Dalam satu artikel ekonomi internet business.timesonline.co.uk, harga beras dikatakan akan menjunam jatuh kembali tidak lama lagi. Ini kerana selama ini Jepun yang dipaksa membeli beras Amerika Syarikat walaupun tidak memerlukannya telah menyebabkan begitu banyak beras sehingga 1.5 juta tan gred tinggi akan mengekspotkannya. Kebanyakan beras menjadi rosak dalam stor simpanan Jepun. Akhirnya stok lebihan itu dijadikan makanan untuk binatang ternakan di sana.
Jepun memang mengeluarkan beras sendiri sehingga 100% keperluan rakyatnya selama ini. Dasar paksa beli beras Amerika itu disebabkan dasar WTO dan juga kerana Jepun kalah kepada Amerika selepas Perang Dunia Kedua tidak memberi Jepun apa jua pilihan. Harga dunia naik mendadak kerana Amerika Syarikat kekurangan pengeluaran beras panjang yang menyebabkan negara Arab tidak dapat membeli beras darinya sehingga menempah habis beras dari Thailand. Ini membawa kesan rangkaian sehingga Thailand menaikkan harga beras dan mengelak menjualnya kepada lain-lain negara seperti Malaysia yang sebelum ini membelinya dengan harga rendah.
Tetapi apa yang kita baca hari ini bukanlah sebab ini dan itu, tetapi sebenarnya permainan licik kuasa besar dan institusi raksaksa seperti WTO untuk menjatuhkan kuasa membeli dan ekonomi umat Islam dan dunia ketiga secara terancang. Oleh kerana mereka tahu negara-negara lebih lemah dan reaksioner seperti Malaysia tiba-tiba membeli stok berlebihan pada harga tinggi maka mereka ingin menurunkan kembali harga beras. Ini semua saja mau mengetatkan lagi gengaman maut mereka selama ini.
Percayalah, apabila Amerika Syarikat keluar dari bumi Iraq, mereka akan menjatuhkan harga minyak untuk membankerapkan Iraq dan Timur Tengah sekali lagi sepertimana mereka melakukan pada tahun 1973 apabila membebaskan petro-dollar daripada sandaran emas. Minyak kini tinggi melangit kerana Amerika Syarikat menduduki Iraq yang kaya minyak. Mereka dapat menjualnya pada harga tiga kali ganda untuk mengaut balik keuntungan lumayan. Mereka juga memperlagakan puak-puak pejuang di sana supaya keadaan senantiasa tidak stabil dan meminta tentera Amerika kekal lebih lama dari perlu sehingga cukup menyedut keluar atau meletakkan hukum yang semua minyaknya hendaklah dikawal oleh kuasa besar untuk sekian lama selepas itu.
Ia juga bersifat serampang dua mata dimana anak-anak pejuang diajak berani bunuh diri dan mengurangkan bilangan dan keupayaan tentera umat Islam.
(gambar menunjukkan semasa Saddam Hussein membakar telaga-telaga minyak Iraq untuk mengelak kuasa besar menguasai bekalan minyak dunia sepenuhnya)
2 comments:
Assalamualaikum...selagi kita tidak mahu mempedulikan mu'amalat yang di anjur olih Allah swt melalui Rasulullah saw, selagi itu apa jua bentuk business mahu pun commerce tidak 'menguntungkan'...malahan akan terus menindas...lihat saja petikan yang dihantar melalui email kepada saya:
"In my ongoing research on wealth and income
distributions around the world, I came across a
December 2006 article that reported several
shocking facts:
1. Half of humanity only owns about 1% of our planetary
wealth, reported in that article to be around US$125
trillion.
2. The richest 10% of humanity owns 85% of all assets.
3. The richest 1% owns 40% of the world's wealth.
...as long as we have speculative economy and not real economy, we'll be subjected to all these...
May Allah swt unveil our ears, eyes, and most importantly our hearts so we can hear, see, and have the 'heart' again to address the economic issues....(the main sufferers of which, is the Muslim ummah)...
Wallahu 'alam.
Memang betul... Ini semua mainan harga sahaja... Ramai orang yang dah nampak benda nie apabila George Soros mula membeli sham-saham bio-etanol dengan banyak..
Masalah dunia ialah, kita banyak membenarkan instrument-instrument spekulatif dipasaran menyebabkan harga barangan boleh dimainkan oleh pihak-pihak tertentu...
Malaysia pun dulu pernah cuba nak memainkan harga timah dalam tahun 80an, tetapi rugi teruk apabila sentimen pasaran tidak mengikut rentak Malaysia... Lagi pun kita tak cukup duit nak berbuat demikian dan kita pun tak cukup ariff dalam permainan ini...
Tetapi pakar-pakar duit ini mempunyai network permainan yang cukup luas dan cukup teratur...
Walau pun cara mereka agak kasar bermain, tetapi mereka saya rasa masih ade sifat kemanusiaan...
Permainan-permainan ini adalah permainan untuk "big players" yang membahayakan negara-negara yang tidak mempunyai struktur ekonomi yang kukuh...
Ianya juga permainan yang boleh menyebabkan kita terkena jika kita mengikut rentak permainanan mereka
Saya memang ade sebab untuk percaya bahawa Amerika mampu menurunkan harga minyak mungkin sehingga USD30 setong dengan sistem DLA mereka...
Seperti dalam tahun 1985 apabila harga timah jatuh terduduk menjadi RM15/kg daripada RM30/kg..
Lepas tu tahun 1997, krisis matawang dunia pula..
Kini 2008.. krisis minyak dan makanan pula berlaku... Ini semua cycle every +/-10 years.
Anyway, this is the cycle and every 10 years we must ready for the cycle and make sure we have a strong economic structure to withstand the cycle...
Post a Comment