Tentu sekali majoriti tersebut mungkin mencecah sepuluh ribu majoriti. Dengan kerajaan menggunakan segala jentera dan kewangan serta sumber hak rakyat sepenuhnya ke arah memastikan kemenangan calon BN seorang, menampakkan ketidak-adilan dan ketidak-berkesanan langsung taktik selama ini.
Kerajaan harus sedar bahawa jenteranya adalah dibayar oleh jutaan rakyat menerusi cukai dan titik peluh mereka. Adalah menyalahi undang-undang dan perlembagaan sekiranya digunakan untuk memelihara satu pihak sahaja tanpa mengambil kira bahawa proses pilihanraya adalah proses rakyat sejagat.
Dalam demam dan perang demokrasi, jentera kerajaan sudah disalahgunakan. Maka ia sudah merupakan satu jenayah perang oleh pemerintah sementara iaitu Barisan Nasional. Mereka harus menjawab tuduhan ini. BN bukanlah tuhan maupun lembaga yang diletakkan disana oleh Allah. Mereka hanya berada disana kerana rintitan sejarah daripada penjajah British meletakkan mereka menerusi satu perancangan rapi sebelum merdeka dengan membuang semua pencabar utama mereka dari kalangan Melayu itu sendiri seperti API, KMM dan ramai lagi tokoh-tokoh hebat lain seperti Dr. Burhanudin Al-Helmy, Ahmad Boestaman, maupun Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh yang dilabelkan sebagai komunis.
Untuk kerajaan membetulkan keadaan ianya boleh dilakukan dari sekarang sementara masa 3 tahun lagi masih ada. Sekiranya ia tidak dibetulkan akan menandakan parah bagi sistem demokrasi tulen dalam negara kita dimana pelbagai spekulasi dan penyakit boleh berlaku.
Kerajaan hanyalah sebuah jentera rakyat sebenarnya dan bukanlah satu lembaga yang kejam dan jauh dari hati rakyat. Ia tidak boleh bersifat draconis dan monstrous atau sejuk dan hitam dimana rakyat perlu takut dan bimbang kepadanya.
Rakyat tidak harus takut kepada Kerajaan. Kerajaan harus takut kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment