23 June, 2008

CheDet Tersekat

Banyak yang tergugat apabila http://www.chedet.com/ akhirnya kena hack teruk. Semua komen yang kita pos di sana kini tidak dapat dicari kembali. Saya lakukan search sehingga ke cache yakni simpanan backup oleh Google dan Yahoo pun mengembalikan "did not match any documents".

Menurut tim penjaga CheDet, mereka dituduh sebagai menjalankan kegiatan spam sehingga pelayan induk dan empunya blogspot sendiri pun enggan melayani CheDet. Yang saya fahami CheDet ada membayar yuran perkhidmatan kepada BlogSpot untuk mendapat layanan yang lebih baik berbanding kita yang menggunakan blogspot tanpa bayaran.

Itu sebabnya mengapa CheDet dapat meletakkan pelbagai link istimewa seperti berita terkini mengenai dirinya dan menyusun blognya dengan lebih menarik. Namun penghancuran ke atas CheDet tidak akan berhenti disitu. Saya percaya sesiapa yang mampu menghentikan CheDet beraksi dalam BlogSpot akan terus memburu CheDet sehingga dia hancur dalam alam siber.

Tetapi alam siber sepatutnya amat liberal dan anarki dan tidak mungkin ada kuasa yang boleh menghalang sesiapa untuk beraksi dengan apa cara pun. Saya pernah tulis beberapa tahun lalu bahawa alam siber merupakan alam Allah yang keberapa dalam siri alam yang Dia menjadi Rabbnya. Ini merupakan alam mutakhir dimana Allah menunjukkan kuasa mutlak serta prinsip bil Qalam dan Ma'Lam Ya'Lam yakni berdasarkan kuasa 'menerusi pena' atau penulisan dan kuasa ilmu mengatasi segala-galanya. Tentu sekali segala ilmu akan menjelma dan menjurus kepada ketauhidan Allah. Ini semua akan membuktikan Ayat Idzaja'a nashrullahi wal fath akhirnya.

Dari satu segi ada berguna juga nasihat Yin dan Yan sedikit masa dahulu supaya saya mengulangi karangan2 saya di CheDet.com dalam blog saya sendiri. Nampaknya sudah hilang semua kata-kata saya dan tidak pun disimpan dalam cache. Ini amat luarbiasa sepertimana saya menyentuh di atas, dan saya percaya ada sebab sabotaj oleh hacker luar untuk IP Hop atas CheDet.com sehingga BlogSpot percaya CheDet adalah hacker yang menyerang orang lain dan mematah balik kepada BlogSpot.

Tetapi BlogSpot tentu ada pakar yang bijak memikirkan bahawa CheDet disabotaj dan biasanya sabotaj seperti ini cepat dikenalpasti dan CheDet dilindungi mungkin dengan pindahan pelayan baru tetapi dibawah naungan BlogSpot. Atau sekurang-kurangnya BlogSpot ada backup dan kembalikan semua failnya yang hilang, dengan sedikit pembayaran.

Lagi satu cetusan dengan sabotaj yang disyaki ini adalah CheDet kini akan menjadi lebih masyur dan didahagakan. CheDet memecah rekod Malaysia sebagai blog politik yang paling hangat dan pantas menembus 2 juta pelawat unik. Melenyapkan semua itu dari rekod alam siber tidak dapat melenyapkan hati-hati insan yang sudah berpaut dan mengingatinya.

Sama juga kata-kata saya yang sudah hilang. Ia sebenarnya cetusan inspirasi dari Allah dan tentu sekali amat mudah bagi Allah untuk memberi inspirasi lebih baik kepada saya, hambaNya yang fana dan punah dan tiada ingatan ini melainkan Dia yang mengingati kita semua.

Sesungguhnya ini adalah sebahagian dari rahsia Islam, yakni 'menyerah kepada kekuasaanNya". Kita tidak mungkin dapat menyerah sekiranya kita ini mengaku masih ada ilmu dan harta. Kita tidak akan dapat Islam sekiranya masih mengaku ada dalam diri kita apa jua daya atau fikir yang bebas dan tersendiri.

- (gambar menunjukkan peta internet yang digunapakai oleh lebih satu billion insan dan akan digunakan oleh semua orang di semua tempat dalam semua keadaan menerusi semua peralatan termasuk sudu dan jamban. Ia adalah alam mutakhir yang menuju muktamad Allah menguasai saluran mesej terakhirNya kepada semua Insan tanpa sekatan, pada satu saat pembukaan yang dinanti-nantikan)

- (Islam bermakna menyerah kepada kuasa Allah. Tiada kompromi dalam prinsip itu walaupun apa kehendak sesiapapun. Segala akan kembali kepadaNya sebagai Penentu yang Hak. Terima hakikat itu dan sujudlah dalam ertikata syumul terutama dalam jiwa dan minda maupun raga. Dalam alam ini kita ikhtiar menurut ayat seribu dinar yakni hanya dengan Takwa dan Tawakkal, lain adalah urusanNya).

5 comments:

Letting the time pass me by said...

Terkejut jugak sebab blog che det sudah berubah URL...

Saya pun tak paham apa yang berlaku, tetapi memang kekadang sistem blog nie amat "self-operated" dan kalau ade ramai orag yang report the blog as spam, maybe dia akan suspend blog tu.. Sama rasany dengan youtube dan sebagainya...

Anyway, rugilah rakyat Malaysia kalau tak dapat lagi mengikuti tulisan che det... At least dengan adenya blog Tun Mahathir, kita boleh dapat "second opinion" atau "insider information"...

Tapi saya percaya, Tun Mahahthir merupakan seorang yang hebat... Kat mana-mana pun dia blog, pasti orang nak ikut perkembangan...

Why not Tun Mahathir just hos sendiri website, macam website lain, dan buat design ala-ala blog... Sama jugak impactnya...

SiR KinG TiGeR said...

Red1
Dalam dunia ni kalau tak ada PhD - Perasaan Hasat Dengki bukan lah dunia namanya. Semua nak menunjukkan mereka hebat dari yang lain, serupa juga alam IT ni. Hackers ramai, semua nak tunjuk pandai ! Faedahnya ? Kepada chedet, aku tau dia lebih bijak dan pandai!

CUCU TOK KEDU said...

Sahabat ku yang setia pada kebenaran!

Inilah nasib dunia yang dipimpin kebanyakannya oleh mereka yang tamakkan kuasa dan pangkat. Kerana kuasa dan pangkat itu memberikan laba yang besar pada mereka dan kroni mereka sama ada cara hala atau haram, samada cara menindas atau merampas secara tidak langsung.

CetDet yang banyak membongkar keporak perandaan Kerajaan Malaysia pimpinan orang yang diangkat CetDet sendiri, maka sampailah masanya susu dibalas tuba!

Nak buat apa? Ada Anwar sumbatkan dalam penjara dulu. Dah keluar tuduh pulak pro-yahudi! Sekarang CetDet jawaplah sendiri!

http://rp-semantan.blogspot.com

CUCU TOK KEDU

Gelombang Rakyat said...

Red1,

Komen di blog CheDet:

01. Yang bernilai,
02. Yang umum,
03. Yang memuji,
04. Yang mengkeji,
05. Yang lain-lain.

Saya telah menjangkakan ini akan berlaku.

Namun kini telah berlaku.

Pun begitu, saya ada menyimpan komen yang baik dari blog CheDet itu.

yindanyan said...

dear Red1,

i guess you must have been very busy
with mb khalid since your postings are getting rare.

yin & yan