01 June, 2008

Gus Dur, Thaksin Adalah Cina Tulen

Bukti Melayu Malaysia tidak racist sepertimana beberapa blogger yang berkomentar dalam The Racist Card ialah hakikat rakyat serumpun yang menduduki negara-negara jiran terdekat kita terpaksa menghilangkan nama Cina dan kebudayaan Cina mereka secara rasmi.

Di Indonesa mereka terpaksa asilimisasi secara total sehingga Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, mantan presidennya sebenarnya keturunan Cina tulen. Beliau mengaku dirinya keturunan Tan Eng Hian, pengasas kerajaan Demak yang menukar namanya kepada Raden Patah.

Begitu juga Thaksin Shinawatra, mantan pemimpin Thailand adalah seorang Cina Hakka. Beliau juga teringin cari balik akar umbinya yang hilang di sini.

Bangsa Cina di kedua-dua negara jiran tersebut bukan sahaja tidak dibenarkan menyimpan nama asal keturunan mereka, tetapi juga tidak dibenarkan mempelajari atau menggunakan bahasa mereka secara rasmi. Mereka terpaksa belajar secara persendirian dan dengan bayaran wang sendiri.

Di Malaysia segala itu tidak berlaku malah SRJK Cina disediakan oleh kerajaan dan dipertahankan oleh MCA. Ramai anak-anak Melayu pun turut bersekolah di SRJK Cina kerana ingin menguasai bahasa bangsa terbanyak dalam dunia itu.

Pendek kata, negara kita ada kebaikannya lebih dari negara orang lain. Dengan itu, beberapa rakyat bukan Melayu di sini yang tidak nampak hakikat itu sebenarnya tidak mengenal malah tidak sedar tentang kebaikan tersebut dan hanya merasakan negara lain yang lebih hijau dari negara sendiri.

Saya sebagai keturunan Cina merasakan mereka itu harus cuba menjengok keadaan suku-sakat kita di negara-negara lain hatta di Barat dan Australia untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan benar tentang apakah mereka memperolehi kebaikan dan layanan sebaik begini.

Memang orang Cina negara jiran dapat menjadi pemimpin negara akhirnya. Tetapi mereka terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal iaitu tidak boleh memperjuangkan hak kebangsaan Cina secara khusus sepertimana yang kita dapat berbuat demikian di sini. Aquino, mantan Presiden Filipina pun adalah separuh Cina. Tetapi di sana slogan mereka tidak boleh berbahasa Cina.

Dengan itu saya ingin memberikan semangat sokongan jitu kepada rakyat Malaysia supaya mempertahankan status quo yang ada dan cuma memperbaikinya dimana boleh secara bersantun dan teratur. Tidak perlulah kita melaungkan istilah human rights yang tidak berasas itu.

- gambar bawah menunjukkan Thaksin melawat perkuburan nenek moyangnya di Guanzhou -

- tentang gambar Gus Dur di atas, minta maaf, itu gambar yang sempat saya terjumpa semasa buat search dalam yahoo. Tidak ada kena-mengena dengan sesiapa yang belum mantan maupun sudah -

13 comments:

Zeq said...

Red1

Aku nak ucap terima kasih kerana belanja aku teh tarik dan meehoon goreng pagi tadi. Tapi bila ko kata dah kat KJ aku terkejut beruk sebab aku tau ko tak berapa suka ngan KJ. Rupa rupanya KJ yang ko maksudkan Kelana Jaya dekat rumah aku, aku ingatkan Khairi Jamaluddin!!

Apa pun yang ko kata tadi tu betul. Aku tidak tau silap siapa mengapa Cina Cina (kecuali Ko) tidak ditukarkan nama nama mereka melainkan kalau memeluk Islam. Kalau tidak tentu Lim kit Siang menjadi Halim, Karpal Singh menjadi Kamal, Ong Ka Ting menjadi Onn, Samy Vellu menjadi Samsuri agak nya la ! nampak nya Chedet tak menulis hari ni, sebab tangan nya kebas meng "sign" banyak sangat buku buku dia kat "Book Fair" ke apa.

Tengok tengok la www.zeqviews.blogspot.com aku ada petua baru nak pikat perempuan !


Mohd Zaki @ZeQ
Kelana Jaya

Antimamak said...

Meujuk kepada article yang ditulis oleh saudara saya rasa saudara tidak mengetahui atau memahami sejarah perkembangan politik di kedua dua buah negar tersebut.

