06 June, 2008

Tawakallah Kepada Allah, Bukan Harga


Lihatlah rintihan rakyat merata ... dalam blog CheDet

Mengapa kita berebut ke stesen minyak seolah petang itu satu-satunya petang sahaja dalam hidup kita dan esok akan berlaku kiamat? Apakah ia akan menyelamatkan kita dari harga yang tidak akan sekali-kali turun? Apakah boleh kita lari sekiranya betul yang hari kiamat pada hari esok?

Apakah salah pemerintah atau spekulator minyak dunia? Apakah salah Yahudi atau salah kuasa imperialis buat perang di Iraq? Apakah salah bumi atau salah Pencipta bumi?
Apakah salah PRU12 atau kerajaan BN? Apakah kita ketagihkan janji ahli politik yang menjanjikan turun harga? Apakah boleh turun balik? Berapa sen? Sepuluh? Dua puluh? Tiga puluh? Jika ya pun, apakah duit kita kekal nilai yang sama? Apakah kadar inflasi rendah bermakna nilai wang kertas mempunyai kuasa membeli yang tinggi?

Kita sudah seolah hilang punca. Meronta-ronta meminta sesiapa. Tak kira Datuk Seri ke Tun pun tak apa. Tak sedar tiada yang lain yang Maha Kaya.

Kita masih lagi berfahaman negara kebajikan. Masih lagi mengharapkan subsidi kerajaan. Kita masih lagi merosakan muka dan isi bumi. Masih lagi menzalimi diri. Tidak sedar yang itu adalah pemberian Ilahi. Yang tetap menguji, dan tetap menanti. Apakah kita beriman kepada rezeki? Yang mana rezeki sudah dijamin tetapi iman kita belum lagi. Sehingga satu hari nanti, dimana tiada lagi erti. Melainkan yang bangun sebelum pagi. Menghadap Allah yang Maha Penjadi.

Bumi muslim amat kaya. Hati muslim amat berdaya. Muslim itu amat berjaya. Tetapi ilmunya masih jahiliyah. Masih memegang kad lapuran dunia seperti SPM dan diploma. Tidak sedar izajah Allah. Yang bertanya bukan kepada apa dan mengapa. Tetapi kepada diri sudah buat apa.

- gambar bawah menunjukkan istilah bahasa Cina untuk 'kekayaaan'. Simbol tengah kanan adalah simbol 'mulut' iaitu makanan. Simbol kanan bawah adalah 'tanah' iaitu simbol harta sebenar yang tidak boleh jatuh nilai intrinsiknya seperti duit kertas. Simbol kiri bermakna 'mewakilkan' atau mampu diterjemahkan ke dalam bentuk lain. Maaf sekiranya salah, kerana saya tidak pakar tetapi main agak saja. Sekurang-kurang saya sampai separuh jalan, mengharapkan yang lain menyambungnya pula. -

9 comments:

k-one said...

salam. bagus kita renungkan seketika... kenapa rakyat marah? memang benar harga minyak tidak boleh berada d 1 paras harga selamnaya tetapi wajarkah ianya d naikkan dgn mendadak sebegitu rupa? saya merasakan andainya kenaikan itu terlalu kecil , tak akan jadi keadaan huru hara pada malam rabu lepas. kenaikkan sampai 70 sen adalah tidak munasabah sama sekali . tidak munasabah bagi negara kita yg merupakan pengeluar minyak.

rakyat masih teringat dan masi terasa beban kenaikan yg lalu (rm 0.30) dan berhempas pulas utk menyesuaikan diri mereka dgn kos sara hidup yg meningkat . di saat kita masi tercungap d hentamnya sampai RM0.70.

bukanlah saya ini seorag yg pakar dlm ekonomi tp secara umum kita faham bhw kenaikan bahan api akan mendorong kenaikan harga brg2 dan perkhidmatan. jadi rakyat bukan sekadar berhadapan dgn kenaikan herga minyak tp harga brg2.

jadi wajarkah kita berdiam diri? wajarkah kita duduk menunggul d kala org2 ini MENYUSAHKAN rakyat. jgn d halang org ingin meluahkan rasa isi hatinya. jgn di halang org memaki hamun , menyumpah seranah pemimpin yg BODOH! (menghuru harakan rakyat) PEMBOHONG! ( mula2 ckp naik bln 8 ), MUNAFIK ( tukar2 keputusan ) ZALIM ( tiada perasaan simpati- sila rujuk komen beliau apabila d tanya wartawan) .

kita bisa marah. kita bisa luahkan perasaan kita . pada masa yg sama juga kita berdoa agar ALLAH S.W.T memberi pembalasan yg setimpal terhadap manusia2 ini .

DatOk ZeQ said...

Red1

Jom kena teh tarik kat kedai mamak dekat rumah aku, ajak antimamak sekali !

Pembangkang pernah berjanji turunkan harga minyak kalau diberi kuasa, tetapi mereka tidak diberi peluang cuma sekarang turun juga la harga minyak angin, minyak gamat, minyak lintah,minyak buah pala,minyak rambut di 5 negeri yang dikuasai pembangkang !.

