28 May, 2008

Mahathir Ramalkan Kejatuhan BN

Dalam blog Dr Mahathir Mohamad: Pemimpin Pemusnah merupakan sekali lagi kemasinan mulut mantan Presiden Umno dan mantan PM.

Ada yang menganggap keputusan PRU12 yang lepas telah disebabkan oleh seruan Mahathir sendiri supaya bersikap lebih kritikal terhadap BN. Dengan Mahathir masih menyeru tanpa henti di sini akan membayangkan penentuan sekali lagi iaitu dalam PRU13 nanti BN akan kalah pada peringkat negara.

Saya ingin di sini mengimbas kembali detik-detik bermulanya krisis antara Mahathir dengan penganti Mahathir. Ini adalah kisah yang saya terbaca dalam akhbar perdana. Lepas itu apa salahnya saya turut main garam.

Permasalahan mula-mula timbul apabila Mahathir menyatakan yang pentadbiran Pak Lah tidak meneruskan beberapa inisiatif yang telah dipersetujui sebelum Mahathir menyerah jawatan PM. Mereka adalah:

a) Double Tracking Project telah diumumkan ditangguh disebabkan sumber kewangan. Mahathir bidas balik yang kerajaan dan Petronas banyak sekali wang. PakLah kata tak boleh sentuh duit Petronas macam tu. Nampak di sana hasrat baik tetapi kaedah berlainan. Mahathir balas bahawa tanpa mega projek, kontrektor Melayu sehingga pembekal hardware Cina dan pekerja India tiada aliran wang. Ekonomi terjejas, rakyat merungut. Jelas sekali tujuannya baik demi ekonomi dan kesejahteraan rakyat tetapi kerajaan tidak pragmatik macam Mahathir dulu iaitu mengalirkan kewangan tabung negara demi tujuan tersebut. Matlamat melembutkan cara.

2) Kereta Proton dan penjualan Agusta dan pertukaran ketua eksekutif Proton yang berkata AP kerajaan terlalu banyak sehingga menjejaskan kereta Nasional. Tengku Mahaleel ingin ditukar. Mahathir pertahankan. Kerajaan tetap pertahankan tindakannya dan tidak mendengar lagi nasihat Mahathir. Mereka kata Augusta itu tidak menguntungkan. Proton juga harus mencari untung sendiri. Mahathir bidas lagi yang dasar asalnya ialah ingin membangunkan industri automotif tempatan, bukan buat untung cepat dan jadi pengguna totok selama-lamanya.

3) Jambatan Bengkok. Mahathir selama ini mahu mengalahkan negara-negara lain sebagai lebih maju dan lebih bijak. Tetapi Singapura bersedia ingin saman Malaysia sekiranya menyentuh jambatan yang sedia ada kerana perjanjian yang sedia ada dulu lagi. Mahathir tidak kisah kerana tidak boleh terima kita tunduk kepada kuasa luar. Kerajaan kita kata buat apa teruskan jika akan kalah dimahkamah nanti. Mahathir kata itu, 'last straw'. Jelas di sini Mahathir sangat-sangat tidak boleh tahan sikap tunduk kepada orang luar.

Di sinilah bermulanya perang terbesar abad ini yang menyebabkan PRU12 menghilangkan 5 negeri. Kerajaan menuduh Mahathir memungkir janji tidak masuk campurtangan dalam pentadbiran. Mahathir menuduh balik yang mereka memungkir janji tidak mengabaikan dasar kerajaan sebelumnya. Percubaan cuba berbaik dengan Mahathir diusahakan. Mahathir kata ok, tetapi teruskan balik perkara tersebut di atas. Kerajaan masih enggan. Mahathir pun masih enggan hentikan kritikan.

Pembangkang membongkarkan video klip Lingam dalam internet. Kerajaan sangka ini peluang terbaik membongkarkan yang kerajaan sebelum ini korup dan tidak betul dan tidak patut diikuti dasarnya. Isu Lingam dimainkan dalam media perdana. Mendapat sambutan terhangat mengalahkan kes Altantuya. Bapa Altantuya menangis merayu jangan dilupakan kesnya.
Kes Lingam dimajukan sehingga ke Suruhanjaya Penyiasat. Mahathir dipanggil memberi keterangan. Mahathir buat-buat lupa padahal lain-lain perkara waktu British beliau ingat sangat. Kerajaan rasakan sudah cukup terbukti dasarnya tidak boleh lagi memihak kepada corak pentadbiran sebelum ini.

