Saya pun cukup keliru dengan perkembangan terbaru yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana tidak puas hati dengan maklumat pihak ketiga saya sendiri melakukan pertanyaan saya sendiri seberapa rapat yang boleh kepada sumber.
Saya mendapat maklumat bahawa titik-tolak peristiwa penting adalah didakwa seperti berikut:
1) Anwar dikatakan mempunyai bahan bukti untuk mengemukakan kes terhadap dua orang penting iaitu AG (Attorney General atau Peguam Negara) dan IG (Inspector General atau Ketua Polis Negara).
2) Musuh Anwar dalam BN merancang mencetuskan kes liwat yang baru terhadapnya.
3) Anwar menerima ugutan bunuh dari pihak lain.
Maka perkara (2) telah berlaku dan peristiwa berikut dibayangi mungkin dituruti:
a) Pihak polis akan menyoal pihak yang tertuduh iaitu Anwar.
b) Polis akan menahan Anwar untuk dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan 'boleh menganggu saksi penuduh atau proses penyiasatan' sepertimana yang pernah diguna-pakai sebelum ini sehingga menyebabkan beliau akan ditahan reman di penjara sehingga kes dibicara.
b.1) Ini akan menganggu segala perancangan pembangkang untuk 16hb September.
b.2) Ia juga akan mengalihkan perhatian umum dari kes Altantunya-Najib-Raja Petra dan krisis BN yang terbaru serta isu harga melambung naik.
Tetapi mengapa lari ke Kedutaan Turki? Oh ya, perkara (3) di atas. Soalnya apakah ugutan itu benar atau sengaja diada-adakan? Jika benar, mengapa memilih waktu ini untuk melakukan ugutan tersebut? Sekiranya akulah pembunuh upahan, apakah saya akan memberi amaran kepada sasaran saya? Bukankah lebih baik saya melakukan secara licik semasa keadaan aman dan tidak terduga akan dilakukan. Sekarang semua orang terjaga dan tertanya dan tersedia. Bukan bijak assasin macam ini.
Sumber terdekat kepada Anwar mendakwa mereka tidak boleh membenarkan Anwar masuk penajra atas apa alasan pun kerana peristiwa akan berulang sekali lagi sepertimana yang pernah berlaku hampir satu dekad yang lalu. Dan akhirnya peluang menjatuhkan kerajaan BN akan terlepas begitu sahaja kerana Anwar adalah satu-satunya pemimpin yang ada untuk melakukan demikian.
Kepada saya, seharusnya Anwar melakukan perkara berikut:
a) Keluarkan kenyataan berikut:
"Saya mengenal Saiful pada ... iaitu beberapa bulan yang lepas dimana beliau baru habis berkhidmat di Pejabat TPM dan kini menganggur lalu saya ambil dia bertugas sebagai pembantu kepada Setiausaha Peribadi saya.
Beliau telah menghilangkan diri sejak hari Rabu yang lalu tanpa diketahui mana beliau pergi dan buat. Hari Khamis yang lalu saya berada di sekian tempat bersama saksi sekian sebagai alibi saya bahawa saya tidak bersama dengan Saiful itu.
Hari Sabtu tuduhan beliau dilakukan dan maka saya berpendirian dan memohon dengan berikut:
i) Saya akan memberi kerjasama penuh kepada tuduhan palsu tersebut kepada pihak polis. Saya dan pihak saya juga tidak akan menganggu saksi atau penyiasatan yang bakal dijalankan.
ii) Tetapi pada masa yang sama saya sudah menyiapkan kes saman terhadap dua orang yang berkepentingan dalam pihak berkuasa iaitu AG dan IG.
iii) Maka saya miminta supaya Menteri Dalam Negeri bertindak memberi saya perlindungan dan jaminan serta tindakan supaya mereka berdua itu tidak boleh masuk campur dalam penyiasatan ke atas saya di atas sebab mereka itu berkepentingan.
iv) Saya memohon satu SuruhanJaya Bebas atau DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kes-kes tersebut.
v) Buat masa ini saya akan melakukan tahanan perlindungan diri (self imposed security exile) di kediaman saya dengan dilindungi oleh orang-orang saya yang masih akan membenarkan pihak Kementerian Dalam Negeri atau Suruhanjaya untuk berjumpa dengan saya tanpa mengambil saya untuk ditahan sehingga menganggu progam politik negara saya yang merupakan hak asasi teratas dalam amalan demokrasi berperlembagaan.
vi) Saya akan mengadakan sidang akhbar setiap hari di kediaman saya untuk memaklumkan keadaan.
Anwar seterusnya sepatutnya menjadi seberapa kelihatan dikhalayak ramai yang boleh atau visible dan bukan invisible sepertimana yang sedang berlaku sekarang. Biar perhatian dan tumpuan yang amat tinggi sekarang senantiasa berkhemah di rumahnya dan beliau sendiri menjadi jaguh contoh dunia.
