Saya tidak minta dilahirkan. Saya tidak minta dilahirkan sebagai lelaki. Saya tidak minta dilahirkan sebagai orang Chin. Selepas saya mengenal Islam saya sedar yang kelahiran saya, dan kelahiran saya sebagai lelaki dan kelahiran saya sebagai bangsa sekian-sekian adalah penentuan Allah sepertimana dalam Ayat Surat Al-Hujarat yang menjadi panduan blog PADI saya ini.
"Sesungguhnya kami (Allah) yang menjadikan kamu dari lelaki dan wanita... kepada pelbagai warna kaum dan lidah bahasa, supaya engkau boleh berkenal muafakat.."
Dengan Cina merasakan mereka di bumi Malaysia ini amat bertuah dan amat mencintai Malaysia sehingga mereka merasakan baiklah mereka dianggap sebagai rakyat Malaysia sahaja secara terus dan tidak lagi dilabel sebagai kaum suku negeri suku seperti yang diamalkan sekarang.
Mereka ada yang tegur saya apabila saya memanggil diri atau mereka dengan cara, 'kita orang Cina Malaysia' atau, 'we Malaysian Chinese'. Mereka mau saya cakap, "Saya orang Malaysia, sudah. Itu keturunan Cina itu tidak ingat lagi, jangan ungkit lagi'.
Tetapi saya mahu ungkit juga. Ini kerana sekiranya kita kaji di Indonesia yang kuat amalkan Indonesian Indonesia, yang Cina sana tidak lagi diberi nama Cina tetapi nama Indonesia belaka, saya ingin bertanya kepada Cina sini,
"Inginkah awak semua tidak lagi bernama Cina?" Bukan sahaja itu. Apakah anda ingin tidak lagi ada SRJK Cina macam yang berlaku di sana? Atau tidak lagi ada MCA sepertimana yang antimamak sebut berlaku di Thailand dan Indonesia?
Tetapi saya nak tanya juga, "Apakah di Indonesia sekarang tidak ada lagi sentimen kepada Cina sebagai puak kaum luar dan masih belum benar-benar diserap atau diperakui oleh Indon Pribumi sebagai Indons? Jawapannya adalah tidak. Cina sana macamana pekat doktrin Indonesian Indonesia pun mereka masih dianggap sebagai Cina.
Semasa dalam huru-hara reformasi akhir 90an dahulu, Cina sana diasingkan sebagai musuh dan dibelasah, dibunuh, dibakar, ditendang, dirogol. Adik ipar saya sekarang dulunya adalah amoi Indon. Dia dari keluarga Cina Hakka dan dihantar sembunyi ke Australia untuk elak diapa-apakan oleh keganasan reformasi waktu itu. Di Australialah amoi itu kenal adik kandung saya sendiri yang kebetulan tengah mengambil masters nya di sana. Akhirnya mereka mendirikan rumah tangga balik ke Indonesia dan sekarang menetap di Jakarta.
Lagi satu ialah gambar kempen di bawah ini. Mengapa masih digunakan bahasa Cina lagi oleh calon Indon pribumi? Ia adalah untuk menarik undi dari kaum Cina. Jelas sekali warna kulit ras itu tidak akan dapat hilang walaupun macamana kita gosok kulit kita dengan sabun atau samak pun.
Warna kulit kita adalah pemberian Allah. Ia adalah tanda kebesaranNya. Terimalah wahai hamba Allah sekalian.
14 comments:
Red 1
Cina tak kan hilang di Malaysia atau di mana sahaja di pelusuk dunia. Dimana sahaja aku pergi seluruh dunia aku berjumpa dengan orang orang Cina. Orang orang Cina memang berani merantau, berhijrah dan menetap di suatu negara sekiranya mereka suka dan nampak ada peluang dinegara tersebut.