Malah agar mengelirukan saudara juga tidak memahami sejarah kemerdekaan Malaysia , lantas menulis article yang nampaknya logik, tetapi tak masuk akal. lebih lebih lagi digaakan saudara membaca dengan detail sebelum membodek Tun..

1)Gus Dur atau Abdurrahman Wahid, mantan presidennya sebenarnya keturunan Cina tulen.

2) Thaksin Shinawatra, mantan pemimpin Thailand adalah seorang Cina Hakka.

Memang betul, tiada salah. jtu dan tepat.
Tetapi adakah saudara memahami bahawa waktu nenek moyang mereka merantau ke Indonesia atau Thailand , terdapatkan parti politik cina memperjuangkan hak mereka??
Begitu juga Thailand, sebuah negara yang tidak pernah ditakluki oleh negara asing, sehingga kini pun tidak terdapat parti politik cina seperti diamalkan oleh MCA di Malaysia.

Ok. memandangkan sejarah kemerdekaan Malaysia, 3 bangsa utama yang menutut kemerdekaan se kali di London....

sejarah ringkas :
Under Tan Cheng Lock, the MCA played a vital rĂ´le in negotiating independence from the British; he was also in charge as the MCA formed the Alliance in 1954 in coalition with the United Malays National Organisation and the Malaysian Indian Congress.

Kebebasan mengamalkan kebudayaan dan agama sila rujuk kepada perlembagaan Malaysia,--- fahamilah dulu sebelum membuta atau memutarbelitkan fakta!!

Lagi pun di Malaysia,. bagi kaum Cina atau India, mereka senang jadi ahli UMNO dengan syarat kahwnin gadis Melayu dan memeluk Islam, menukar nama dan tambahkan Bin dibelakang tambahkan Abdullah.... seperti mana saudara Redzuan Oon..

Begitu juga kaum india ditukar jadi kaum mamak, kesemua ini adalah dikategorikan Melayu celup, mengkhianati masyarakt dan dimarginalaise oleh masyarakat sendiri.. kesian!!

Dimanakah terletaknya manupulasi politik dan bercanggah dengan Ketuanan Melayu? Melayu celup ini yang hilang akar umbi.
-- "Bangsa Cina di kedua-dua negara jiran tersebut bukan sahaja tidak dibenarkan menyimpan nama asal keturunan mereka, tetapi juga tidak dibenarkan mempelajari atau menggunakan bahasa mereka secara rasmi"
3) Ini menunjukkan saudara otak nipis dan tidak merujuk kepada fakta sejarah perkembangan kaum cina di Thailand dan Indonesia, cuba buat kajian tentang perkembangan ekonomi dan sosial / peranan kaum minoriti di kedua dua negara tersebut.

kenapa mengambil kedua negara ini sebagai contoh?? Kenapa tidak menyatakan bahawa Cina Muslim di Xinjiang mereka dapat mengamalkan nama muslim tanpa fasih bertutur bahasa Arab, walaupun Negeri Cina adalah negara komunis, tetapi tidak seteruk dari demokrasi di Malaysia.

Saya harap saudara jangan lah kerana Mahathir dengan article racist card memberikan idea kepada saudara menulis blog ini. Malah menjadikan fakta fakta yang membabi butakan kepada pembaca khasnya kaum Melayu.

Harap saudara siarkan komen saya tanpa menukar sepatah [erkataan pun
Sekian terima kasih.

Pancasara said...

Thanks for the article...sangat bermanfaat.

joe said...

tidak perlu utk kita bertelagah ttg hal ini,kalau semua manusia tanpa mengira bangsa atau agama tahu utk mensyukuri dan terima keadaan seadanya semua nya akan aman tapi selagi bernama manusia tak akan pernah rasa puas.

TRALAYAN said...

Salam.

Bangsa Cina dan India di negara ini tidak pernah terfikirpun apa yang anta katakan itu. Mereka seolah-olah berada di China atau pun di India lagi. Seolah-olah orang Melayu pulak yang menumpang di negara mereka. Sebab itu mereka sering menyuarakan ketidakpuasan dengan apa yang mereka kecapi, miliki, kauti, apa-apa lagi, dan sering membandingkannya dengan apa yang ada pada orang Melayu. Kalau mereka semua sedar sebagaimana yang anta rasa, lagi harmonilah kehidupan kita di Malaysia ini.

Orang-orang Melayu pula tidak pernah bertindak ke atas mereka sebagaimana yang dialami oleh bangsa-bangsa pendatang di negara lain. Sebaliknya, mereka diterima baik, dan diberi layanan yang baik. Ini semua kerana ajaran Islam yang memerentahkan setiap orang Islam supaya melayan setiap orang bukan Islam dengan baik selagi mereka tidak menentang Islam.