Parlimen dibubar dan PRU12 bermula. Mahathir suruh rakyat menerusi media alternatif supaya bersikap kritikal terhadap BN kali ini. Tun menyakinkan yang dia sendiri hilang tempat bersuara mengenai isu sebenar. Pihak lain kata zaman Mahathir sendiri dulu pun sama. Mahathir menafikan dan berikan contoh-contoh sendiri.

Mukhriz, anak dan proksi Mahathir ingin bertanding di Langkawi. Umno letakkannya di Jerlun yang dikatakan lebih payah untuk menang mudah daripada Langkawi. Keputusan PRU12 mengejutkan dengan kehilangan 4 lagi negeri. Mukhriz menang majoriti besar padahal Kedah kalah mudah kepada PAS. P. Pinang, negeri PM pula kalah teruk sekali kepada PR. Mahathir kata mana pernah PM dari negeri pembangkang. Mahathir suruh diadakan pertukaran pucuk pimpinan dalam Umno. Najib enggan lawan taukeh. Kuli sanggup. Mahathir berubah sokongan kepada Muhyiddin.

Umno mainkan kad perkauman untuk mendesak Melayu menyokong balik Umno. Mahathir mainkan juga kad perkauman bercampur kad merah untuk mendesak Melayu menukarkan pimpinan Umno. Kini Umno menuju pemilihan partinya Disember ini yang kempen menguatkan kem PakLah sudah bermula. Masa yang sama, kerajaan terima lapuran kes Lingam dan minta Mahathir turut dibicarakan atas dakwaan melanggar undang-undang. Keputusan payah dibuat setakat ini.

Mahathir buka blog chedet untuk mula membina sokongan menghadapi keadaan. Sambutan paling hangat disaksikan. Mahathir keluar dari Umno. Pihak lawan makin keliru. Semua orang menunggu tindakan seterusnya dari Mahathir yang masih boleh berpusing satu dunia mencanang isu-isu dan fikirannya.

Pembangkang berdiam diri dan fokus pada kerja mentadbir negeri supaya mendapat sokongan lebih untuk PRU13 nanti. Yang untungnya ketelusan yang terbaik untuk rakyat tetapi ekonomi diperingkat golongan bawahan semakin runcing. Mujur peringkat bawahan terlalu sikit dan rakyat kaya raya ini masih boleh bertahan dan belum sampai tahap kelaparan.

Mereka cuma kelaparan politik. Mau lihat siapa menang pemilihan Umno nanti. Dan sekarang ini untuk memenuhi kelaparan rakyat ini saya mengemukakan analisa futuristik berikut:

1) Paklah menang pemilihan Umno dan menyatakan inilah bukti yang dia tidak lemah.

2) PakLah sangka itu isyarat baik dan memanggil PRU13

3) BN kalah 3 lagi negeri iaitu Sabah, Terengganu dan Perlis.

4) PR mendapat majoriti mudah dan Anwar menjadi PM

5) Ekonomi pulih dengan baik sekali kerana kepercayaan baru dari pelabur luar terhadap bukti demokrasi tempatan.

6) Kerajaan baru menahan semua akaun berkaitan kerajaan silam kerana mengelakkan aliran dana keluar.

7) Suruhan DiRaja menyiasat dana yang sudah lari keluar.

8) Pertukaran banyak jawatan penting dalam kerajaan baru. Termasuk hakim-hakim.

9) Banyak kes baru dimahkamah yang menyaksikan kemungkinan penjara bagi ramai pucuk pimpinan yang lalu.

Scenario di atas mungkin berlaku kerana cara CheDet mainkan kad-kad merahnya. Mahathir ini 'all-the-way' dan 'go for broke' - tidak toleh belakang maupun takut risiko. Maka hanya dua kemungkinan sahaja dalam otak Mahathir. Pemberontakan majoriti pewakilan dalam Umno yang saya kira tidak mungkin kerana semasa zaman beliau pun bukan majoriti yang faham beliau. Jadi kemungkinan satu lagi adalah yang di atas.

Dalam otak saya (berapa banyak otak lah) jika tidak terpengaruh oleh mulut masin CheDet, ialah kerajaan ini masih akan bertahan kerana jiwa Melayu itu mudah bersatu dalam keadaan genting sangat macam ini. Yang penting ialah Pak Lah mesti mainkan kad merah sendiri. Hmm.. lain kali lah saya tulis ayat dalam kad tersebut. Ini kurang sihat, nak minum air bercampur sikit garam, petua dari abang angkat saya dari Semabok tu, seorang pengamal Homopati.