Bangsa dan kerakyatan adalah berbeza. Apa bangsa pun akan tetap menjadi bangsa kelahiran mereka, tak boleh di ubah walau dimana pun
mereka berada, tetapi kerakyatan boleh. Mengapa Cina disini tidak mahu digelar Cina Malaysia? apa salah nya mereka berkata 'saya Cina, rakyat Malaysia. Melayu pun akan berkata demikian. di Malaysia, menukar nama mungkin disebab kan terikut ikut atau menukar agama lain. Islam tidak memaksa untuk menukar nama sekiranya memeluk Islam, tetapi lebih afdal la ditukar kepada nama Islam dan lebih teserlah identiti Islam mereka. Melayu dilahirkan Islam, jadi nama nama mereka pun mengikut nama nama orang orang Islam Arab?
Bangsa lain pula akan menukar nama nama mereka sekiranya bertukar agama Kristian atau sebagai nya. tetapi kadang kadang ada juga yang berfikir untuk mejadi lebih glamour mereka memakai nama nama Mat Salleh, contoh John Lee, Micheal Tan dll tetapi mereka bukan kristian,dan ada juga segelintir langsung tak beragama !
Bahasa menunjukan Bangsa ! kata kata tersebut ada kebenaran nya.
Tetapi...Aku tetap aku !
Mohd Zaki @ ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
encik wan,
sedikit pandangan:
bangsa melayu juga dikenali sebagai bangsa jawi (bukan jawa). ada seorang lelaki tua pernah memberitahu saya bahawa pada suatu masa yg lampau terdapat perbezaan antara org melayu dan org jawi ini. org melayu adalah merujuk kpd org melayu yg beragama hindu, budha atau pagan sedangkan org jawi merujuk kpd org melayu yg telah memeluk islam. ini kerana org2 arab yg menjadi ejen dakwah ugama islam dinusantara ketika itu merujuk org melayu yg memeluk islam sebagai org jawi. oleh yg demikian, perbuatan berkhatan dirujuk sebagai 'masuk jawi' (mcm merujuk kpd org cina sekarang kalau masuk islam sebagai masuk melayu!)
oleh yg demikian, suku kaum yg dikenali sebagai melayu ini sebenarnya org jawi...bukan org melayu... dan UMNO patut ditukar kpd UJNO... kalau tak, UMNO relevan kat Bali sahaja dimana disana terdapat org2 melayu yg pure melayu!!
Perihal bangsa itu walaupun keturunan, dikaitkan dengan tempat kelahiran. Jadi tidak hairanlah mereka yang lahir di Malaysia, mahu dikaitkan dengan tempat tumpah darahnya di sini. Mengenai nama, sekarang pun sudah ada yang bernama John, Julie, walaupun dari kelompok keluarga Tan atau Wong. Pun begitu, orang yang dikatakan pemeluk agama Islam, tiadakan diperlukan menukar namanya. Melainkan seseorang itu inginkan demikian. Pernah sekali mendengar ustadz berkata, nama yang elok-elok sahaja akan masuk syurga, seperti Muhammad, Abdullah, Aminah, Khatijah, dan seumpama. Aku tanya, kalau nama orang itu "Zubli"? ada peluang ke masuk?
zz
Nama zubli pun boleh masuk syurga. Macam aku kata dulu semua nak masuk syurga,tetapi suruh mati takut, jadi macam mana nak masuk syurga kalau tak mau mati?
Walau apa pun, tengok tengok la www.zeqviews.blogspot.com untuk tenang kan fikiran - macam macam ada !
Salam blog
Mohd Zaki @ ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
Bro Red1,
Saya sentiasa beranggapan isu bahasa dan bangsa adalah isu bayangan. Bayangan kepada isu yang lebih besar yang ingin puak-puak anti perlembagaan perjuangkan. Isu sebenarnya adalah artikel 152 dan 153 Perlembagaan.
Namun, kerana, sesetengah manusia tidak mengatur pemikiran mereka dengan baik. Mempergunakan Bangsa Malaysia sebagai satu kiasan untuk mewujudkan satu bangsa yang keluar dari sempadan Melayu-Cina-India, lantas berkemungkinan boleh mengubah pentakrifan dan definisi bangsa Melayu di dalam Artikel 152 dan 153, strategi ini telah makan diri . Kegopohan perjuangan menelanjangi hati yang tidak ikhlas .
Sewajarnya, berdirinya Bangsa Malaysia adalah bertunjangkan Bahasa Malaysia.
