02 May, 2008

Cina Tidak Positif

Semalam saya dapat mendengar dari teman lama, Ridhuan Tee mengenai tesis kedoktorannya yang mengkaji tentang tanggapan siswazah Cina di Malaysia terhadap politik Melayu UMNO.

"Rata-rata adalah negatif", ujar beliau yang telah membuat kajian dari bandar sehingga masuk kampung, dan dikalangan siswazah sekolah swasta yang seratus peratus Cina atau sekolah kerajaan yang majoriti Melayu.

Beliau yang membuat kajiannya tanpa prejudis kerana cuma mengedarkan borang yang meminta sampel dari pelajar Cina supaya meletakkan sejauh mana mereka merasakan tentang soal seperti Agama, Bumiputera, Negara, Ekoomi dan lain-lain.

Beliau yang sudah selesai tesisnya lalu sedang menunggu sesi ujian soal-jawab vaiva tidak lama lagi, merasakan agak negtif juga kerana hasil keputusan itu tidaklah baik bagi imej kita di Malaysia.
Pada pendapat saya, masyarakat Cina yang ditinjau oleh Sdr Tee barangkali terlalu muda dan semestinya orang Cina yang lebih tua mungkin lain pula rekodnya.

Macamanapun saya dan beliau bersetuju bahawa Malaysia ini masih menjadi syurga bagi kita kaum Cina dan tanggapan negatif hanya merupakan persepsi simbolik sahaja.

Dalam pertemuan semalam, saya turut mendengar pandangan dari seorang kawan Cina yang berasal dari Kucing, Sarawak yang beliau mengaku adalah terbuka kepada semua agama tetapi tidak merasakan negara ini memberikannya satu iklim perasaan politik yang saksama dari segi keadilan kaum.

Kawan-kawan Melayu dalam perjumpaan dialog semalam bagi maksud memperbincangkan isu-isu semasa turut merasakan yang persepsi itu tidaklah tepat. Tetapi secara kesimpulan kita bersetuju bahawa dengan dialog yang berterusan mampu memberi peluang semua pihak memahami keadaan sebenar bagi manfaat semua.

1 comment:

chrisshee said...

Saudara,

sebelum membaca artikel anda ini, saya agak keliru dengan topik yang saudara gunakan.

namun selepas membaca artikel ini, aku kagum dengan persepsi saudara yang tidak berat sebelah.

saya berasa sedikit dukacita sebab saya percaya saudara mampu menyuarakan pendapat saudara tetapi mungkin tidak mendapat banyak respons disebabkan nama topik yang agak negatif.

harap-harap komen saya tidak menyinggung saudara dan semoga saudara memberi lebih pendapat yang membina pada hari-hari akan datang.

harap maaf sekiranya terdapat apa-apa komen yang menyinggung.

terima kasih.

my visions my ideals