Orang-orang Cina dan India sepatutnya membuat renungan dan membandingkan nasib orang-orang Islam di negara bukan Islam. Adakah nasib orang-orang Islam itu sebaik nasib orang Cina dan India di Malaysia.

Tah apa pula sebabnya si "Antimamak" ni bising dengan post Red1 kali ini. Dah tu kaitkan dengan sejarah pula. Eh Red1, betul ke anta tak tau sejarah sebagaimana si antimamak ni cakap?

Walau apapun, antimamak perlu terima hakikat yang dinyatakan oleh Red1. Kalaupun betul tidak ada parti politik yang memperjuangkan kaum Cina dikedua-dua negara itu ....

1) Kedua-dua tokoh itu adalah pemimpin tertinggi di negara mereka. Mereka boleh menggunakan kuasa dan 'parlimen' untuk kepentingan kaum Cina dengan mengembalikan apa yang telah tiada. Tetapi kenapa mereka tidak buat?

2) Di Malaysia kita juga boleh gunakan kuasa dan parlimen untuk menghapuskan identiti cina dan India, serta memperkenalkan satu 'nama Malaysia' untuk setiap warganegara. Sekolah aliran Cina dan India boleh dihapuskan. tetapi kenapa kita tidak buat?

Marilah kita bersama-sama menjaga keharmonian dan perpaduan di antara semua bangsa di negara kita. Jangan ada sikap anti kepada mana-mana puak dan etnik. Sebarkan unsur positif, dan berlapang dada serta menjauhi anasir negetif.

Antimamak said...

Kepada Tralayan:
Saya mengesyorkan anda memahami perlembagaan malaysia di mana memang tercatat kaum cina dan india,memang mempunyai hak untuk mendirikan sekolah swasta dan membina sekolah jenis kebangsaan, sila rujuk kepada perlembagaan dahulu sebelum menyarankan pendapat pendapat yangmemsongkan para pembaca.
Ok..
soalan
1) Adkah anda fikir kaum melayu mempunyai hak untuk menindas kaum lain di Malaysia??
2)Tahukah anda perlembagaan Malaysia memang mengaris panduan kebebasan kaum Cina dan India mendirikan sekolah jenis kebangsaan ?? Kerajaan atau pemerintah tidak mempunyai hak untuk menutup sekolah jenis kebangsaan dengan sewenang wenangnya。。 terkecuali dengan syarat syarat tertentu. Kalau tak faham tolong tanya penguam yang arif dalam hal ini.

Begitu juga kebebasan berugama juga termaktud dalam perlembagaan Malaysia, Jangan lupa perlembagaan adalah dipersetuji dan dinahkotakan sebagai prinsip perpaduan. Perlembagan juga mengariskan hak hak kaum tertentu mengamalkan budaya, agama, upacara sosial dan sebagainya.

So... Tralayan, harap kamu bentangkan dengan fakta yang konkrit, jangan asyik menyarankan fakta keagamaan, khasnya Islam dalam tajuk ini. ini akan yang mengelirukan para pembaca!!

“1) Kedua-dua tokoh itu adalah pemimpin tertinggi di negara mereka. Mereka boleh menggunakan kuasa dan 'parlimen' untuk kepentingan kaum Cina dengan mengembalikan apa yang telah tiada. Tetapi kenapa mereka tidak buat?“”
statement anda menunjukkan anda amat bodoh dan tidak memahami sistem perlembagaan di Thailand dan Indonesia, Harap anda dapat memahami dahulu sebelum tulis kenyataan ini. Ok,, Raja Thai adalah palingh berkuasa sekali di Thailand, Beliau sahaja mempunyai Kuasa untuk mengendalikan hal demikian, tetapi bukannya PM, harap anda luas membaca, otek cetek !!

Apa yang saya bincangkan disini adalah fakta bukannya kenyataan. Diharap perbincangan ini adalah interlectualistic thinking.

Zeq said...

Antimamak

Dari nama diatas aku dah dapat bayangkan siapa ko sebab ko sendiri dah anti mamak? Teh tarik, mee, kari mamak ko sembat hari hari? Mengapa tak anti India yang terang terang mula "mengacau". Apa yang ko anti mamak sangat sampai Chedet pun nampak hari hari nama ko kat blog dia. ? Ko sama jugak la macam PC yang anti Kerajaan tanpa sebab munasabah !