Bulan depan kadar elektrik pula naik,apa lagilah yang akan naik nanti. Aku suka semua barang barang naik sebab cepat sikit Pak Lah turun !

Keep writting !

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

naruto onepiece said...

Memang Islam harus diterapkan di segala kehidupan manusia. Politik, ekonomi, peradilan dan sebagainya.
http://politik.infogue.com/tawakallah_kepada_allah_bukan_harga

menza_ice said...

Tertarik membaca pendapat anda di ruang komen Tun.

Pendapat yang lain dari yang lain. Bagus, teruskan menulis. Saya ingin benar membaca banyak lagi buah-buah fikiran sebegini.

yin & yan said...

Red1,

I like to read and follow your responses to DR M in chedet.com. But it is difficult to locate since there are virtually hundreds and at times thousands of other responses to sieve through.

My suggestion is for you to come up with another blog for your responses to chedet.com

You can name it for examples:
Red1 in Chedet.com
Red1 n DRM

All your previous communications in Chedet.com should be put in this specific blog as well as your future responses be recorded there as well.

Hope you can do it since I think many others are also interested but lost in the process of finding you in the crowd or too long a time taken up to find you.

I pray that Allah will give you the wisdom and good health to maintain your contributions to the ummah through your blogging and your responses to DR M as well.

wassalam

Yin & Yan

Mohd Radzian said...

Red1,

This year marks broad inflation in almost all goods.

Reducing exchange rate from RM3.20/USD to RM 2.50/USD translate to saving of RM 0.70.

Taking from the base lower value of RM 2.50 ( The same as the base lower value of oil price), this saving is translated into a reduction of 28% of increase of petrol price. This result to a net increase of only 13% from RM 1.92/liter.

If I am Finance Minister 2, I think the petrol will increase at most to RM 2.17/liter

Before the government increase the petrol price, Finance Minister 2, Tan Sri Nor Mohamed Yackop has iterated in his televised interview in RTM1 that he does not want to use currence exchange rate mechanism .

So true as what Rasulullah s.a.w. has said in his hadith

" Hikmah adalah pusaka yang hilang dari orang Islam. Dimana kamu perolehinya maka raihkahlah ia."

The lost treasure of a muslim in Malaysia is the lost of pragmatism.
By being very "jumud" into own thinking without exercising flexibility will lead UMNO to lose it's original fight, that is the jihad for the well-being of the people.

In the past UMNO is strong ; not because the Ministers become the member of UMNO. UMNO is strong only because the people,- rakyat supported UMNO. This can only be continued only if it is seen that UMNO is fighting for the cause of the mass and not the well-being of certain people, especially those who are rich with high income and contracts.

In doing so, I do see that if the currency exchange rate mechanism still not enough to reduce the impact of inflation, the Ministers must first cut down their salary and "transportation allowances" before putting the burden on the shoulder of the rakyat.

In addition tax on high income group of people exceeding RM 20,000 should be increased. According to FM2, currently there are 38,000 citizen earning more than 20,000.
The richest should be the owner of Genting who . according to a magazine a few years ago earns RM 500,000 a month. I believe , if the tax is increase by 5% , this will lead to a saving of RM 1 billion per year. RM 1 billion is equavalent to about 20% of the saving (that is a from a total of 4 billion). If this is done, then the government is doing an economic justice that is ensuring equitable distribution of growth of economy to the rakyat.


Leading through example will not only projected good image to the people but also reaffirmed the perception of the rakyat - that the government (UMNO) is making the jihad for the well-being of the people. Unless this is done, then it is true as in hadith rasulullah , "Hikmah adalah pusaka yang hilang dari orang Islam".

Zubli Zainordin said...

Red1, memanglah manusia dalam keadaan panik mahu berebut untuk dapat untung walau 1 sen pun, dan sanggup berpusu-pusu ke stesyen minyak yang tidak membawa banyak erti kepada kekayaannya. Pun begitu Shahrir Samad dan Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya membongkarkan kelakuan sebahagian rakyat Malaysia sehubungan tawakal hamba kepada Tuhannya, dalam isu kenaikan harga petrol dan diesel ini. Menarik!

red1 said...

Sdr,
Saya cerita ini bukan apa. Saya pernah menyaksikan tingkahlaku rakyat kita sejak harga minyak pada paras 1.50 lbh krg dulu. Masa naik 20 sen dah seorang akak bawa vannya dengan bertong-tong plastik untuk diisi kerana ingin simpan stok pada harga lama. Berapa sen sangat nak jimat?

Ia seolah tidak sedar tentang Hari Akhirat atau hari tersusah yang pasti tiba, dimana akan datang dengan begitu kuat goncanagan mukabumi, sehingga ibu yang mengandung tergugur, ayah akan lupa anak, dan anak akan lupa ibu. Orang diladang tidak fikirbalik rumah. Tetapi apa Nabi s.a.w. kita nasihati? Pada hari terakhir itu, jika anda tengah menanam benih pokok, maka selesaikan menanam itu.

