07 June, 2008

Tun Salleh Abbas Yang Saya Kenali

Apabila membaca blog CheDet mengenai Tun Salleh, teringatlah dulunya dapat juga kita berkenalan dengan bekas Ketua Hakim Negara itu.

Masa itu lebih kurang akhir 1980an. Saya pun baru mendirikan rumahtangga dan menduduki flets E8, Taman Melati, Setapak.

Satu hari semasa di Harakah, kami dikunjungi saudara Dollah Kalbi yang membawa isterinya yang bukan Melayu tetapi dari kaum Singh. Kemasukan Islam isterinya amat ditentang oleh keluarganya sendiri dan tentu sekali menjadi kes besar dikalangan kita sehingga ke mahkamah dan tidak kurang juga menjadi kes politik yang ingin sangat dimainkan oleh DAP waktu itu.

Dollah Kalbi bersama-sama dengan kita dibawa seorang kawan lain berjumpa Tun Salleh Abbas yang pada masa itu sudah terpecat dan menduduki rumahnya di Jalan Aman, off Jalan Ampang. Mereka ajak saya ikut kerana saya dikatakan petah bercakap dan boleh bantu Dollah Kalbi mengemukakan kesnya kepada Tun Salleh untuk mendapatkan nasihatnya dari segi undang-undang.

Ini kerana Dollah Kalbi merancang untuk menahan isterinya daripada diambil oleh keluarganya sendiri tetapi dia perlu tahu apakah betul atau salah dari segi undang-undang.

Setibanya ke rumahnya, kami dapati Tun Salleh memakai trek suit macam orang kampung lalu dia mengiyakan bahawa memang dia habiskan masanya di kebun kampungnya di Besut, Terengganu. Hari itu barangkali dia bercuti di Kuala Lumpur.

Sebelum kita mahu buka mulut Tun Salleh terus menerpa,"Tak yah tunjuk fail. Just tell me what it is".
Kami pun masuk tajuk sepantas mungkin. Tun Salleh dengar dengan diam sekejap lalu agak dengan tiba-tiba juga dia menjawab,"I am not a lawyer. Long time. Been a judge, sitting up there. Wouldn't be able to advice. ... You cannot win. Not in Mahathir's court".

Begitu sahaja, agak hampa kita, lalu saya yang diutuskan khas ke situ tidak akan membiarkan keadaan itu berlalu.

Saya pun mula dengan, "Tun, jika tidak silap saya, pernah terdengar kisah Tun semasa dipecat di depan Mahathir, Tun Salleh ada cabar balik Mahathir dengan berkata, 'I shall fight you till the end'. Betul ke?"

Seperti caranya sebelum itu, Tun Salleh diam seketika memandang ke orang yang bertanya dan dengan tiba-tiba berkata, "Yes, i did fight till the end. I was fired. Now leave me to my farm. Leave me to die."

Sebelum kami meminta diri berangkat Tun Salleh bagi tahu saya,"You. Are you a candidate of PAS?"
Saya menjawab, "Yes, i was, i fought against Daim Zainuddin in 1986 under PAS ticket. But Tun, for you to commend me. Can i quote you on this?"

Tun pun mengangguk, "Yes".

Selepas masa berlalu, dan pada satu malam ceramah PAS di Markaz Tarbiyah, Taman Melewar, saya duduk-duduk mengikuti ceramah dari luar bangunan bersama khalayak ramai, ternampak duduk tepi saya menyandang kat tembok bersama pendengar lain adalah Tun Salleh! Saya agak terkejut keadaannya selamba sahaja dan berdiam diri dan pakaiannya sebiji orang kampung dengan ketayap tua ala PAS pula.

Saya terus memperkenalkan diri saya yang pernah berjumpanya lalu mengajaknya naik ke pentas kerana pasti orangramai mahu mendengar ucapannya. Beliau tunjuk isyarat enggan dan balik ke stailnya yang diam separuh muram sepertimana wajah pertama kali saya berjumpanya.

Saya tidak menerima keadaan itu dan pergi berasak-asak mengharungi ribuan hadirin sehingga sampai ke pentas dimana Abdul Malek Husin atau kami sering panggil dengan AMH tengah bersama duduk di pentas ceramah. Setelah dapat bercakap dengan AMH, dia pun cepat-cepat menghantar satu rombongan untuk merayu dan mengiringi Tun Salleh naik ke pentas. Rupa-rupanya Tun Salleh itu kena pujuk baru sudi.

Tetapi memang simple, straighforward, dan down to earth orangnya.

11 comments:

Gelombang Rakyat said...

Red1, menarik kisah Salleh Abbas ini. Masih segarkah nama Mahathir Mohamad dalam hati mindanya? Namun Mahathir Mohamad juga menyimpan keperihalannya dalam Tun Salleh Saga. Menarik!

CUCU TOK KEDU said...

Reduan Onn! Kamu masih lagi hebat! Sehebat masa kita turut serta mempertahankan Tun Salleh Abbas walaupun kita rakyat biasa. Tapi kita pejuang yang tak mengenal upah atau pangkat! Apakah saudara masih meneruskannya? Kerana orang yang teraniya bukan Tun Salleh Abbas seorang, ramai dan akan ramai lagi! Termasuklah rakyat yang menghadapi resiko kenaikan minyak hadiah kemenangan BN!