PC patut muaafakat atau cuma salahkan wakil kaum India yang telah mereka pilih. Kalau ko baca dan fahami betul betul, mengapa PC dan hindraf menulis terus kepada Queen Elizebeth 11 dan tidak menerusi saluran diplomatik yang telah sedia ada berpuluh puluh tahun? Mengapa hindraf begitu berani menunjuk perasaan walaupun diberi amaran awal? Ini bukan budaya Malaysia yang aman damai sekian lama. Ko tau berapa ramai orang orang India yang dah kaya raya? Golongan profesional saperti lawyer, doktor, kaum mana yang ramai? Ini tidak termasuk Hotel hotel, kedai kedai makan, Pub & Bar, restaurant, kedai borong, gedung gedung pakaian. ko nampak tak atau sengaja tidak mau tau peluang yang diberi sama rata? Ko tau tak tektik membina kuil kuil "haram" ditepi tepi jalan, dipokok pokok besar, sebab lama kelamaan kuil tadi akan menjadi besar ditanah milik kerajaan?

Salah ke Kerajaan merobohkan nya?dan diganti ditempat yang sesuai?
Mau ko tengok nanti bersepah sepah kuil kuil haram ditepi jalan?

Ko ingat tak berapa banyak kerajaan merobohkan rumah rumah haram orang orang Melayu? Jadi semua sama, siapa yang melanggar undang undang akan dikenakan tindakan.

Aku tengok kaum India dah mula naik tocang. Dah ada macam macam, gengster India, Tukang tarik kereta India,kaki pukul India dll yang aku ingat ko sengaja tak sedar
Kalau aku cerita mungkin ko tak sanggup dengar.

Aku rasa mereka tidak pernah diajar untuk bersyukur macam orang Melayu/Islam. Bak kata pepatah "bagi betis nak peha, bagi peha nak ... lain lagi.

So, jadi la anti diri sendiri.. supaya dapat ko sedar diri dan berbakti untuk Malaysia! tak sda Malaysia ko nak pindah mana????

Mohd Zaki @ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Antimamak said...

Zeq:
Perbincangan ini hanya tertumpu kepada fakta tanpa unsur sentiment, perbincangan yang saya sarankan disini adalah academic discussion, adalah dinasihatkan anda kuatkan ilmu pengetahuan sebelum menggemukakan fankta anda.

Sebenarnya tulisan saya adalah mengkritik tuan punya blog menunjukkan kebodohan, membuktikan bahawa tuan punya blog mengatakan fakta sonsang tanpa mengetahui fakta perlembagaan, sejarah...dan sebagainya , khasnya perangai blog tuan punya bodek yang amat memalukan!!

Ok...biarlah satu tunjukkan. memang perlembagaan tidak salah, islam tidak salah, Melayu tidak salah... Yang salah adalah pihak pemerintah yang tidak jujur, menyalahgunakan kuasa.

Pastikan anda mengetahui apa itu demmokrasi berparlimen. tetapi mengapa hendak mengamakan sistem kasta, Hanya Melayu yang lebih mulia ? adakah ia bercanggah dengan ajaran Islam?? Ok. kita lihat kaum melayu mendapat hak keistimewaan, pada hal hak keistimewaan hanya untuk sultan sahaja. malah hak keistimewaan telah disalahgunakan oleh golongan elite Umnoputra.

Kenapa kerajaan mengamalkan sistem kasta ?? dan sistem feudalism , tidak kurang nepotism? kenapa beribu penyakit masyarakat wujud di Malaysia? Ini adalah kepentingan diri dari golongan tertentu memanupulasikan penyalahgunakan kuasa.

Ok anda pertikaikan kes roboh kuil, saya dengan hati terbuka menjemput Zeq datang ke Perak dan Kedah melihat bagaimana PAS mengendalikan kes kuil hindu!! lihatlah dengan mata sendiri, barulah buat kenyataan, kenapa PAS dapat menguruskan nya dengan aman damai, adakah PAS takut kepada Hindraf ?? Adakah pengajaran Islam diantara UMNO dan Pas Berbeza?? Kenapa Pas dapat sokongan dari kaum India dan Cina?? kerana PAS telah tunjuk kemuliaan Islam, kejujuran, keiklasan terhadap hak hak rakyat, tetapi kenapa UMNO gagal ??

fikirkanlah, Umno bukan sahaja memperbodohkan Melayu malah mengungkitkan semangat perkauman khasnya Mahathir Mohammad s/o Iskandar Kutty... Melayu celup! Mahafirauan yang memutarbelitkan fikiran rakyat Malaysia demi kepentingan diri. Cuba lihatlah kes Grand Saga! ini ibaratkan samseng berlesen bermaharajarela mengutip ufti dari rakyat. apa nak cakap?? Kenapa UMNO diam diri?

