27 March, 2009

Media Asing Menfitnah Najib

Dengan tiba-tiba, seolah dirancang oleh satu kuasa luar yang besar dengan teratur, banyak akhbar dan media asing dikatakan oleh Malaysia-Today.net sedang memainkan isu Najib dan Altantuya. Antara media tersebut ialah  Liberation (Perancis), The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India, The Australian, Kompas (Indonesia), The Nation dan NineMSN.

Soalnya banyak di sini. Pertama, siapa yang tuan punya di belakang media asing dan siapa dalang untuk memberikan teks berita yang adalah sama pada setiap pihak media itu? Jelas sekali tiada penyiasatan jurnalistik atau penambahan nilai berita yang dijalankan oleh mereka. Cuma copy-and-paste. Setiap media itu cetak cerita yang sama. Yang Najib adalah bersangkuat-paut dengan kes pembunuhan Altantuya secara langsung.

Ini menunjukkan kepada kerja satu sindiket yang sama. Soalnya apakah sindiket tersebut memihak kepada Malaysia? Dan sekiranya 'Ya', mengapa siarkan sekarang padahal kes ini sudah berlanjutan lebih setahun? Mengapa pada masa beberapa hari ini dimana Najib bakal menduduki kerusi PM?

Mesti ada dalang. Samada dari kem musuh dalam selimut yang tengah cari gunting dalam bantal atau musuh politik luar. Tetapi saya rasa besar kemungkinan dua-dua sedang berkerjasama. Agen dalam dan agen luar. Barulah namanya sindiket.

Dalang tersebut sekiranya orang muslim maka sudah melakukan dosa besar disisi Islam. Ini kerana dalam Islam kita tidak boleh menfitnah tanpa bukti atau prasangka. Syariat menuntut dikemukakan saksi. Dikatakan Raja Petra Kamarudin mempunyai bukti yang kukuh dan tidak akan mendedahkannya sehingga berpeluang pada ruang dan keadaan yang sesuai sekali.

Soalnya mengapa RPK tidak kemukakan kepada Yang diPertuan Agung dibawah satu tindakan istana kerana memang dia mengaku dia ahli keluarga kerabat diraja? Atau berikan bukti tersebut ke New York Times atau CNN atau Al-Jazeera supaya ia dijadikan bahan jurnalistik bersifat investigative dan scoop (satu pemberian bahan yang bernas dan bersumber)?

Dengan melaung "Saya tuduh wanita ini berzina!" dan tidak mengemukakan saksi yang nyata adalah dikutuk sekeras-kerasnya dalam Islam. Al-Quran meletakkan syarat sekiranya tidak dapat mengemukakan saksi, maka hendaklah melakukan sumpah mubalahah. Selepas itu, kita menyerah kepada Allah. Mengapa sedemikian? Inilah cara Islam menyelesaikan kes dan isu politik. Banyak masalah manusia kerana asyik berbalah tanpa henti. Tidak kira Timur Tengah ke atau Umno-Pas ke. Islam ingin kita semua beriman dan berpegang kepada Hari Akhirat dengan itiqad dan yakin yang sempurna. Itu adalah syarat menjadi orang yang beriman menurut perenggan pertama dalam Suratul Balqarah.

Kita adalah terselamat dengan mengikuti syariat, walaupun tersilap dalam soal batin dan hakikat. Ini antara perkara yang ramai orang yang mengaku Islam tetapi sudah alpa dan jahil mengenai yang mana letaknya hakikat dan yang mana letaknya syariat. Ada nas dan hadits yang Rasulullah (s.a.w) sengaja melepaskan pesalah walaupun dari segi syariat jelas kerana ingin menanamkan 'menyerah kepada Allah dan Akhirat' sebagai penentu.

Kita hari-hari membaca 'Maliki Yaumiddin' dan ayat-ayat mengenainya adalah jelas seperti mafhumnya, 'mengapa anda menyatakan sesuatu yang anda tidak mengetahui (atau menjadi saksi)?'.

Dari segi syariat takrif kes ini adalah fitnah. Akhbar asing tidak muslim dan ingin sensasi dan tidak bertanggungjawab apa akan jadi kepada negara kita sekiranya huru-hara nanti. Di depan mata saya semasa Mei 13 sudah menyaksikan ramai rakyat tidak berdosa tetapi terbunuh hasil fitnah yang tidak bertanggungjawab.

Dalam link di atas kepada Malaysia-Today saya turut menjawab dan membidas sikap rakyat kita (berbangsa Cina) yang sendiri tidak ingin menyertai pasukan Polis tetapi lepas itu menuduh polis itu korup dan berat sebelah. Apakah dengan ramai anggota berbangsa Cina ia pasti tidak lagi korup? Tetapi sekurang-kurangnya tidaklah polis terperangkap sebagai menyebelahi satu kaum sahaja kerana mereka sering meminta rakyat Cina memohon menyertainya tetapi gagal dapat calun yang sesuai. Itu sebabnya saya sering sokong Mahathir kerana dia sekurang-kurangnya berkata, 
"Ini negara saya dan saya rakyatnya. Apakah tidak boleh saya bersuara sebagai seorang rakyat?". Ada yang tahu bersuara macam dia tidaklah kena tangkap ISA. Yang tidak tahu bersuara dengan sivil dan betul akan kena ISA. Saya sendiri pernah membuat banyak tindakan protes dan demonstrasi tetapi tidak pernah disabitkan kesalahan atau ISA. Polis melepaskan saya begitu sahaja kerana saya lakukan dengan tertib dan tatacara yang berasaskan kaedah Mahatma Gandhi iaitu protes tanpa kekerasan.

