08 March, 2009

Tanpa Mengaku Gagal Inggeris

Dengan perhimpunan membantah aliran Bahasa Inggeris (BI) bagi mata-pelajaran Sains dan Matematik seolah-olah kita ini adalah semangat patriotisma. <-- Perkataan terpinjam dari BI selagi masih boleh.

Sebenarnya isu (lagi satu istilah pinjaman) bahasa ini tidak lain dan tidak bukan adalah kelemahan diri sendiri dalam menguasai satu bahasa induk dan asas dalam ekonomi global hari ini. Banyak negara maju di dunia dapat menguasai bahasa Inggeris atau bahasanya adalah antara bahasa utama dunia. Jerman, Perancis, Jepun dan Cina tidak perlu tahu bahasa Inggeris kerana bahasa mereka dipelajari dan diikuti. Bahan dalam bahasa mereka pun cukup banyak.

Bagi kita adalah berbeda dan berbeza. Kita tidak mampu mengadakan bahan yang mencukupi pun dalam subjek (dari istilah BI) tersebut. Ia adalah kelemahan dan kegagalan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kini bangsa kita tidak mahu mengaku ia adalah kelemahan sendiri. Cukup ramai pelajar kita tidak mampu berucap dengan yakin apatah lagi dengan BI. Kita tidak cukup guru-guru yang pandai BI pun. Kita cuba mengalirkan perhatian massa (dari BI) bahawa kita ingin mempertahankan kedaulatan bahasa sendiri. Bukannya sanggup menceritakan kelemahan yang asas ini sehingga ramai anggota  kabinet (BI) dan pemimpin kita seperti Mat Taib dan Abdul Hadi tidak mampu berBI. Tidaklah haram sekiranya tidak boleh. Tetapi adalah fardhu kifayah sekiranya boleh. Untuk mengharamkan BI lagi akan memudaratkan peluang fardhu.

Apakah dengan mempelajari bahasa asing kita akan lebih terlupa bahasa sendiri? Saban hari dan di setiap tempat saya kedengaran umat kita bertutur dengan tidak lain melainkan bahasa Melayu Riau dengan elok dan bangga. Cuma yang ketara adalah hampir tiada langsung yang mampu bertutur dalam bahasa asing, tidak kira Cina ke, Jerman ke atau sekurang-kurangnya Inggeris.

Bagaimana kita ingin bersaing dengan dunia ini? Jiran-jiran terdekat kita pun ramai yang dapat menguasai Inggeris. Singapura dan Filipina menggunakan Inggeris secara rasmi. Ramai di benua India dan Afrika pun sedemikian.

Saya rasa kempen kembali ke bahasa Melayu amat tidak kena tempatnya dan lebih mirip dengan dasar Tianamen zaman silam yang menutup pintu kepada dunia luar yang lebih luas dan maju sehingga Cina yang merupakan lebih awal beruniversiti boleh ketinggalan sehingga rakyat hidup ala mayat mangsa candu British. Sekiranya kita terus menggunakan lagi bahasa ibunda akan memburukkan lagi keadaan yang sudah terlalu ketara.

5 comments:

Alias Mohd Yusof said...

Saya setuju dengan pendapat itu, kita tidak perlu terlalu taksub dengan bahasa.

Tidak pernah Tuhan melarang kita menggunakan apa bahasa pun, malah tidak juga Tuhan mewajibkan kita menggunakan bahasa Arab walaupun Quran diturunkan dalam bahasa Arab.

Bahasa adalah untuk memudahkan kita berkomunikasi antara satu sama lain, tidak lebih dari itu.

Kamal said...

Assalamualaikum Bro..Yang penting kita "menguasai" bahasa itu..Saya kurang yakin "keseluruhan" orang Melayu sampai tahap "menguasai" Bahasa Melayu itu sendiri..It is "mastery" of the language....bukan hanya "tahu" bahasa itu..

Mastery of the language is the issue if one is to reach a "great" level academically. As an illustration, a university student who has mastery of the English language may need to refer to 1 or 2 good books ONLY to "understand" a certain concept...be it in Medicine, Engineering, Law, Accounting, etc. Another student who just "knows" English will be struggling in the library (and now perhaps browsing the internet or CD-ROMS)and spends so much time on one concept.

So if we can highlight this, we'll be careful, InsyaAllah.

At the moment, the non-Malays are scoring in BM even at SPM level because they have reached near mastery level of the langauage. Whereas many Malay students "think" they "know" ONLY. The results.....

So all those protests and arguments are a little bit out of hand to me personally.

After protesting anti-Israel products, anti this anti that, they just "want" to continue protesting...so help them!

faizal said...

betul apa yang bro cakap tu .orang nak buat rumah kene ukur dulu berape keluasan tanah bukan main terus buat je.same jgak ngan bahasa ni dari dulu pun tade sape peduli pastu tetiba nak tukar..kalau orang yang mampu boleh la..yang duk pendalaman mcam mane?bole dpt ke guru2 yng betul2 ikhlas nak ngajar anak murid die sampai pandai

Wan Naza said...

Salam,
bagi saya mereka yang buat demo tu adalah kerana setelah bermacam-macam perjumpaan, seminar, dialog dengan kementrian & lain2 tidak membuahkan sebarang hasil. Maka cara seterusnya buat demo...
saya sangat setuju dengan faizal, kita kena fikir juga orang yang di pedalaman. Ini bukan soal status bahasa melayu semata2 tetapi soal kemajuan secara menyeluruh (bukan di bandar sahaja). Apakah keputusan peperiksaan mereka ini?

Menguasai Bahasa Inggeris said...

Tips Belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan

1. Never Study A Single English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.
2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!
3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.
4. Slow, Deep Learning Is Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.
5. Use Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.
6. Only Use Real English Lessons & Materials
How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.
7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.

The 2 Big Secrets to Confident English Speaking
https://www.e-junkie.com/ecom/gb.php?ii=128845&c=ib&aff=91278