Stratafikasi masyarakat menjadi tidak seimbang , khasnya kaum Cina dan India dibawah perpenjuru marginalised. beitulah masyrakat menjadi kuca kacir. Memang sistem ekonomui Malaysia adalah sistem kapitalisima, tetapi kenapa wujudnya sistem monopoli oleh golongan tertentu? Khasnya mega projek yang dijadikan sebagai projek rasuah, padahal banyak projek White elephant ditinggalkan begitu sahaja. Kenapa gejala ini berlaku?? --- jawapannya kepenting diri dan mudah rasuah.

Malaysia yang sedang menuju ke era globalisasi, adakah kaum Melayu dapat bertanding di dunia ini?? cuba fikirkanlah. Kalau ada pun cuma beberapa syarikat kroni UMNO dan beberapa orang tokoh kaum Melayu dari UMNO sahaja yang memegang jawatan itu, yang lain terus pupus begitu shaja.

Jangan kata rakyat yang rendah pendapatan, khasnya kaum melayu kampong. bagaimanakan mereka akan menghadapi era globalisasi ?? adakah kerajaan menawarkan platform untuk mereka?? fikirkanlah.

Kaum Melayu adalah kaum yang kuat sentiment, lebih mudah dipengaruhi oleh cerita desas desus, kaum Melayu tidak berfikir panjang lebar lalu mengambil keputusan, Memang Mahathir mengambil peluang ini memecahbelahkan pertmaufakatan kaum Melayu, kenapa hendak bagi dia support?

inilah menimbulkan masalah di Malaysia kini. memang saya antimamak, tetapi prinsip saya cuma memberi sokongan kepada kerajaan jujur. tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

naruto onepiece said...

Di negara tercinta kita ini memang sekarang membutuhkan perbaikan iman dan Islam yang benar.
saran pasang aja widget infogue.com, bisa nambah pengunjung ke blog kita lho.
seperti di blog wathasiwa yang baru buat..hehe
http://www.padhepokananime.blogspot.com/
artikel anda watashiwa submit di:
http://politik.infogue.com/gus_dur_thaksin_adalah_cina_tulen

Zubli Zainordin said...

Red1, bagusnya kita semua punyai DNA, semua ada rekod keturunan Adam dan isteri. Bersaudaralah gitu kita semua.

Zeq said...

antimamak

Aku akui ko punya akademik value dalam tulisan ko. Aku sarankan ko gunakan dilandaan yang betul kalau iklas nak perjuangkan bangsa, Agama dan Negara. Jangan jadi politikus kedai kopi , cakap berapi api tapi kadang kadang kopi pun orang belanja. Aku tengok ko rasa dah pandai dalam semua segi, jangan memperbodohkan orang dengan tulisan ko. Ko ingat tak 1 jari menuding kat orang, 4 lagi kediri sendiri?

So, keep writting, aku tiba tiba suka pulak dengan komen komen ko!

Mohd Zaki @ ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Antimamak said...

Mohd Zaki @ ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Thank you . apa salahnya you kritik saya, saya kritik you dalam blog?? i well coming your critics .

Biasa lah, manusia belajar sesama lain, mana ada manusia yang sempurna??

Yang penting dalam blog mesti adalah fakta yang relevan, kalau lah duduk kedai kopi , baik saya tulis comment blog. sebab lebih banyak comment, mesti belajar lebih pengetahuan, bagi saya pengetahuan adalah mustahak.

penetahuan yang luas akan menjernihkan sikap sentimen kita. betul dak?? Kadang kala orang cukup sensitive tentang perbincangaan sesuatu isu, bukanlah apa.. sebab kurang pengetahuan. Kita boleh saling belajar..tak dak masalah.

different perspective will enlightening your wisdom. nothing wrong.

DatOk ZeQ said...

antimamak

Aku tengok ko ni macam dah anti muaalaf pulak. Ingat pesan aku, kalau kata kat orang lain bodoh, ko tunjukan 1 jari, 3 jari balek kepada ko ! Jadi hati hati. Ko tolong tulis yang betul betul ada fakta fakta, aku dah mula naik gian ni ! Aku ni malas nak selidik, tapi setakat baca ok

Moh Zaki @ ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
Jalan jalan lah umah aku !!www.zeqviews.blogspot.com