Biarlah saya kiaskan begini. Burung tiung yang ingin berubah menjadi burung nuri, perlu menjadikan bahasa nuri sebagai bahasa sarang dan bahasa cari makan.
Amat pelik untuk burung tiung mengicap nyaring keinginannya menjadi burung nuri tetapi , bahasanya masih lagi bahasa tiung..Lantas si nuri mungkin tergelak kerana tidak memahami si tiung.
Bahasa Malaysia adalah Bahasa Melayu. Kerana itulah kelantangan puak-puak anti artikel 152 dan 153 yang ingin mewujudkan Bangsa Malaysia telah menunjukkan keinginan rakus yang terselindung, kerakusan dan ketidak ikhlasan kerana bukannya keinginan berubah bangsa yang didambakan sangat tetapi kemudahan ekonomi dan bantuan kerajaan yang terlalu diinginkan hingga sanggup membina bayangan imaginatif kepada tujuan yang lebih bersifat materialistik.
Kita mungkin tergelak meneliti tipu helah bayangan ini. Tetapi sebenarnya , perjuangan sejagat untuk mewujudkan Bangsa Malaysia sebagai bangsa yang melepasi sempadan perkauman adalah murni sekiranya puak-puak bayangan berkata, berbisik dan memekik dengan IKHLAS.
Bangsa tiung yang berbahasa nuri, lambat laun akan dipanggil oleh si nuri sebagai bangsa nuri, kalau anu si tiung itu di sunat.
Bangsa tiung yang ingin kekal bangsa tiung, akan tetap dihormati oleh si nuri sebagai bangsa tiung. Hormat atas kerana keikhlasan hati dan ketinggian budi.
Akhirnya hati yang benar-benar ikhlas dan budi yang luhur akan membuka minda si nuri bahawa si tiung ini bukan hanya sekadar tiung biasa tetapi tiung yang boleh diberikan kepercayaan kerana seperti bangsa-bangsa burung yang lain , mereka sama-sama cari makan di angkasa yang lepas luas dan sama-sama ingin mengelakkan diri dari di sambar si helang yang ganas.
Anyway Red1 - saya sentiasa menganggap bro. bangsa Melayu keran bro. telah melepasi sempadan budaya dan agama seperti yang tertulis di dalam perlembagaan. And by the Malaysian contituent , you are defined as Melayu.
Adalah mustahil bagi seseorang tidak mengerti asal usul kebudyaan tok nenek moyangnya ..begitu juga red 1
Sebenarnya ` China" adalah mainland untuk negeri china, nama sebuah negara,bukannya bangsa , Bangsa China adalah kaum ``Tionghua'' . pastikan dahulu.
Begitu juga Orang Cina Malaysia, adalah orang cina yang keturunan Cina lahir di Malaysia. Mereka telah menyumbangkan cukai sebanyak 90 % dari cukai pendapatan negara. Begitulah mereka layak memanggil diri mereka sebagai Malaysia.
Begitu juga bagi nama kaum Melayu, sebenarnya adalah nama Islam, tetapi bukanlah nama Malaysia. Jadi apakah nama Malaysia yang sebenarnya?? saya tak faham.
--- kita kaji di Indonesia yang kuat amalkan Indonesian Indonesia, yang Cina sana tidak lagi diberi nama Cina tetapi nama Indonesia belaka, saya ingin bertanya kepada Cina sini...."
Tujuk bodoh sekali lagi RED 1... tulis tanpa rujukan.
Alan Budikusuma-
Lucia Francisca Susi Susanti (born in Tasikmalaya, West Java on 11 February 1971); traditional Chinese: 王蓮香; pi
nyin: Wang Lianxiang) is a retired Indonesian badminton player of Chinese descent.
siap itu Liem Swie King??
permain badminton Indonesia, nama indonesia?? Liem, whose given name "Swie King" means "a person of intellectual brilliance",
- Tjun Tjun
He is the brother of Liang iu-xia, also a world-class badminton player and a very successful coach.
Mia Audina Tjiptawan (Chinese: 張海麗 (Zhang Haili); born August 22, 1979) is a retired female badminton player born in Indonesia, and competing for the Netherlands since 2000.
