28 May, 2008

Kombinasi Mukhriz Mahathir

Jelas nampak strategi Mahathir dan proksinya Mukhriz atau MM sedang bergerak serentak dan senada dalam soal mencabar pentadbiran Pak Lah. Dalam blog CheDet, disebut bahawa Pembangkang menyokong Kerajaan. Dalam ucapan Mukhriz di Parlimen disebut bahawa Menteri JPM (Perundangan) melaksanakan agenda pembangkang.

Ini mendesak kabinet supaya membuktikan sebaliknya. Tetapi mengapa kombinasi MM ini memilih isu sedemikian sebagai taktik berdepan dengan keadaan? Jawapannya harap mudah sepertimana diajar oleh Sun Tze dalam kitab Art of War:

1) Arahan perlu mudah dan dapat diterima oleh sasaran. Ayat yang digunakan amat pendek, "Mengapa awak buat apa yang pembangkang mahu?" Ia juga perlu tajam. Terlenting habis Zaid. Dia serba salah apakah mau terus dakwa Mahathir ke tidak. Bukankah mendakwa Mahathir yang dikehendaki oleh pembangkang BN? Mukhriz pun menyebut bahawa Zaid pernah didakwa atas tuduhan rasuah politik wang. Apakah dia sesuai menjaga soal perundangan dan kehakiman?

2) Perlu menyerang tepat ke leher lawan. Mereka tidak mainkan isu-isu lama. Jangan bazir peluru. Jangan sentuh isu lumrah. Sentuh terus kelemahan diri dan kematian BN yang amat hampir. Itu amat jelas. Paling jelas. PRU13 mungkin yang terakhir buat BN.

3) Kejutkan musuh dari tidur. Anda akan hilang segala-galanya jika terus tidur. Kelam-kabutlah keadaan.

4) Maksimakan fras dikalangan pihak yang kalah. Kedah fras. P. Pinang fras. Khir Toyo fras. Tajol Rosli fras. Idris Jusuh fras. Shahidan Kassim fras.

5) Tunjuk anda kuat. Buat blog dan buka dan tunjuk balasan komen yang paling banyak. Buat roadshow dan beri ucapan yang akan dimuatkan dalam media alternatif. Guna kekuatan terbaik.

6) Beri apa yang rakyat mahu. Rakyat dahagakan kepimpinan. Karisma. Semangat. Suara. Penyelesaian. Jawapan. Kejutan.

7) Mesti mengemparkan supaya menarik paling banyak spekulasi dan misteri. Mahathir keluar Umno cukup mengemparkan dan menarik umum. Kini semua roadshownya pasti sold out. Mukhriz serang kabinet dari dalam pun cukup menghairankan. Apakah ia akan dipecat?

8) Ketepatan waktu. Sekarang harga tengah mendadak naik. Graf populariti BN tengah bawah. Hentam BN dapat markah. Sokong BN lawan arus.

Ada lagi satu taktik Sun Tze yang amat mudah digunakan tetapi amat licik dan berkesan. Katakan musuh berjanji nak bertempur dengan anda pada esok 12 tengahhari di padang bola. Pergilah samada sejam lagi awal atau sejam lagi lambat. Suruh dia berjumpa tidak dipadang bola tetapi di car park.

Kekuatan musuh bersedia pada kemuncaknya sepertimana dia merancangkan. Dengan mengubah waktu dan tempat musuh akan tidaklah ia pada kemuncak kekuatannya. Anda yang mengubahnya maka anda yang lebih tersedia. Kini MM memimpin isu dan tindakan memilih untuk menendang bola. Lawan tidak terjangka apa bola ingin dilakukan. Musuh sendiri telah terbaca gerak sendiri. Mereka sudah mengumumkan lapuran Lingam tetapi lambat bertindak seolah-olah belum terancang.

Bila mau pecat Mukhriz? Bila mau dakwa Mahathir?

Najib yang ingin berjumpa Mahathir pun teragak-agak bila waktnya. Pak Lah bagi ke? Mahathir mau jumpakah?

MM lontarkan isu baru yang mengubah kebolehan dan kesediaan lawan untuk bertindak mengikut sangkaan asal. Mahathir gunakan taktik sama handal pada tahun 1997. Cetuskan perkara yang akan menular sendiri yang tidak disangka-sangka. Dulu siarkan senarai semua kroni politik. Senarai itu sendiri menular memakan lawan.

Kini istiharkan gerak tinggalkan Umno. Semut-semut mula menular keluar tanpa diuruskan. Siarkan karangan menerusi blog. Pembaca dan pengkomen menular panjang dengan tersendirinya.

Mahathir juga terkenal sebagai minda yang geliga dan pantas mengubah taktik atau menguasai bidang baru. Blog dengan mudah menjadi medan barunya. Sudah dekat sejuta lawatan. Dia senantiasa jaga kesihatan. Kan dah kata jantungnya sudah repair dan cergas saja nampak? Tak tertidur atau mengantuk sikit pun. Suaranya jelas, menawan dan tetap lantang.

Inilah Mahathir yang boleh mengejutkan semua orang. Kejutan pertama dalam tahun 1981 apabila menarik Anwar. Kejutan kedua apabila memperbetulkan Raja. Kejutan ketiga apabila menendang Anwar. Kejutan keempat apabila menentang kuasa besar. Semua kejutan tersebut menempah maut politik. Beliau berjaya keluar dari semua cabaran itu dengan berjaya dan selamatnya.

Jadi apakah cabaran terbaru ini payah baginya? Payah juga dari mata kasar kerana dahlah tiada jawatan, parti pun tiada. Tetapi banyak angin meniup kencang untuk menangkap layar. Mahathir pun simpan banyak rahsia. Baru tunjuk sikit orang dah separuh gila.

Sabtu ini Mahathir berucap di Crown Princess Petaling Jaya 10.30 pagi. Saya nak pergi sana untuk membaca cuaca dan udara. Mau lihat hadirin yang turut bersama-sama. Suka ke, kuat ke, macam mane? Belum pernah dalam hidup bersalam dengannya.

1 comment:

SiR KinG TiGeR said...

Red1

Tak lama lagi aku ingat mesti kombinasi 4M, Mahathir, Mukhriz, Mokhzani, Muhyiddin. Tapi Si Muhyiddin ni baru nak buka mulut sikit sikit, dia nak takut apa?

Aku dah cakap ngan Tun Mahathir (kat Blog dia la),aku nak jadi member nombor 5 kalau dia tubuh parti baru. Ko ingat dia nak tubuh tak ?

Aku nak jadi "errant boy" pun OK tak mau kontrak atau jawatan lain.

Pada firasat aku Malaysia akan AMAN kalau A bdullah, M ahathir, A nuar, N ajib berjumpa dan berbincang. atau UMNO tinggal N A M A sahaja, kalau terbalik kan. Ko tengok la pangkal nama nama mereka, kan betul, macam nama RAHMAN gak firasat Pak Sheikh tu ?

Apa apa pun, aku gini gak !

Mohd Zaki @ ZeQ
Kelana Jaya, Selangor