Rakyat penonton dan pendengar berita sudah matang dan amat terpelajar dan mampu berfikir. Bukan macam zaman Jepun atau British dahulu. Malah rakyat masa itu pun sudah pandai berfikir. Jika tidak, tak kan mereka tahu lawan British dan Jepun dan menuntut kemerdekaan?
Mengapa hari ini masih ada skrip ulasan berita yang cukup suka memperbodohkan proses pemikiran rakyat? Bukankah ini akan membosankan lagi pendengar dan mereka akan langsung tidak lagi bergantung kepada media perdana dan lebih suka mendapat maklumat dari media alternatif?
Saya tahu media alternatif seperti blog itu tidak rasmi dan tidak bertanggungjawab kerana tiada pihak yang boleh disaman dan diambil tindakan seperti menarik permit siaran blognya.
Tetapi apabila media perdana yang sudah ada permit dan bertanggungjawab, perlulah juga bertanggungjawab menjaga 'kehormatan otak rakyat' dan tidak dicabulinya atau diperlekehkan dengan begitu sahaja. Ini sudah tahun 2009 bro..
Satu kajian peringkat dasar perlu diadakan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan bidang penyiaran kepada tahap yang setanding dengan BBC, London yang walaupun dipunyai oleh kerajaan tetapi amat bebas dalam menentukan hala tuju medianya sehingga banyak mendedahkan kelemahan kerajaan sendiri - secara langsung maupun secara tidak langsung (seperti menyiarkan siri HardTalk dan Doha Dialogs yang ada mengutuk kuasa-kuasa besar dan memberi peluang kepada umat Islam bersuara).
Rakyat makin bijak akan memerlukan bahan yang lebih intelektual. Yang tidak bijak pun akan tunduk malu kerana tidak faham berita secara terbuka. Janganlah kita bimbang. Kes amuk pun sudah tidak kedengaran. Zaman negatif memang tidak ada dan tidak harus dikhayali lagi.
4 comments:
dikatakan rtm telah melakukan perubahan sempena tahun baru...tetapi pendekatan dari segi kandungan berita dan isu2 yg dikupas maSIH LAGI di takuk yg sama..adakah ayat menteri penerangan - "Saya tidak faham apakah yg dimaksudkan dengan liputan yang adil"- apa menteri ni xblajo kat sekolah ker??
saya dah tak tgk berita RTM. tak larat nak dengar omongan bodoh sombong para menteri2 yg bangang...
Do or die. Itulah prinsip TV3, TV3 hidup di bawah payung UMNO. Kalau UMNO kalah, habislah bisness mereka.
Oleh itu kita tidak hairan kalau TV3 bermati-matian untuk menangkan UMNO, menggunakan apa cara sekalipun, etika tidak penting lagi bagi mereka, perut lebih penting.
media elektronik adalah didalam kawalan diorang ..biar kan..rakyat dah faham dan lebih tahu..biarkan mereka syok sendiri..
Post a Comment