"Mengapa masih digunakan bahasa Cina lagi oleh calon Indon pribumi? Ia adalah untuk menarik undi dari kaum Cina" anda tanya soalan bodoh!!
.
satu lagi solan bodoh yang dikemukakan. Orang Cina di Indonesia telah memonopoli ekonomi Itu, tidak lupa juga pada zaman Suharto Bapak Lim yang kaya raya itu juga memberikan sokongan kaum regime Suharto
Dengan ini dapatlah lihat, di Indonesia, ramai pekerja bangsa indonesia adalah bekerja di bawah kaum cina di indonesia, sekiranya dapat sokongan dari kaum cina maka tiada masalah ekonomi dalam pilihanraya, mereka menyokong habis habisan, namun ramai pekerja indonesia juga akan mengundi mengikut tuan mereka.
RED ! Tulislah article yang berkualiti, mesti buat rujukan, kalau tidak membabi butakan para pembaca. Nampaknya seperti sampah. laughing stock yang begitu lucu!! hahaha ...
Kemungkinan anda telah memelayukan diri anda dengan sekian lama, tidak merujuk buku sejarah, buku kebudayaan Cina dan lain lain lagi , lalu menconteng ikut emosi.
Belajarlah sampai ke negeri cina... sebelum menulis blog yang tidak berkualiti.
OK... soalan untuk Red1 :
Kenapa Hang Li Poh tidak mempunyai nama Islam lepas mengahwini sultan Melaka?
Kenapa Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu.. tidak mempunyai Bin?? adkah mereka itu keturunan Cina ? difahamkan sir name Hang adalah suku kaum pada zaman dinasty Ming. tolong berikan penjelasan...
Red1, you did a comment on a comment by Muhammad Ali Rustam at Che Det's blog. I click and discovered the blog claiming Muhammad Ali Rustam is not the Chief Minister, but one chap forgetting his kacamata, and the only post is Nurul Izzah. Hehehehehe...
Just one to add one more comment ya saudara Red1 to your article.
Actually , sekiranya kita rujuk kepada kad pengenalan kita , untuk column bangsa (race) ; bangsa akan tetap di tulis sebagai bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India atau bangsa yang lain-lain.
Tetapi sekiranya kita rujuk column warganegara (nationality) ; kesemuanya adalah warganegara Malaysia.
Kad pengenalan tersebut adalah berdasarkan kepada perundangan yang terdapat di dalam perlembagaan negara. Jadi tidak salah saya katakan, bangsa Malaysia adalah cuma bayangan yang dikiaskan secara imaginatif. Sekiranya kiasan tersebut dibuat secara ikhlas, atas ketinggian budi pekerti, saya percaya akan ada tolak ansur yang utuh. Namun keikhlasan perlu dibuktikan dengan tingkah laku dan perbuatan, kerana ungkapan tanpa perlaksanaan hanya akan ditertawakan oleh rakyat umum.
Malah di mana-mana negara lain pun, apabila mengisi borang, untuk kategori bangsa , masing-masing akan tetap menulis bangsa Melayu, Bangsa Cina atau bangsa lain-lain tetapi untuk kategori warganegara, tetap ditulis warganegara Malaysia.
Jadi saya summarisekan, butir-butir tersebut, dengan berlandaskan kepada perlembagaan negara, bangsa tetap kekal sebagai bangsa Melayu, Cina dan India tetapi warganegara , kesemuanya baik India,Cina atau Melayu adalah berwarganegara MALAYSIA.
Jangan tipu diri sendiri, kalau tidak pasti rujuk pada kad pengenalan.
Sekian - wasalam.
To Mohd Radzian:
Penjelasan yang tepat...give you credit marks , memang tepat.. harus rujuk kepada perlembagaan. bukannya ikut apa yang anda fikirkan.
Komen saya terhadap RED1, bukan lah apa. beliau suka menulis blog, saya patut encourage dia, tetapi sayangnya article beliau tidak mengikut fakta dan kurang bukti yang kukuh, without any relevan factor may mislead some reader. Ini lah bahaya.
Tidak kiralah kalau mampu menulis 300 dalam sebulan, tetapi qualitinya tidak mengandungi fakta kukuh, diibaratkan sebagai sampah juga.
