24 January, 2009

Tahun Baru Cina 4707

Saya berbangsa Cina. Maka saya akan berjumpa dengan ibu saya. Ia merupakan hari bercampur emosi kerana seringkali saya sekeluarga sahaja yang mengunjungi ibu kerana adik-beradik lain tidak dapat berbuat demikian. 
Adik lelaki saya yang kedua berada di Manila, Filipina dan lebih menyambut tahun baru Cina dengan keluarga isterinya di Jakarta, Indonesia. Ia juga kehausan kewangan kerana dalam tahun 1990an hilang banyak duit di bursar saham yang menjadi medan judi kebanyakan orang Cina.

Adik perempuan pun sama kehilangan banyak duit di bursar saham. Namun dia bernasib baik sebagai seorang bekas pragawati, ada harta, tetapi hidup keseorangan, kehilangan 2 anak lelaki kepada keluarga lain dan sering bersedih. Ia juga marah dengan saya kerana tidak memberinya sokongan moral.

Saya tidak main saham kerana wang sentiasa cukup-cukup saja. Allah selamatkan saya dengan cara itu barangkali.

Adik bongsu saya bekas penghuni penjara, walaupun sudah keluar, tetapi lebih baik dia duduk dalam, bagi keselamatan dirinya. Itupun dia ada satu kes
tunggakan dan menunggu perbicaraan.

Maka hampir setiap tahun hanya saya anak sulong dan tunggal dapat mengunjungi ibu bagi makan malam sempena tahun baru Cina. Dahulunya adik-beradik saya pernah tertarik kepada Islam. Pernah adik perempuan saya mula memakai tudung apabila datang mengunjungi saya semasa dibangku sekolah lagi. Adik lelaki saya pernah tertanya tentang falsafah hidup saya apabila dia kedukaan kehilangan teman wanitanya seorang pramugari.

Tetapi ibu saya tidak suka dan menganggap sudah cukup seorang anaknya masuk agama orang Melayu. Dia tidak mahu kehilangan kecinaan kita dengan semua anaknya memeluk Islam.

Maka kini hanya seorang anak tunggalnya sahaja yang dapat menghiburkan hatinya pada malam Ahad ini.

Bagi masyarakat Cina, ia merupakan makna yang sudah berlangsung 4707 tahun mengikut takwim mereka. Boleh baca lanjut di sini.
 
- (gambar tanda pintu rumah Cina yang menunjukkan satu jenis ucapan 'AsSalamualaikum warahmat' tetapi tanpa nama Allah, cukup menarik dan bermakna)

5 comments:

Wilson said...

Saya rasa rata-raat rakyat Malaysia sensitif terhadap "masuk Islam" atas sebab di Malaysia, Islam bukan semata-mata satu agama tetapi alat politik untuk melindungi hak 'ketuanan' Melayu. Itu sebab semua Melayu Malaysia secara otomatik akan jadi Islam.

Saya rasa itu peraturan buatan manusia semata-mata dan bukan kehendak agama Islam.

Ramai ibubapa tidak ingin anaknya masuk Islam kerana setelah masuk, anaknya perlu tukar banyak budaya hidup terutama sekali cara makan. Semua mahu halal. Terlalu banyak konkongan dan larangan sehingga sukar untuk mengadakan jamuan sekeluarga. Namapun perlu tukar. Macam kehilangan anak....

Walaupun ada segelintir ibubapa yang turut menentang anaknya masuk Kristian tetapi tidak sekuat terhadap Islam. ini kerana lepas masuk Kristian, tidak banyak perubahan dari segi pergaulan dan cara makan.

Kamal said...

Assalamualaikum ya Akhi...setiap niat yang baik pasti melalui ujian:

سُوۡرَةُ العَنکبوت
(A 2-3)
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢)
Do men imagine that they will be left (at ease) because they say, We believe, and will not be tested with affliction? (2)

وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ (٣)
Lo! We tested those who were before them. Thus Allah knoweth those who are sincere, and knoweth those who feign. (3)

Lalui lah "ujian" ("test") in dengan penuh kesabaran..moga2 anta mencapai kejayaan hakiki...

Selamat Tahun Baru Cina 4707!

Salam.

red1 said...

Ibu saya baru telefon isteri saya memberitahu bahawa adik kedua saya telah balik dari Manila tetapi tidak boleh lama dan akan berkejar kembali hari ini.

Jarang dia hubungi saya atau menepati waktunya. Emel pun jarang.

(Terima kasih atas pandangan dari Wilson dan Kamal. Adalah amat dihargai).

bashery said...

My heart goes with you and your family. Gong Si Fa Chai. Eventhough we have different days and timings for new year celebrations, itu adalah ruang dan waktu sementara yg Allah kurniakan kepd umatnya.

KHi Suka Hijau said...

Tanggapan bahawa bila masuk Islam perlu tukar nama adalah salah. Lihat sahaja Ustaz Ann Wan Seng (Cina) dan Saudara Shah Kirit Bin Kakulal Govindji (India).

Kepada saudaraku berbangsa Cina bukan Islam dan ingin mengetahui tentang Islam secara jelas tanpa melalui pihak ketiga yang belum tentu jelas pemahamannya, sila kunjungi Malaysian Chinese Muslim Association di :
http://macma.org.my/homepage/