Unknown said...

En. Redhuan,

Out of topic. Saya sedang mencari kelas Mandarin untuk anak-anak saya (pre-school). Better start them at an early age. Thanks. kalau takde takpe.

Redhuan D. Oon said...

Cucu Tok Kedu aka Man Kadir,
Terima kasih kerana datang melawat, Alhamdulilah kita masih dapat pahala silaturahim, walaupun secara maya.

Sdr Zainal,
Saya hantar semua anak saya dulu ke tadika aliran Cina berdekatan rumah seperti Sri Murni. Lepas itu ke SRJK Cina. Ini cara paling berkesan dan jimat. Jika nak tanya lanjut tanyalah di sini iaitu topic yang tidak off. Saya akan jawab sana. T.k.

azlishukri said...

cerita yang sangat menarik...

Letting the time pass me by said...

Bro.. saya memang tak kenal Tun M atau pun TSA mahupun DSAI, tapi pada pandangan saya, mereka semua mempunyai power struggle yang tersendiri dan mempunyai agenda masing-masing... Siapa salah dan siapa yang benar? Saya memang tak de nak sokong sesiapa..

Cuma pada saya, waktu tu Tun Mahathir kena buat keputusan untuk meneruskan agenda pembangunan-nya selaku PM. Dia bertanggungjawab sebagai PM dan kena menjawab kepada berjuta-juta rakyat sebagai PM utk membela rakyat.

Jadi sebagai PM, dia mempunyai hak untuk membuat keputusan, dan dari pemerhatian saya, apa yang dilakukan-nya berpandukan peruntukan undang-undang.

Pada saya, undang-undang ciptaan manusia merupakan proses yang agak subjektif, ianya bukan undang-undang mutlak seperti yang digariskan didalam Al-Quran...

Hakim pun terdedah kepada nilai-nilai kehidupan masing-masing. Samala seperti setengah manusia melihat tindakan TSA menulis surat kepada YDPA dan cc kepada Majlis Raja-raja mungkin tindakan yang berbaur politicking dan tidak tepat, tetapi bagi sesetengah orang, lain pula pandangannya.

Saya pikir tindakan Tun M semasa krisis tahun 1988 lebih kepada satu tindakan optional. Dia ade beberapa option untuk menyelesaikan krisis kepimpinan UMNO serta masalah kehakiman dan telah menggunakan option yang dimulakan oleh pihak team B, iaitu mengikut keputusan mahkamah dan UMNO pun dibubarkan.....

Politik nie memang lain permainan-nya. Dulu masa DSAI jadi TPM pun pihak pembangkanglah yang mencabar TDM untuk menjalankan siasatan terhadap DSAI untuk menunjukkan keadilan kehakiman, tetapi bila DSAI diadili dan didapati bersalah, geng-geng pembangkang pulak membela DSAI konon-nya beliau dianiaya...

Siapa yang sebenarnya menganiaya siapa? Politik yang saya tahu tak pernah dihiasi dengan sifat jujur dan ikhlas. Mungkin ade pada tokoh PAS Tuan Guru Nik Aziz, tetapi saya tak nampak orang lain yang mempunyai kaliber dan karisma seperti TGNA.

Kebanyakan penyokong parti pula teralu taksub dengan perjuangan parti sehingga mengangkat pemimpin-pemimpin parti setaraf dengan wali-wali kekadang sehingga tahap maksum yang saya tak boleh terima langsung...

Tapi saya suka dengan tulisan-tulisan Mufti Perlis. Nampaknya beliau antara suara baru dalam perjuangan Islam, walaupun saya perasan yang ade juga geng-geng yang selalu mengecam beliau...

Cik Lee said...

Blogger Letting the time pass me by:
Suka dengan tulisan-tulisan mufti Perlis? Dalam maknanya tu...

Mohd Nadzri Kamsin said...

Apa kesimpulan daripada cerita di atas?

SiR KinG TiGeR said...

Red1
kita tidak tahu punca sebenar masaalah melibatkan TDM, TSA. Kita cuma mendengar dari satu pihak, dan pihak yang lagi satu cuma berdiam sekejap dan terus bersama semangat 46. Mungkin benar TSA ada niat politik dari awal awal lagi? Cerita ko tak ada penghujung nya? apa terjadi selepas itu?

wailyamein said...

TSA tu memahami pepatah Melayu 'Berani kerana benar takut kerana salah'?

Unknown said...

Sahh! Pada pandangan saya setelah mengikuti cerita ni & cerita2 lain yang sanadnya agak kuat, dan penerimaan beliau menghadiri jamuan pak lah & zaid ibrahim & bar council baru2 ni (walau pun dia tahu menantunya sekongkol dengan kamarudin anak pak lah dalam Scomi & BSA Tahir masih dalam ISA), tun saleh ni ada sindrom "gah budak kampong"... asal usul dari orang susah (agaknya?), dah naik jadi "somebody" & egonya saiz XXL... nak cuba tonjolkan image "simple" tapi sebenarnya "sophisticated" tak bertempat... kesian dia, tapi apa risau? Duit pencen dapat, dapat hadiah lagi dari pak lah... duit menantu tak payah ceritalah...memanglah boleh tonjol "image orang kampung besut", tapi orang kampung ada kelas!