Ok... that's my comment, keep on upgrading your general knowledge before you write something.
RED1, i saw your comment in chedet's blog, you called me as a double agent..hahaha, you make me laugh. if my comment may make somebody feel angry is means i successfully touching their heart.
Thanks RED1
Red1,
Hang jangan dok layan budak-budak sangat.
Teruskan penulisan tuan. Lain dari yang lain.
Yin & Yan
hah apa nama...? kita semua sama saja manusia....wat pe lah nak bising...ntah lah tak paham ngan org org yg masih tak puas hati ngan diri sendiri atau pun tak puas hati pada org lain....
Yin & Yan & Joe
Ko tau, Aku dah berkawan ngan antimamak. Selalu gak datang umah aku www.zeqviews.blogspot.com. Aku ada cerita cerita kosong aje, nak hepi hepi layan. Jemput la datang ! antimamak rajin cari fakta, geliga otak budak ni aku tengok ! Aku nak gak jumpa dia in person, tapi dia macam anti DatOK ZeQ aje
Cina diMalaysia bermaksud bangsa. Melayu di Malaysia bermaksud bangsa Melayu dan berugama Islam. Bila sebut Melayu akan berkait dengan ugama Islam. Mustahil cina hilang di Malaysia kerana Cina telah diterima oleh Melayu di Malaysia. Cina diMalaysia dibenarkan pelat cakap Melayu, dibenarkan tak tahu berbahasa Melayu (sebab kominikasi Inggris diMalaysia sudah diterima sebagai pengganti bahaga Melayu). cina diMalaysia tidak perlu tahu budaya Melayu sebab tu tak tahu maksud KERIS pada orang Melayu di Malaysia. Cina Malaysia masih tinggal dalam DUNIA BUNIAN. Cina di Malaysia tidak mustahil menjadi PEHA KIRI dengan hanya cuma perlu pandai MELAPIK SIRIH dan IKLAS berPIMPIN TANGAN dengan Melayu, maka mustahil cina hilang diMalaysia.
Yang saya timbulkan di sini bukan kursus sejarah. Itu boleh cari dari wikipedia atau buku sejarah.
Yang saya timbul di sini (sila baca balik tulisan saya) adalh mengenai tanggapan segolongan dalam masyarakat bangsa saya sendiri yang beranggapan bahawa mereka ini tidak harus digelar Malaysian Chinese tetapi sebagai jitu dalam konteks Malaysian Malaysia.
Ini adalah salah satu isu dasar perjuangan DAP yang dilabelkan sebagi chauvinistik oleh Umno.
Saya cuba menimbulkan pemikiran kontra (atau apakah saya tulis saja apa semua orang lain ingin dengar semata-mata menyedapkan hati sahaja?), cetuskan tafakur dalam diri manusia berpandukan Al-Quran.
Saya mahu Cina bangsa saya itu melihat bagaimana keadaan tidaklah seteruk mana di sini berbanding dengan negara lain yang jauh lebih teruk.
Di suruh pakai nama keluarga lain adalah taboo dan pantang dalam kaum Cina. Buang nama OON atau LIM adalah amat memalukan dan dibenci.
Saya tahu ini semua kerana saya Cina, dan kena pada badan Cina itu sendiri. Saya tidak mengharapkan kaum lain faham dan tidak mengajak mereka faham.
Sasaran saya bukan semata-mata kaum luar tetapi kaum saya sendiri yang saya bertanggungjawab itu ke akhirat.
Saya membuat research mengenai Indonesia atau Tibet atau Gus Dur adalah semata-mata untuk timbulkan rasa insaf dikalangan kaum saya sendiri.
Dan saya harus melakukannya secara berhikmah dan provokatif sesuai dengan pemikiran mereka. Saya tahu pemikiran mereka kerana saya Cina sama bangsa budaya.
Sekali lagi saya menyatakan tujuan saya. Selalunya tidak baik menyatakan tujuan tersirat. Ia adalah bertujuan secara konotatif untuk pembaca terasa dengan tersendiri.
Tetapi apa nak buat, ada yang termakan cili warna lain.
Post a Comment