29 March, 2009

Apakah Kita Boleh Pandai Macam British?

Saya terbaca satu komen dari blog lain yang mengecam sistem kita sebagai terlalu teruk sehingga saya terasa bosan. Apakah kita ini sekiranya menggunakan Inggeris 100% akan jadi pandai macam orang putih? Saya baru balik dari India yang rata-rata boleh bertutor Ingggeris tetapi saya rasa kualiti Inggeris mereka masih rendah berbanding British. Orang di negara roti Chennai bercakap terlalu pantas sehingga adalah tidak guna untuk cuba mendengarnya. Mereka masih tidak faham sastera dan bunga Inggeris sebenarnya. Bahasa tidak boleh mengatasi budaya. Sekira anda budaya Cina, sampai bila pun lu budaya Cina - ada faham? Jangan sangka dengan petah berbahasa Inggeris maka Britishlah pemikiran anda.

Orang Asia rata-rata tidak boleh menjadi semacam orang Jerman. Teknologi mereka bukan kerana teknologi mereka tetapi kerana cara mereka berfikir. Cara itu tidaklah digambarkan dalam bahasa atau warna kulit mereka. Ia adalah fitrah semula jadi mereka. Orang Jepun pun cakap laju, dan selalu tunduk kepala tetapi dalam hati berfikir panjang-panjang. Memahami bahasa Jepun dengan arigato kuzaimas atau hajime semashteh tidak akan menyedarkan kita tentang pemikiran mereka yang tajam.

Kita mesti sedar siapa kita dan menyayangi rahsia kejadian kita. Ada hikmah di dalamnya dan hendaklah kita teroka sehingga tercungkil apakah kebaikan dan rahsia tersebut. Tidak berguna kita mencuba untuk memburungkakaktuakan orang lain yang jauh dari corak genetik kita.

Sampai bila agaknya kita akan menjadi penelan budaya asing dan sampai bila kita akan menelan burger MacDonalds.

5 comments:

Unknown said...

Yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan.

Kita ambillah amalan yang baik dari semua bangsa dan tinggalkan amalan-amalan yang buruk, nescaya kelak kita akan jadi bangsa yang terbaik.

yindanyan said...

Red1,


Semua British pandai ke?
Apa takrifan pandai yg Tuan pakai?

Apapun, semasa orang2 melayu mula dihantar oleh kerajaan membuat A level dan seterusnya BSc, BA, MSc, MA, PhD dsbnya di UK, ramai yg dihantar ke kolej atau sekolah tahap 2 atau tahap 3. Sedikit yg ke institusi tahap 1. Sebabnya institusi tahap 1 hak mutlak British dan lagipun orang melayu/bumiputera yg berjaya masih sedikit dan baru nak faham sistem British jadi tak ramai scorer lagi.

Maka dari situ baru nampak bahawa British ni taklah secara akademiknya semua pandai sangat. Bila dah mula score mengatasi British yg antaranya tak berapa pandai maka naiklah keyakinan bahawa kitapun boleh buat apa yg dia buat dan akhirnya ramailah yg berjaya di universiti di UK dll.

Kini ramai anak-anak kelompok awal itu yg belajar di dalam dan di luar negara. Cerita anak-anak mereka berjaya di universiti terkemuka dan berjaya mendapat kelas pertama pun dan tak heran lagi.

Kadang-kadang kena duduk dekat orang yg 'kurang pandai' sedikit untuk rasa yakin boleh buat.

Masa peringkat awal melayu secara beramai-ramai di hantar ke UK dll,
kawan2 kita dari kaum Tionghua lebih ramai belajar di sana walaupun tak kaya dan tanpa pembiayaan kerajaan. Mereka yg pergi dgn pembiayaan sendiri lebih banyak dari pembiayaan kerajaan.

Mungkin ketika itu 'Sistem Kongsi' mereka masih belum diranapkan oleh sistem kapitalisme berjaya memberi dana untuk hantar anak-anak Tionghua ini belajar di sana. Sekarang orang Tionghua pun seperti kaum lain jadi hamba kilang kapitalis hinggakan belajar dalam negeri pun cari PTPTN juga. Budaya kapitalisme dah hancurkan sistem ekonomi keluarga kaum Tionghua berserta dengan Sistem Kongsi mereka sekali. Bila dah cari PTPTN maka dapatlah juga mereka penyakit subsidi - mula nampak pelajar Tionghua di universiti terpaksa dinasihati bagaimana nak belajar sebab dah mula dapat CGPA kurang dari 2. Malangnya mereka ini susah dinasihati atas peringatan bahawa PTPTN itupun rezeki dari Allah dan perlu bertanggungjawab. Mereka tak faham rezeki dari Allah.. Susah nak suruh 'insaf'. Cari shortcut ke dunia lain adalah.

Tapi sekarang agama kapitalisme ini dah dianuti oleh semua kaum tak kira bangsa, keturunan mahupun agama. Addeen kapitalisme dah jadi cara hidup semua orang. Awak pandai pun akan jadi modal untuk sistem kapitalis jua. British atau amerikan - semua dah kena 'jual'juga.

wassalam
yy

Kamal said...

..tapi saya rupanya hanya dapat markah tinggi...pandai belum lagi...tapi orang kata "pandai"...lama2 kita pun ingat kita dah pandai..hee..heee...macam cerita Muhammad Ali..Cassius Clay....I'm The Greatest...I'm The Greatest..berulang kali dan dimerata-rata sebelum sesuatu "fight"...lama2 opponent dia pun kata "Ali The Greatest"...terus tumbang Round 2!....Apa Itu Pandai???

So central issues nya bukan British pandai I think...they managed to make us "believe" in them!..colonisation is one strategy..the "xxxx" planned and used US as a platform and brought all "brains" to US (including the famous E)...and many people believed in the country called US....those who have studied in Australia, US, or UK or anywhere know that there are "not-so-clever" Australian, Amerikan, British etc...

So is in Malaysia...kalau kata orang melayu malas, banyak kita jumpa orang India atau orang Cina malas..and so on and so on...

Again central issuesnya bukan bangsa atau negara...

My 2 cents thoughts..Allahu'alam..

Redhuan D. Oon said...

You see, the thing is - we are even using English to describe our unEnglish tots. We are trapped in their dialetic of so called progress and reform.

Perkara yang saya ingin aju di sini ialah tentang hala tuju kita dalam perdebatan bahasa dan budaya serta kenegaraaan. Soal identiti kita tidak jelas sama sekali.

Cakap Alias di atas itu benar dan itulah sifat lokal kita yang agak pudar kerana tidak cukup moden atau canggih kata-kata itu di London. Tetapi ramai dari kita mengejar pengiktirafan dari London, New York dan Berlin. Saya pula sama dari segi ingin buat HQ saya di Berlin yang kini sudah tercapai dengan wakil dari Jerman sendiri.

Tetapi ada yang kritik kita bahawasanya sekiranya tanpa bahasa Inggeris kita tidak akan maju macam mereka. Itu betul kerana alasan yang salah. Kita tidak mampu kejar mereka atas dasar mereka. Kita mampu atas dasar dan identiti sendiri. Soalnya kita sendiri pun tidak sedar apakah kebolehan dan halatuju sendiri.

Maksudnya kita neither here nor there. :)

LydSunshine said...

En Red1, tulisan tuan sungguh bermanfaat. Terima kasih. Dan semoga tuan selalu update blog ini.