjawabnya dan hanya Allah dan mahkamahNya yang sudah berjanji hanya Dialah yang menjadi Raja, bukan kita yang turut akan dihisab tingkahlaku kita.
Wlbgmnpn saya bersyukur atas hak sdr berkongsi nasihat dan meminjam dari ayat Al-Quran tersebut yang cukup bermakna mudah2an kita semua mengambil barakah dan pengajaran darinya.
Wasalam!
Assalamualaikum.
Buat Tuan Red1 D. Oon, mungkin agak terlewat, tetapi saya ingin menyusun jari menghamparkan ribuan kemaafan, sekiranya komen saya selama ini mengundang duka buat Tuan Red1 D. Oon dan juga kesalahan saya dalam menulis nama tuan. Insya-Allah, saya ingat, Oon dan bukannya Onn.
Semoga apa yang Tuan Red1 D.Oon usahakan mendapat keberkatan dan rahmat dariNYA. Insya-Allah.
wassalam
Amzari
Post a Comment