16 April, 2009

Tidak Mampu Boikot Barat

Tadi tengahhari saya sedang menunggu dekat MacDonalds, Kota Kemuning, dan saya perhati ia penuh dengan pelanggan terutamanya orang seagama saya. Saya pun terlintas dalam otak, "Macamana nak boikot Barat dan jenama Barat?" Lagi ramai yang mengunjung dan memberi wang kepada syarikat gergasi barat yang ada kaitan dengan kuasa zionis yang mencengkam dunia umat sejagat terutamanya menindas saudara mara kita di Palestin.

Saya perhati cara kita berebut dan beriya membeli barangan dan membayar dengan harga lebih tinggi dari harga di kedai mamak atau melayu berdekatan seolah-olah jenama luar negara itu memukau kita dan lebih berkhasiat. 

Tidak kurang juga umat Islam yang masih membeli rokok dari jenama Barat padahal hukumnya adalah haram atau makruh oleh jumhur ulamak. Kepada siapa harus kita menyalahkan sekiranya kita sakit lebih kerap dari biasa? Siapa yang harus dipersalah sekiranya anak cucu kita masih miskin dan kuasa asing masih kayaraya?

Mengapa kita perkata apa yang kita tidak mampu buat?

3 comments:

joe penang said...

Kalu payah nak boikot mcd ok la. Xde alternatif.
Boikot colgate,nestle, lipton tak bleh?

Belilahlah barang HPA. Paling baik jd ahli, guna dan ajak org lain jd ahli dan guna. Inipun fardhu ain lagi

azaa said...

Kalau susah nak boikot, kita tiru lah mereka. Make better fish-o-fillet or BigMac burgers. Kerajaan can play a role by giving incentives to bumi and non bumi enterprise or challenge the GLCs to pave the way.

Slowly but surely, we will eat their market share...even if it fails, its worth it rather than the money going to scandalous politicians

routermen said...

mereka dah terpukau dengan "majik" iklan mcdonald di tv. Mcdonald Malaysia pula sebarkan flyers mengatakan depa tak support zionist. yeke mcdonald malaysia ? tipu lah .. takan tak bayar royalty tul tak ? baik la berenti makan mcdonald bukan sihat pun.