Mugabe yang zalim di Zimbabwe telah didakwa membunuh 90 penyokong Tsvangirai, ketua pembangkang yang menarik diri dari Pemilu semula baru-baru ini. Tsvangirai tidak takut dibunuh walaupun ramai pengikutnya sudah dibunuh. Beliau juga tidak lari. Robert Mugabe yang kembali berkuasa pun tidak berani lebih lanjut kerana dunia sudah memberi perhatian yang besar terhadap kezalimannya.
Di Malaysia bagaimana pula keadaan kita? Apakah jenis pemimpin yang bakal menyelamat kita? Seorang yang berani seperti Tsvangirai atau Mandela atau Gandhi? Akan timbullah pemimpin yang sedemikian sekiranya keadaan memanggilnya.
Saya mengakhiri sesi minum tengah malam semalam dengan sumber terdekat itu dengan kata-kata berikut:
"We have to look beyond Anwar. Kita haruslah bersedia dengan barisan pelapis yang akan menyambung perjuangan sekiranya Anwar tersekat. Tetapi soalnya siapa? Wan Azizah, Tian Chua, Syed Husin Ali, Saifudin Nasution? Saya sanggup menyokong semua orang ini. Saya sudah pernah berjumpa dengan mereka dan yakin mereka ini amat berwibawa dan berkebolehan meneraju pembangkang tanpa Anwar. Tetapi sumber saya itu mengeling kepala.
Kepada saya pemimpin agung terbaik Islam datang dan pergi. Umat Islam tidak takut dan gentar. Jatuh satu imam, ramai makmum mara menggantikan tempat kosong sehingga tiada yang kosong atau terbantut dengan terlalu lama.
Kepimpinan harusnya juga bebas dari kes, isu dan bagasi lama. Pemimpin haruslah bangkit dikalangan umat bukan kerana dia itu masyur sebagai mantan TPM atau mangsa aniaya. Ia harus bangkit kerana ia adalah pemimpin yang disegani dan terbukti akhlak dan jiwa takut hanya kepada Allah sepanjang usia.
8 comments:
Assalamualaikum Tuan Red1 D. Oon,
Lama tidak kemaskini blog? Hampir seminggu lamanya. Tuan Red1 menyorok jugakah?
Insya-Allah, Tuan Red1 juga berbakat untuk memimpin, bukan sahaja dalam dunia Teknologi Informasi dan Alam Siber, tetapi sebagai seorang negarawan ulung di Malaysia. Perjuanganmu belum selesai....
Insya-Allah.
wassalam
Amzari
Assalamualaikum wbt...I may be biased already..the last 3 months I came to know Red1, I had to agree with amzari...wallahu'alam..
Salam,
saya tertarik dengan artikel sdr.
Thanks
Assalamualaikum..
Salam Red1,
Saya bersetuju dengan pendapat Red1..
tq.
Salam Red1,
Article neutral sebab menunjukkan "pro" dan "kontra" rentetan peristiwa Anwar.
Saya berpendapat Anwar patut terus mengadakan Press Conference dan bukan lari. Face the problem and not run away from the problem. Biarkan proses undang-undang dibuat dan dalam masa sama concentrate pada masalah rakyat.
Natijahnya,politik di Malaysia memang haru biru.
Banyak sangat kejutan sejak dari 8 March.
Macam akademi fantasia pula ...
Siapa yang berjaya menuju ke puncak ? Antara peserta-peserta utama yang telah sampai ke konsert pertama - Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh dan Anwar.
Kejutan demi kejutan akan menyaksikan beberapa peserta akademi ini akan tersingkir.
Sebagai pemerhati, kita tunggu konsert final ..
Salam buat Tuan Red1 D. Oon,
Saya kira Tuan Red1 sekarang ini sedang uzlah, memandangkan Tuan Red1 semakin senyap sepi.
Saya cadangkan Tuan Red1 agar dapat menambahkan RSS feed pada blog tuan. Bolehlah saya layari laman blog Tuan Red1 melalui telefon mudah alih 3G. :)
wassalam
Amzari
red1
Salam, lama sangat ko tidak berkarya. Aku tahu ko sibuk dengan tugas baru ko tu. Maaf kan aku tidak menghubungi ko sebab telalu sibuk mncari sesuap nasi. Apa2 pun selamat berjaya. Aku akan datang juga berjumpa ko nanti
DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor
Salam Saudara,
Pasal isu ni,Nora pun pening memikirkannya.Hanya satu,harap-harap reformis dan rakyat tidak digunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin yang hanya memikirkan diri mereka sendiri.Jangan rakyat jadi mangsa kerana ketamakkan,kerakusan dan permainan politik mereka.
Hanya Allah swt yang maha mengetahuinya...
Salam
Post a Comment