6 comments:

dayang said...

Tahniah dan syabas!!!
Saya suka membaca dan menyelami pemikiran anda.Keep up your good work.M'sia dahagakan khalifah seperti anda.
Dengan izin dan rahmat Allah..mudah2an kita menuju ke arah kebaikan dan kemajuan.Bukan kemusnahan.

dean2137 said...

sedikit demi sedikit kerajaan BN Akan tumbang,umno akan hilang di bibir mulut kita,sedikit demi sedikit unmo jatuh,buka la mata wahai sekelian, jangan biarkan umno berkubur.pru12 telah melihatkan kita berberapa buah negeri jatuh ketangan pembangkang adakah kita mau akan datang lebih bnyk lagi negeri akan jatuh?fikirkan lah

TRALAYAN said...

Salam,

Kini UMNO dah semakin dilupakan, tapi apa jadahnya si Ezam tu pergi masuk UMNO balik? Nak buat perubahan apa pulak? Apa kata orang lama dalam UMNO tu nanti? Dalam keadaan sekarang, pasti ada yang cuba mengambil kesempatan. Adakah si Ezam ni jenis yang macam tu? Maklumlahkan, UMNO ni tak boleh dipisahkan dengan wang, pangkat dan jawatan; manalah tau kot-kot boleh jadi ketua pemuda UMNO pulak. Paling tidakpun jadi ayam tambatan Pak Lah.

Red1. anta kenal lama dengan Ezam kan, so why not you buat satu post tentang tindakan ke belakang ni.

Redhuan D. Oon said...

Saya tidak kenal Ezam atau pernah berjumpa dengannya. Ini kerana saya tidak aktif dalam Umno tetapi hanya PAS 1984-1995. Sptmn saya pernah tulis tentang tahun 1997 waktu 'Reformasi' oleh 'Keadilan' saya sudah tidak rasa terpanggil untuk berbuat apa. Saya letak 'kurungan' kerana itu kononnya dan saya tidak sepenuhnya menyokong, cuma pada prinsip dan bukan pada praktisnya.

Cuma selepas PRU12 saya terpanggil untuk hanya menulis dan berbincang di sini.

Kepada saya sesiapapun atau Sdr Ezam harus dihormati. Tindakan menyertai Umno juga harus dihormati. Tak kira siapa pun. Yang akan disoal kelak ialah apa niatnya dan apa amalannya.

Saya sebenarnya berharap dia boleh melakukan yang terbaik mungkin. Tetapi saya tidak tahu Ezam secara dekat maupun jauh kerana saya tidak pernah membaca kenyataannya atau mendengarnya sebelum ini. Selepas ini, buat beberapa yang terbangkit mengenainya nanti barulah dapat keluarkan analisa.

Tetapi buat masa ini Umno nampaknya ada seige (kenkangan) mentality. PakLah semalam pun tak nampak cekap menangkis persoalan pemberita. Meter mereka rendah sekali.

Sepatutnya orang baru dan cerdik diberi tempat yang seluas-luasnya. Saya berharap Ezam ganti Zahid serta merta. Barulah meter ada berubah sikit.

Tetapi tak nampak mungkin begitu. Yang takut lagi ialah (sptmn sdr menyatakan) puak-puak tertentu dalam Umno akan menghalangnya nanti kerana dia merupakan ancaman baru.

Sekiranya Pak Lah sebagai pemimpin tertinggi tak bela dan beri ruang kepadanya, sia-sialah tindakan Ezam nanti.

jominum said...

sekarang ni najib tak berani, kuli tak cukup undi, muhyiddin dah nak kena beli. ko rase sape lagi yang boleh diketengahkan?

SiR KinG TiGeR said...

Red1

Memang BN dah jatuh cuma belum tersungkur sahaja. Apa kata kita tubuh parti baru. PADI? (Parti Angkatan Diplomasi). Parti ini menyokong mana mana parti yang menang dan memerintah sahaja - parti pemantauan. TDM pun tak bagi clue lagi nak tubuh parti lain ke tidak. Tak kan kita nak tunggu dia masuk balek UMNO? perjuangan belum selesai ni !

Aku parti ayam brand aje

Mohd Zaki @ ZeQ
Kelana Jaya, Selangor