Mungkinkah saya ini agen mana-mana pihak sehingga tidak ditangkap? Fikir-fikirlah.

3 comments:

yindanyan said...

Tuan Red1,

Ayat Tuan yg terakhir agak pelik.
Sebab Tuan suruh fikir-fikirkan sama
ada Tuan ini agen mana-mana pihak. Mungkin Tuan memang agen kiri, kanan atau tengah atau agen sendiri, atau sengaja mencari nahas dengan membuat jenaka tetapi suasana politik negara yg semakin panas memungkinkan perkara ini tidak dilihat sebagai jenaka oleh sesetengah pihak atau Tuan cuba ketengahkan 'parti' sendiri dengan cara begini?

Masalahnya jika difikirkan ialah Tuan telah tunjukkan diri dari penulisan Tuan secara sedar atau tidak sebagai menentang Sultan, orang melayu, bahasa melayu dsbnya memusuhi yang berkaitan negeri ini tetapi tetap mabuk budu, belacan dan cencaluk (BBC). Semoga BBC ini dapat menjadikan orang melihat Tuan dengan cara yang lebih akrab dan bukan agen seperti mana yang Tuan suruh kami fikir-fikirkan.

wassalam
yy

Redhuan D. Oon said...

Ini ada kisah disebaliknya semasa saya pernah disoal siasat oleh pihak SB dalam beberapa kes demonstrasi dulu dimana saya ditahan sekejap tetapi dilepaskan sehingga mengelirukan saya. Mereka sedikit sebanyak bagi saya idea terbalik macam itu.

(1) Police Inteligence dan Military Intelligence banyak negara berkaitan akan membuat penyiasatan kerana ini soal seorang PM yang akan menyimpan rahsia negara, dan jika ada bukti dari pihak tertentu, mereka bimbang ugutan atau blackmail boleh dilakukan, dan apa-apa rahsia kedua-dua pihak boleh dibocorkan dengan mudah.

Misalnya katakan Russia tengah berunding untuk memasuki pasaran barangan A. US pula ada fail rahsia dan menghubungi PM dan mengugut supaya diberikan maklumat perundingan. UK pula tahu dari agen CIA dan minta pula sesuatu (mungkin undi sokongan di UN, atau apa jua permintaan yang mesti dipenuhi). China pula tahu dan seterusnya dan seterusnya kerana ada kes entah ya ke tidak kerana tidak ada tindakan-balas dari Malaysia terhadap berita sensasi itu terhadap ketua negaranya.

(2) Agen-agen MI lain misalnya walaupun tiada bukti boleh diberi maklumat palsu dan seakan benar kerana tidak ada cara untuk mengesahkan atau tidak mengesahkan. Pemberi maklumat pun tidak dapat disahkan.

Itulah dunia perisikan politik dan ekonomi yang hidup dengan bajet besar berdasarkan helah dan counter-helah sehingga tidak pasti siapa di sebelah siapa.

(3) Mereka akan mengesyaki siapa-siapa yang nampak bersih dan seolah anti ini tetapi bukan dan nampak pro itu tetapi bukan dan hanya berpura-pura.

(4) Apakah saya agen? Apakah saya pura-pura masuk Islam dan masuk PAS supaya mencetuskan sentimen kaum Cina pro Islam untuk melemahkan UMNO dan kemudiannya keluar PAS dan cetuskan sentimen Cina takut kepada Islam? Memang tidak boleh pasti kerana agen tidak akan dapat dikesan.

Itu sebabnya semua negara ada Internal Security untuk menangkap agen-agen tersebut tanpa bicara kerana tiada bukti.

Mungkin saya ini bukan agen. Mungkin saya sengaja cakap ini untuk orang jangan mengesyaki yang saya ada apa-apa kena-mengena.

Saya sendiri tertanya-tanya. Mengapa berita keluar tepat waktunya. Mesti ada konspirasi. Jika dari pembangkang, dah dapat dikesan. Tetapi jika dari dalam kerajaan? Macamana? Sajalah, saya cuba putarkan otak ingin tengok kerajaan nak buat apa.

Jika saya ditangkap maknanya memang mereka tidak tahu siapa yang lakukan. Kerana jika sudah tahu mereka tak layan saya.

Atau sengaja tidak tangkap untuk tunjuk mereka tahu padahal mereka tak tahu. Itulah kerja 'intelligence'. Main psycho. Budu tu hanya untuk konfius saja.

yindanyan said...

Red1,

malang atau baiknya kadang-kadang agen pandai kalah dengan agen bodoh kerana seorang sangka dia pandai dan seorang lagi sangka dia bodoh.masing-masing underestimate atau overestimate. jadi tak seimbang dan rebah masuk perangkap sendiri.

apapun kalau masuk 'dalam' mungkin mereka sengaja minta masuk ke 'dalam' untuk nak ratib panjang atau di hantar oleh NYA untuk meratib jua.

Tuan Red1 minta masuk ke?
Kot la nak cuba lebih glamour.
Minta pada NYA jangan minta pada agen. walau bagaimanapun agen tu pun mahu tak mahu adalah 'agen' NYA juga.

wassalam
yy