Apabila saya memeluk Islam saya pun sering tertanya apa yang Islam buat untuk saya? Apakah saya tetap sama pemikiran seperti dulu atau makin besar impak kepada saya? Seharusnya dan semestinya perubahan lebih besar kerana kebenaran itu sudah sampai kepada saya dan kejahilan akan meninggalkan saya.
Hari ini saya bertanya kepada rakan-rakan saya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Falsafah hidup mana yang kita ingin anuti? Sekiranya jawapan saudara adalah bukan Barat, bukan Timur tetapi Islam, maka apa tindakan saudara ke arah itu? Apakah saudara mempelajari dan mendalami falsafah dan pemikiran Islam? Atau sekadar hanya cukup dengan prilaku ritual (istilah BI) yang diikuti turun-menurun entah ya atau tidak dipersetujui oleh Islam pada usulnya?
Islam mengajar kita supaya bertindak benar walaupun keseorangan. Ini kerana Allah Maha Saksi dan malaikat mencatat nawaitu, percakapan dan amalan kita. Dengan mengetahui hakikat ini akan mendatangkan perubahan segala-galanya ke atas kita. Akan malu kita terhadap pengetahuan dan kesedaran yang sedemikian.
Islam juga mengajar kita supaya jangan menunjuk-nunjuk kehebatan dan amalan diri sehingga diberitahu "janganlah tangan kiri anda mengetahui apa tangan kanan anda melakukan". Itu sebabnya tidak elok untuk mengucap, "Saya lakukan ini demi Allah dan fisabilillah" kepada pihak yang tidak kena mengena, iaitu selain dari Allah SWT.
Islam juga mengajar kita menghormati orang lain walaupun kafir. Bukan dalam tangan kita jiwa mereka tetapi genggaman Allah yang Agung dalam Berkuasa PendirianNya (Al-Qayyum). Dialah yang menghijab sesiapa yang Dia kehendaki, bukan apa yang kita kehendaki. Sekiranya ingin mengikut kehendak kita, kita sahaja yang patut masuk syurga. Yang lain biar mampus masuk neraka.
Itu sebabnya Allah menjanjikan balasan seadil-adilnya bagi setiap dari kita, dengan kiraan sekecil biji sawi pun. Dengan itu cara yang paling baik bersedia untuk hakikat itu adalah dengan mendalami agama kita sendiri.
Semoga Allah memberi kita keampunan kesemuanya ke atas rakyat berbilang agama dan bangsa di sini.
Alhamdulillah wa Salam.
2 comments:
Kalau kita lihat pandangan dari bekas mufti perlis Dr Asri di sini:
http://drmaza.com/home/
memang banyak apa yang diamalkan oleh orang Melayu khususnya tidak selari dengan semangat Islam itu sendiri.
Ada perkara yang kita fikir datang dari Islam tetapi sebenarnya bukan, begitu jugalah sebaliknya.
Tetapi kita bernasib baik kerana tidak seperti Kristian dan Yahudi, kita mempunyai sumber asal yang tidak boleh dipertikai iaitu Quran dan Hadis.
Hanya pentafsiran saja dan kejahilan umat Islam saja yang membuatkan mereka berbeza amalan.
Saya Kristian. Kenapa penggunna Allah nak dibangkitkan. sedangkan betahun tahun . emm..
Xkira apa jua agama yang diiktiraf Dunia kita perlu hormati. sebab semua Agama ke arah kebaikan. Yang salahnya Manusia yang membuatkan Agama itu jadi salah. Fikir2kan lah.
God Bless you.
Nabi Isa ,orang Islam pun Hormat Juga.
Post a Comment