18 June, 2008

Kerajaan Selangor Lebih Terbuka

Maaf peminat setia seperti DatOK Zeq, kerana lama tidak melayani permintaan anda. Saya cukup sibuk kerana beberapa minggu ini satu Task Force Tanah telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan saya kebetulan kenal dengan salah satu Pengerusi Bersama nya iaitu Datuk Dr. Nik Mohd Zain, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Galian dahulu yang meminta saya membantu dalam hal-hal seketariat di Bangunan SSAAS, Shah Alam.

Satu lagi Pengerusi Bersama ialah Dato Dr. Tan Kee Kwong yang saya juga amat berbesar hati kerana dapat berkhidmat dengannya. Ini kerana beliau adalah anak kepada seorang tokoh politik tanahair yakni, Tan Sri Dr. Tan Chee Khoon (1919-1996. Pengasas Parti Gerakan, Ketua Pembangkang 1964-78) .

Saya pernah berjumpa dengan Dr. Tan Chee Khoon semasa berkhidmat di pejabat Anwar Ibrahim pada tahun 1981, dimana isu Akta Pertubuhan kian hangat dan saya hantarkan beberapa poster kepada Dr. Tan sendiri di kliniknya di Chow Kit masa itu.

Namun, anaknya Dato Dr. Tan Kee Kwong merupakan pengerusi parti Gerakan bagi Wilayah Persekutuan dan bekas Timbalan Menteri Tanah dahulu kini dikontroversikan kerana dituduh oleh parti Gerakan sebagai berkerjasama dengan kerajaan PR secara tidak menerusi tata-tertib partinya, dan telah memberinya surat tunjuk sebab untuk dijawabnya. Nampaknya beliau bersedia menghadapi segala keadaan demi ingin terus berkhidmat untuk kepentingan rakyat kerana isu tanah ini amat besar dan berat dan sudah tertangguh kian lama.

Saya juga sudah membuka blog baru iaitu http://taskforcetanah.blogspot.com/ tetapi urusan di sana adalah lain dari sini. Ini kerana tata-tertibnya adalah memerlukan kita melakukan tugas secara menyimpan rahsia prosedur dan akan menunggu kenyataan rasmi dari Pengerusi Bersama kelak.

Tetapi secara umum saya telah berjumpa dengan pelbagai pihak di Bangunan SSAAS termasuk Menter Besar, Setiausaha Politik MB, Ahli-ahli EXCO dan Pegawai2 tertinggi lain sehingga DO dan DE (hehe.. gurau je.. mana ada DE lah), yang saya dapati semangat mereka semua adalah baru, senantiasa bermuafakat dan lebih terbuka dan berani demi kebaikan semua.

Harap-harap ini akan berterusan dan akan berjaya Task Force Tanah ini nanti. Oh ya.. sesiapa yang ingin membantu Seketariat ini dan berkerja dengan saya di Tingkat 5 (bukan tingkat 4) bolehlah kemukakan emel dengan biodata serta tujuan ingin bantu ke saya di taskforcetanah@gmail.com

Nanti saya akan poskan gambar-gambar orang-orang tertentu ke dalam blog ini. Bagilah beberapa hari, kerana saya tak pandai pakai kamera dalam telefon nokia baru ini (saje beli kerana mau ambil peluang bergambar di merata nanti). Juga orang yang dikenali itu tentu tidak senang jika saya terus snap gambar mereka tanpa berkenalan lebih lanjut lagi. :-)

Dengan menyajikan peristiwa secara bergambar nanti tentulah lebih menarik. Saya juga tidak ingin lari dari fokus Islam sebagai penentu segalanya. Maka saya akan bertanya yang digambarkan itu sedikit tentang pendapat mereka tentang KeTuhanan, Islam dan sistem politik yang paling sesuai bagi insan, sekadar untuk bertukar fikiran secara terbuka.

10 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah,
Red..at last somebody discovered that you could be useful here.
Still, there are talented guys in the country being overlooked because people in the administration fear to move forward, which could leave them behind.
Wassallam

rtk said...

Red1,

When you write in your blog with a certain show of attachment to any grouping, you lose out on neutrality and people may lose interest in your interests.

You may carry on working for this government, or another government or working for your own company or working for whatever companies BUT you must write without fear or favour to whatever institution that you are standing on as you used to.

wassalam.
RTK

Gelombang Rakyat said...

Saya ada kesempatan bertemu para menteri.

Namun kini saya mula seronok melihat Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Ahmad Khalid Ibrahim di Selangor.

Harap dapat jumpa mereka dalam masa terdekat.

Kecuali beberapa menteri, lain-lain dalam Barisan Nasional, sombong, bongkak, dan jauh dari sifat pemimpin dan kepemimpinan yang baik.

Saya pernah bertemu Mahathir Mohamad, serta-merta jatuh sayang.

Saya pernah bertemu Abdullah Ahmad Badawi, timbul tanda-tanya. Pemimpin yang boleh senyum dan ketawa, suatu ketika tetapi boleh meledak amarah tiba-tiba.

Barisan menteri dalam Barisan Nasional sekarang, kecuali beberapa orang, selainnya Pak Lawak sahaja.

Syabas Red1, di atas peranan dan sumbangan anda di Selangor perihal tanah.

Tanah, pada saya, mengembalikan kita ke zaman Datok Kongsi Bersama, Adam.

Ketika itu tiada sempadan, setiap kita khalifah di bumi Allah.