Itulah tenang dan yakinnya Nabi ajar, jangan terlanjur sangka seolah-olah tiada hari selepas hari akhirat.

Saya pernah lihat bagaiamana orang berebut untuk makanan padahal rumah terbuka hari raya oleh seorang Menteri Kabinet, tidak langsung tahap lapar atau kebuluran. Dan macam-macam lagi perangai manusia yang menjijikkan, menolak walaupun naik bas atau LRT. Kita belum lagi macam Zimbabwe.

Memang, kita rasa marah dan tertipu oleh kerajaan hari ini. Tetapi mereka tetap akan disoal nanti, jangan bimbang. Kita juga akan disoal sama - mana pergi iman kita?

Salah satu jawapan Allah dalam Al-Quran kepada kita yang sudah nyata ialah, 'Mengapa anda tidak hijrah, bukankah bumi Allah luas?'

Saya sudah bermusafir (lain topik) dan memang indah dan luas bumiNya. Maka semua ini ada hikmah. Hendaklah kita lebih bertasbih daripada merungut.

Sdr Yin/Yan,
Betul sdr cakap. Saya check balik saya sendiri pun lupa apa dan mana saya sudah komen kat blog CheDet. Saya rasa lebih baik saya cetak buku daripada cross post atau spam merata mengulangi balik pos yang sama.

Saya ada prinsip bahawa jika saya pos ke tempat orang lain, adalah saya ini menumpang berkat dia, dan tidak akan kita tarik pelanggan dia tanpa balas :)

Lagi satu, jika orang menghargai ilmu, akan tahulah orang itu apa nak buat.

Lagi satu, saya pos semua ini dari awal lagi ialah niat yang suci. Allah sudah memenuhi hasrat saya melahirkan sesuatu dan DIA lah yang Maha Pemberi. Maka saya cuma mengeluarkan kembali pemberianNya dan tidaklah menuntut balik selepas itu. Banyak tulisan dan puisi lama tiada pun hakcipta atau diketahui penulisnya.

Ini dah ramai orang datang mengunjung (sikit pun bersyukur) sudah cukup terasa, dan moga-moga semangat mencetak semua ini saya akan lakukan satu hari nanti dan dijual tanpa untung (niat sedekah jika ada).

Banyak lagi tulisan saya dalam SourceForge dan Open Source yang juga diiktiraf dunia yang kena korek balik. Itupun boleh dibukukan.

Alhamdulilah kini saya sedar tentang satu pertanyaan saya ada semasa kecil dahulu, tentang apa gunanya Allah ciptakan saya, maka kini saya sudah sedar satu-satu sebabnya, Alhamdulilah.

Red1

Letting the time pass me by said...

Bro.. Tajuk artikel yang menarik.

Tawakal dan redha dan pelbagai lagi sifat mahmudah yang disarankan oleh Islam. Rasullullah pun mengajarkan cara hidup sederhana yang tak mampu kita nak ikuti. Makanan rotinya pun roti yang low grade sahaja, betapa sayangnya Nabi kepada umatnya... mengajar kehidupan yang usngguh senang dan mudah...

Tak de makanan untuk sarapan, terus berpuasa...Tapi sifat-sifat ini merupakan sifat yang tinggi nilainya yang tak mudah diperolehi oleh manusia... Hanya dengan Rahmat dan izin Allah sahaja barulah dapat kita mengecapi nikmat tawakkal dan nikmat redha..

Cuma, kita pun berharap kerajaan juga bolehla bertawakl dan redha sama, dan memikirkan juga masalah rakyat... Zaman khalifah sanggup angkat guni makanan untuk diberikan kepada fakir miskin semata-mata takut Allah akan tanya tanggungjawab khalifah diakhirat...

Tetapi sedih juga di Malaysia nie, rakyat asyik kena tipu aje... kata harga nak naik bulan Ogos, tapi bulan Jun dah naik... Mana sifat jujur dan ikhlas pemimpin? Saya pun tak kisah kalau memang betul kerajaan tak ade duit, maka subsidi dipotong... Tetapi yang sedihnya, Menteri-menteri dan pegawai-pegawai kerajaan boleh hidup mewah dengan banglo dan kereta mewah, tetap rakyat terus ditindas... Bukan rakyat yang dapat subsidi sebenarnya, tetapi PM dan menterila yang paling banyak dapat subsidi kerajaan... smeuanya subsidi.. Makan, minum, tempat tinggal, kereta, driver, semua rakyat yang tanggung...So siapa yang lagi banyak subsidi??? Kalau betul-betul nak tolong rakyat, kenala dahulukan kepentingan rakyat... sebab pemimpin-pemimpin ini memegang amanah rakyat, bukan CEO kompeni yang menjalankan perniagaan atas dasar kapitalism untuk mendapatkan untung? Jadi sekarang siapa yang dapat subsidi paling banyak kat Malaysia???