Saya ada menanyakan kepada perserta kursus, siapa yang lebih berkuasa - Syaitan atau Manusia. Yang mengejutkan saya ialah ada yang menyangkakan Syaitan lebih berkuasa. Saya pun mengingatkan hadirin kursus kembali kepada nas yang sahih mengenai Syaitan. Saya pun tanya mereka,
"Siapa yang jadikan Syaitan?" Mereka pun dapat jawab dengan betul, iaitu 'Allah!".
"Siapa yang lebih berkuasa?" Sekali lagi jawapannya tegas "Allah Yang Maha Berkuasa!".
"Apakah Syaitan lebih berkuasa dari manusia?" Di sini agak samar-samar jawapan mereka.
Saya pun ingatkan kembali kepada sejarah kejadian jinn, iblis syaitan dan manusia itu sendiri. Sesungguhnya Allah lebih awal mencipta makluk malaikat dan jinn halus ini, tetapi kemudiannya mencipta pula Adam dan manusia kita ini sebagai satu jenis Khalifah yang diletak paling tinggi, malah lebih tinggi dari jinn dan malaikat.
Buktinya ialah Allah menyuruh malaikat dan jinn supaya sujud kepada Nabi Adam a.s. Pada mulanya mereka enggan kerana dengan pengetahuan mereka yang sudah luas mereka tahu bahawa keturunan Adam ini akan membawa kerosakan ke atas muka bumi dan melupakan Allah. Padahal makhluk halus ini tidak. Allah pun menjawab kembali, "Aku tahu apa yang kamu tidak mengetahui".
Dengan mengajar Adam mengenai nama-nama sekalian alam, jinn malaikat pun tidak tahu, akhirnya mereka sujud melainkan Iblis. Namun begitu Iblis itu tidak pula berkuasa dan terpaksa meminta izin dari Allah untuk menyesatkan manusia. Dan Allah pula tidak benarkan melainkan dengan syarat. Saya pun suruh peserta periksa balik Al-Quran nanti bila balik dari kursus kerana saya sendiri pun kurang pasti apa syarat itu. Tetapi saya pasti ialah memang ada syarat dan pada asasnya Allah yang berkuasa dan menentukan segalanya. Pastinya bukan Iblis secebis pun.
Dengan itu, kemudiannya Iblis itu ingin menyesatkan manusia tidak dapat membuat demikian kerana memang ia tidak berkuasa atas manusia dan ia lebih rendah dari manusia. Iblis hanya boleh berbisik sahaja, dan terpulang pada manusia itu untuk mempercayai bahawa Iblis itu lebih berkuasa dan mampu menolongnya.
Nasihat saya kepada peserta ialah Iblis ini main psikologi sahaja. Ia akan samada cuba menarik nafsu kita atau menakutkan kita. Jika kita tidak berganjak ia tidak boleh berbuat apa-apa. Tetapi ada nasihat Allah tentang lawan godaan Iblis yang cukup licik. Saya pun bertanya kat peserta apakah ayat Allah untuk menghalau Iblis.
Ayatul Kursi itu siapa yang bagi tahu? Iblis juga! Mengapa Iblis tidak terbakar dengan menyebut ayat tersebut? Saya pun beritahu rahsianya ialah bahawa bukan Ayat yang berkuasa, tetapi manusia yang membaca itulah yang berkuasa. Maknanya ada rahsia dalam anak Adam ini yang Allah sudah letakkan. Ayatul Kursi ini tidak ada apa-apa melainkan makna di dalamnya. Sila baca dan faham maksud ayat tersebut.
Rahsia lawan Iblis ialah berpaling darinya, jangan layan atau pedulinya, dan hanya mengambil perlindungan dengan Allah semata-mata kerana Dia lah yang sebenar-benarnya Maha Berkuasa dan tidak ada yang boleh atau ada kuasa selain dariNya. Jangan cuba lawan apa yang tidak ada kuasa. Itu adalah terkena tipu helah Iblis syaitan dan secara tidak langsung memberi pengiktirafan yang tidak layak baginya.
Kembalilah kepada menyedari bahawa anda adalah khalifah dan adalah berkuasa dengan kuasa Allah yang menghendaki anda memiliki Amanah Nya.
Walahu Aklam
- catatan peringatan topik seterusnya:
1. Macamana kita tahu yang mana satu syaitan?
2. Salahguna perkataan 'InsyaAllah'
3. Salahguna menyatakan niat ikhlas
3 comments:
tuan,
makhluk pertama yg dicipta oleh Allah SWT adalah ruh muhammad SAW. dari ruh muhammad SAW itu dicipta segala makhluk yg lain. ini yg iblis, seorang ahli ibadat tapi bukan ahli ilmu tidak nampak...lalu tidak memahami bahawa makhluk adam (manusia) itu adalah manifestasi kpd roh muhammad itu sendiri kerana Roh Muhammad (with capital)SAW itu akan dijelmakan dari keturunan manusia.. maka sudah tentu dari sudut ini manusia itu lebih tinggi darejatnya drpd maklhluk lain walaupun ianya dicipta drpd tanah -satu elemen yg dipandang rendah berbading api dan cahaya ketika itu..
tambahan pula - adam dicipta dalam bentuk homo sapien sapien, yg mana ketika itu sudah terdapat satu makhluk seumpama itu yg agak menyerupai adam iaitu homo erectus (monyet) yg disangkakan oleh darwin sebagai nenek moyang manusia dalam proses evolusi.. dan kerana pandangan ini, malaikat agak gusar apabila Allah SWT ingin mencipta satu makhluk yg one level up daripada mereka yg mereka ingatkan adalah dari golongan homo erectus..apabila Allah menunjukkan kpd malaikat ini bahawa makluk baru ini lebih pandai dan bertamadun (ayat alquran yg menunjukkan bahawa Allah mengajar Adam segala nama) maka hilang kegusaran para malaikat..dan yakinlah bahawa makhluk ini agak 'special'......
wallahua'lam.
samalah seperti kita tanya, mana lebih kuat antara manusia dengan harimau. Jawapannya tidaklah objektif bergantung dari sudut kita melihatnya.
Walaupun harimau tidak pernah menguasai kelompok manusia tapi kadang-kadang ada juga manusia yang kena baham oleh harimau.
Alias,
Ya tak ya jugak.. tepat permerhatian sdr. Lain kali, saya akan tanya pula siapa lagi power - iblis atau harimau?
Jawapan saya ialah La Haula Wala Quwata illah billah. Tetapi Jinn lagi ditakuti dari binatang. Ini kerana power akal yang diberi kat kita, tidak ada pada harimau.Dengan akal itu saya akan buat perangkap atau bawa senapang apabila mengunjungi harimau di hutan.
Yang Iblis ini tak payah kunjung. Memang duduk sebelah 24 X 7.
:D
Post a Comment