SiR KinG TiGeR said...

red1
Lama betul aku menunggu cerita dari ko. berulang alik aku keblog ko. Rupa rupanya dah ada tugas baru. Tahniah lah ! Macam kata rtk, ko mesti menulis without fear and favour ! Kalau ko nak aku bantu bantu ko dalam taskforce, aku mau aje, sebab aku ni jenis suka buat kerja kerja macam ni. Resume? Aku punya dah macam buku. Macam tak caya aku aje hehe

Jom pekena teh tarik !

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

P.S Aku pun dah banyak menulis, tapi cerita gitu gitu aje lah !

Redhuan D. Oon said...

Rtk,
Thanks for your advice. My real attachment is the truth. It even cost me my job, but karma (law of cause and effect based on Qadha and Qadar) rewarded me back.

For example the lawyer for Razak Baginda now is alleged to menfitnah me in 1997 when i was in BBMB as having lied in court. It was for the Maryanne case in 1990-1994.

In that case i went all out for the sake of Kanaperan who wanted justice and came to Harakah and i was the only one reporter that time.

I made my own investigations ad forwarded a police report accompanied by members of the public and was arrested. I was released same day when i refused bail and called to court to defend my actions which was simple:

"Yang Arif. Ade seorang datang mengadu ke saya tentang kezaliman lalu saya melakukan pengutaraan kepada sistem mahkamah yang ada. Sekian tanggungjawab saya sebagai rakyat yang prihatin".

But lawyer, the DPP at that time tried to put it that i m not fit to do all that. So when i was a consultant to BBMB i bumped into him in Bank Negara in 1997 while representing BBMB for the Smart Card Project discussion. I was polite to him but later a call came in from upstairs saying i am fired because they heard from KK Wong that i have perjured in court over that case.

I wanted to take action but was advised by a strong muslim lawyer that trusting Allah is better and if i sued taht DPP lawyer that time, he will lost his job as the AG is said not to like him and i would have get my revenge which is not Islamic.

So i did not go further to obtain the affidavits from those who brought this about to nail him. (Thus this remain as allegations, but i m willing to be taken action by KK Wong if he read this as i can summon those who fired me over such stated reason. I am pihak yang teraniaya, tetapi diberkati).

I am happy that action happened to me because I got a new job which paid 5 times more right away from another hamba Allah.

At that same time also i got dengue fever. Of course i feel like dying but when i made doa to Allah, He answered and i knew that it was just a test and that sabar will be repaid in full by Allah Himself.

Actually that 5 times contract offer was offered to me before that incident but as i am 'attached' to my job i turned the offer down. Then the fitnah and sakit dengi happened.

Maka dengan itu bolehkan dikatakan bahawa Allah menyaksikan segalanya dan menuruti JanjiNya. Samada dunia maupun akhirat.

I also like to thank that ex-DPP now lawyer for having fitnah me and thus increase my rezeki 5 times. May Allah forgive him, make him a muslim and bless him.

TRALAYAN said...

Nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH di atas tanggung dan jawab yang baru anta pikul. Semoga anta sentiasa diberkati Allah.

CUCU TOK KEDU said...

Sahabatku Redzuan.

Banyak orang ingin memberikan hidmat baktinya. Tapi hidmat bakti untuk kebajikan rakyat yang berhak menerima kebajikan itu amatlah diutamakan. Kerana itu saya peringatkan (maaf - jangan marah!) Jika hidmat bakti itu tidak banyak memihak kepada kita, jangan merajuk! Allah yang membalas segala pengurbanan kita untuk berkebajikan di dunia ini selagi hayat di kandung badan.

Saya amat berharap sahabatku berjuang seperti kita berjuang dulu! Kebenaran akan memihak kepada perjuangan yang ikhlas.

Bila nak datang ke Kuala Krau? Kon tengah rancak menubuhkan cawangan PKR satu demi satu. Bulan ni je dah empat cawangan ditubuhkan bersama Suhaimi Said. Cawangan yang dah ada 8 cawangan. Semuanya ditubuhkan selepas PRU 12. Akhir tahun ini jika diizinkan Allah PKR Kuala Krau akan mengumpulkan 2,500 ke 3,000 ahli. Sikit je kan! Kalau sahabat turun kon rasa lagilah bertambahnya. Tolonglah kerja kon ni kalau iapun sahabat dah duduk dalam bilik berhawa dingin!

Udara alam Kuala Krau lagilah nyamannya. Segar asli!

http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU

Amin Ahmad said...

salam,

tahniah sdr Ridhuan. Semoga berjaya menunaikan amanah.

agak menarik tentang perihal tanah, kebetulan saya pelajar Perhutanan, pernah la juga belajar hal tanah. nanti saya cadangkan kawan saya yang tengah cari kerja untuk hantar email kepada sdr.

Amin Ahmad
012-4667658

sgplong said...

Salam, Ridzuan,

Tahniah atas hasrat murnia anda bersama-sama dengan "taskforcetanah" untuk memajukan negeri Selangor.

I am going back to Sg. Buloh tomorrow. I will give you a call, kena teh tarik di Restoren Mama Tanjung depan Masjid Sg. Buloh.

Wassalam,
Bintulu, Sarawak

Ibnu Hasyim said...

Ridwan,

Saya baru pulang dari Aceh, nak cuba lanjutkan niaga anda di Aceh?

Hubungi segera!