Suara Dr. Mahathir (yang masih bertaraf tidak berparti selepas keluar dari Umno secara sukarela) masih keramat kepada negara apatah lagi Umno itu yang lebih parah selepas keputusan J/K Disiplin yang cukup mengelirukan. Sekiranya Najib tidak meletak Mahathir dalam kedudukan yang mempengaruhi keputusan kerajaan selepas ini, akan berlaku dua keadaan yang di luar kawalannya:
1) Mahathir tetap akan bersuara dan melepaskan kritikan yang seringkali berbentuk serangan politik yang pedih dan merugikan sesiapa yang diserangnya.
2) Pentadbiran kerajaan dan negara kian tercabar dengan pelbagai masalah besar seperti kemelesetan teruk ekonomi abad ini kian menjelang. Tokoh seperti Mahathir bukan sahaja memulangkan kepercayaan orang ramai kepada kerajaan, tetapi pasti beliau ada ide yang strategik untuk berdepan dengan segala cabaran tersebut.
Sekiranya andaian ini betul bermakna macamana keputusan pemilihan Ketua Pemuda nanti, Mukhriz turut akan dianggap sebagai pemenang. Khairy tidak akan mendapat tempat dalam kabinet yang dibayangi oleh Dr. Mahathir. Oleh kerana Dr. Mahathir sudah meletakkan prinsip bahawa anak sendiri tidak harus berpolitik, maka peranan Mukhriz turut akan bersifat minima. Sekurang-kurangnya selepas Mahathir meninggalkan kerusi pernasihat kerajaan.
(Percaturan ini sudah pun dianalisa panjang lebar dalam tulisan blog saya yang lepas-lepas bahawa Dr. Mahathir adalah pemimpin agung yang benar-benar pandai main catur politik dan akan kembali berkuasa, secara langsung maupun tidak langsung).
Dengan pengaruh Mahathir kembali ke dalam Umno dan kerajaan akan berlaku pembersihan etnik terhadap pengaruh Pak Lah dan mereka yang sebelum ini tidak memihak kepada Dr. Mahathir. Rombakan kabinet yang bakal dilakukan oleh Najib nanti adalah sebenarnya dari Dr. Mahathir. Akan ada banyak nama dan muka baru dan lebih muda. Ini semua baik kerana setaraf dengan umur Mukhriz nanti. Dengan kain baru yang putih juga adalah lebih mudah untuk memulakan usaha menawan hati dan minda rakyat sekali lagi.
1 comment:
Malam tadi keluar di berita TV3 ucapan Tun Mahathir di majlis yang dianjurkan oleh persatuan Perkasa. Nampaknya Mahathir akan diberi tempat semula di bawah pimpian DS Najib Nanti, yang akan menjadi kuda tua bagi memperkuatkan perjuangan orang-orang Melayu.
Saya nampak ucapannya itu hanya akan melebarkan jurang perkauman di negara ini. Dia tidak berpijak dibumi nyata. Dia mengatakan negara ini adalah hak peribumi negara ini iaitu orang Melayu. Tidakkah dia sedar, datuk dia sendiri pun berasal dari pendatang Negara India.
Bolehkah kita kata bahawa negara Singapura itu adalah hak peribumi negara itu iaitu orang Melayu. Undang-undang mana dia pakai?
Post a Comment