Khairy yang terlepas dari hukuman tetapi sebenarnya 'udah terkena' hukuman kerana dibacakan sebagai 'bersalah'. Walaumacamanapun, jika saya Khairy, saya akan lebih berani kerana baru terlepas dari duri samar yang tajam, lalu masih boleh teruskan malah lebih serius dalam pertarungan sengit minggu depan. Mengapa tidak? Sidang disiplin sudah habis slotnya. Ayuh, gosok habislah. Anda tidak ada apa lagi halangan teknikal. Offside pun masih boleh teruskan bola. Amaran itu apa? Untuk berhenti dari perbuatan apa? Rasuah? Jika tidak? Salahkan? Ah! Kan memang dah salah? Apa guna bacaan kedua. "Salah kali kedua, dan tidak sah bertanding!" Apakah ada peluang pengumuman itu berlaku. Itu amaran untuk supaya berhati-hati sahaja. Jangan kena tangkap. Sembunyi lagi, pasang panjang-panjang lagi lu punya agen-agen perayu undi.
Itu sebabnya Tun Dr. Mahathir mengeluarkan pendapatnya bahawa peluang membersihkan Umno dari rasuah terlepas dan dengan lebih negatif lagi tanggapan umum bahawa Umno terlalu bergelumangan dalam budaya rasuah. Anaknya langsung tidak tersabit amalan rasuah tersebut. Alangkah baiknya imej. Tetapi tanpa wang, apakah perwakilan terdorong? Kita perlu wang untuk hidup, bukan hidup untuk wang.
Perwakilan amat perlu wang dalam keadaan kejatuhan ekonomi. Murkhriz tidak menawarkan wang. Mungkin beliau hanya boleh mengharapkan namanya yang berbin Mahathir, satu keramat yang Umno mengharapkan akan menyelamatkan Umno dari kehancuran yang kian ternampak alamatnya.
Kejatuhan Pak Lah adalah tercetus secara tidak langsung dari mulut Dr. M yang tidak henti-henti melepaskan kritikan terhadap segala taktik Pak Lah untuk mempertahankan diri. Semua gerak Pak Lah dibaca oleh Mahathir yang lebih handal dalam semua seni politik kerana dialah yang paling lama boleh bertahan iaitu selama 22 tahun sebelum itu. Pak Lah kini hanya melalui ulangtahun ke-6 sebagai PM. Dr. M boleh menyara 4 timbalan PM. Pak Lah hanya tunggu TPM tunggalnya mengambil alih.
Namun dalam segala silat politik yang berlaku Umno semakin parah. Krisis politik di Perak adalah yang paling mengancam kerana mahkamah tertinggi akhirnya pasti akan menyebelah kerajaan Pakatan Rakyat. Selagi DUN Perak tidak terbubar selagi Speaker DUN Sivakumar bermaharajalela dan akan mengalahkan semua jenis usaha membuang undi bagi pihak kerajaan minoriti BN.
Umno perlu reformasi dari dalam kerana dari luar memang tidak akan berlaku melainkan pada PRU13. Dr. Mahathir pun sudah sebut yang PRU13 akan menjadi yang terakhir bagi Umno dalam keadaan macam ini. Dr. M mengharapkan dengan terbuktinya kesalahan yang diadili secara bebas oleh J/K disiplin Umno sepatutnya Khairy tidak lagi berada dalam gelangan dan maka tinggal Mukhriz sahaja yang berdepan dengan Khir Toyo.
Dr. Mahathir seolah-olah tahu bahawa Khairy akan terus menggunakan politik sediaada untuk mengalahkan lawannya. Khairy bercita-cita tinggi sangat untuk jadi PM secepat mungkin. Maka usaha untuk menjadi Ketua Pemuda Umno mesti dirampasnya. Walaupun dengan cara jalan rasuah. Bukan hambo roiyak. Jeke diseplen roiyak.
Sekiranya dalam pertarungan budi lawan judi ini kelak selesai dengan kemenangan Mukhriz, saya amat berharap yang Mukrhiz ini tendang habis segala anasir jahat dalam Pemuda dan membersihkan sebersih-bersih tong ikan.
Jika Khairy menang juga, untuk berlaku adil, saya turut mengharapkan Khairy membersihkan tong ikan. Tetapi harapan itu nipis dan tipis.
No comments:
Post a Comment