31 March, 2009

Mahathir Mengancam Pembangkang

Sepertimana yang saya sering bangkit dalam blog-blog yang lepas, Dr. Mahathir ini mastermind banyak perkara - dari modenisasi negara kepada kekuatan dirinya, dan semestinya kepada kelemahan pembangkangnya.

Dengan ramalan saya bahawa dia akan kembali memimpin Umno dan negara kian lebih jelas. Dengan Dr. Mahathir muncul dikhalayak ramai sehingga tidak dibau oleh anaknya sendiri menunjukkan cara dia berfikir, dan cara dia bertindak. Dr. Mahathir masuk pada saat Muhyiddin berucap dengan sambutan gemuruh itu adalah bukti showmanship beliau. Jelas nampak siapa yang dia akan pimpin dan siapa yang berganding bahu nanti. Jelas juga sokongan padu dan semangat keahlian Umno kepadanya.

Dr. Mahathir ada rahsia disebalik nama. Kemasukannya boleh dengan tiba-tiba menambahkan 200 billion kepada tabung pemulihan Najib. Kini pembangkang betul-betul tergugat. Wang yang banyak itu boleh mencairkan balik keadaan ekonomi ala Mahathir dulu. Cuba ingat balik, bagaimana dalam perang dengan IMF yang mahakuat itu boleh dioffside dengan cara Mahathir mengerak menentang lawan dan arus lawan.

Sebahagian besar dari undi pembangkang dulu adalah dari pengundi berbangsa India dan Cina. Saya kurang pasti tentang India, tetapi bagi orang Cina ini lebih jelas. Mereka perlukan ekonomi berjalan, ramai orang ada wang untuk menjadi pengguna dan pembeli barangan dan perkhidmatan mereka. Mereka perlu ramai yang berkerja dan menyewa rumah sewa mereka. Banyak harta mereka tersadai dan terbeku ekoran kecutan dan kejutan ekonomi.

Dengan adanya Mahathir kembali kepada tampuk pemerintahan kerajaan secara belakang tabir pun akan amat merangsangkan analisa kepala otak orang Cina yang ekonomi akan lebih terbela dan terus maju. Bagi orang Cina, tiada pilihan - lu mau hidup ke mati?

Dengan itu, saya meramalkan kawasan pertandingan pilihanraya kecil di mana ada pengundi Cina yang ramai akan jatuh ke tangan BN kali ini. Sekurang-kurangnya kurang majoriti.

(tiba-tiba terbau sesuatu, lalu saya tambah di bawah ini. Keadaan Najib juga tergugat. Nampak tak? Ok, lain kali lain waktu kita bincang itu)

5 comments:

bro brotherhood, said...

salam bro, ur blog never fail to amaze me,..heheh..yes ur rite..Tun's backup plan in file M,..heheh..(M not as in det's but as in din's)till den,..keep on blogging n ciao..

bro brotherhood

EmahTimah said...

http://proumno.blogspot.com/

sheikh teluk intan said...

Salam Wan,

Masa berlalu. Orang China sekarang bukan sahaja memikirkan ekonomi tetapi keadilan sosial.

Keputusan pilihanraya kecil hari ini menunjukkan orang China menyokong Pakatan Rakyat. Di Bukit Gantang misalnya 90% pengundi China memangkah calon dari Pas/PR.

Zaman Mahathir sudah berlalu. Tempoh hayat politiknya dalam arus perdana kini telah mendekati ajal.

yindanyan said...

Tuan Red1,

Jangkaan tuan meleset.

BN atau PR kedua-dua perlu nampak orang cina bukan macam cina dulu. Orang melayu pun bukan melayu dulu. Dulu keluarga cina adalah keluarga tauke yg kuat dan megah dengan kumpulan kongsinya. Dari segi ekonomi mereka tak bergantung kpd kerajaan kerana kilang dan kedai adalah atas nama keluarga mereka. Tauke dulu mungkin berkuasa dan suaranya boleh alih undi dan kotak undi. Apa tidaknya jika pada hari raya cina orang melayu terpaksa tunggu orang cina habis beraya barulah dapat beli gula kerana mereka tak buka kedai berhari-hari. Orang cina masa tu memang kaya atau memang kuat beragama sehingga sanggup tak buka kedai dgn lamanya. Atau orang melayu masa itu ramai yg miskin jadi kalau buka kedai pun tak rasa tambah untung pun. Begitulah kuatnya orang cina masa itu dari segi ekonomi ataupun agama?

Sejak kapitalisme berleluasa, orang cina juga jadi individualistik, hilang nilai keluarga, jadi pekerja kilang, pekerja pejabat kerajaan, pemiutang dgn bank selain along seperti orang melayu/bumiputera, india dll juga. Institusi/syarikat ekonomi-politik keluarga mereka juga turut musnah. Mereka juga tak malu dan segan untuk minta biasiswa/subsidi kerajaan. Dahulu kerja kerajaan dianggap lekeh oleh mereka tetapi sekarang tidak lagi.Dulu mereka penyumbang tetapi sekarang mereka juga jadi orang yang berhutang seperti orang lain.

Pada masa yg sama kuasa membeli orang melayu/bumiputera juga semakin dirasa mustahak. Maka orang cina yg masih berniaga juga mengharapkan melayu beli barang mereka. Hari raya cina yg pertama pun mereka dah terpaksa berniaga sbb pembeli ramai yang melayu.

Orang melayu ada dalam BN dan ada dalam PR. Cina pun dah tak kisah sokong melayu BN atau melayu PR. Dua-dua adalah menurut acuan UMNO, salasilah UMNO. Pas pun salasilahnya UMNO.Dua-dua sama.

Melayu PR pun adalah anak orang UMNO yg telah tolak ibu bapa mereka yang UMNO. Jadi melayu PR adakah mereka melayu baru? Mungkin bendera baru tetapi metodologinya tetap sama kerana mereka hanyalah terbitan UMNO. Mereka juga sembah peti undi seperti kaum demokrasi lain di dunia. Yg mereka tak nampak ialah demokrasi hanyalah lembu tunggangan hegemoni kewangan ribawi dunia yg menjadikan semua pengundi berhutang melalui negara-negara demokrasi (yg suara rakyat lebih keramat dari syariat- malahan syariat itu pun dimasukkan dalam kotak undi sahaja sama seperti slogan-slogan lain juga).

Maka lengkaplah melayu, cina, iban, india dan lain-lain jadi pekerja yang akan jadi abdi bergaji untuk bayar hutang negara kepada bank dunia dan IMF.

Kata Tuan Red1 "Bagi orang Cina, tiada pilihan - lu mau hidup ke mati?"

Rasanya orang cina juga sudah lupa bagaimana mahu hidup seperti dulu.
Ceongsam pun dah ramai yg tak pakai.Mereka sudah ada banyak pilihan seperti orang lain juga? Budu, belacan, tempoyak dan cencalok jadi pilihan..?
Orang melayu pun banyak pilihan...mereka pun tau masak dan jual kui teow dan kueh pau selain dari tom yam dan bakso.

1malaysia 1dunia

wassalam.
yy

red1 said...

Memang betul kata Sdr Yin&Yan. Ramalan saya meleset. Memang takde bakat jadi ahli nujum.

Pandangan anda baik-baik belaka. Harap-harap pembaca jua mendapat kelainan dalam blog ini. Semua pandangan kawan dan lawan untuk menajamkan minda.