Kini sudah jelas golongan dominan pun boleh menerima seorang dari bangsa pendatang malah mempunyai akar umbi dari negara Afrika yang beragama Islam.
Apakah ide sedemikian boleh mengugat golongan dominan seperti yang berada di Malaysia? Apakah satu hari kuasa dominan Umno boleh diganti oleh golongan minoriti seperti dari DAP atau PAS yang mungkin berbangsa Cina Muslim untuk menjadi seorang Perdana Menterinya?
Memang didebatkan bahawa Barack Obama dipilih kerana kebolehan dirinya dan bukan kerana warna kulitnya. Tentu sekali bagi kita di Malaysia pun kita mahu sedemikiannya berlaku. Apakah seseorang yang benar-benar berkebolehan akan terpilih atau ia mestilah kerana politik wang atau pengaruh kronisma?
Barack bukanlah calon bebas dalam pertandingan Presiden AS, tetapi ahli Parti Demokrat yang dominan dalam sistem dwi-parti di sana. Di sini kita lihat bagaimana kuasa masih menjadi satu faktor penting. Yang dominan di Malaysia masih parti besar seperti Umno, PAS dan kini PKR. DAP masih merupakan parti bagi golongan penduduk bandaraya yang majoritinya berbangsa Cina.
Walau macamanapun perubahan pasti berlaku. Bukan dalam jangkahayat kita, mungkin semasa zaman anak kita.
2 comments:
Walaupun Obama kulit hitam tetapi dia penganut Kristian. Orang kulit hitam di Amerika majoritinya Kristian.
Kalaulah Amerika negara Islam mungkin 100 tahun dahulu pun dah ada orang kulit hitam yang dapat jadi Presiden.
Mahathir sendiri pun bukan keturunan Melayu tulin tapi keturunan India.
Assalamualaikum...Saudara Alias keturunan mana?
..ada ke Melayu tulin?...siapa orang Melayu pertama di dunia ini??
..siapa orang kulit hitam pertama di dunia ini??
.."manusia" pertama mengikut al-quran Nabi Adam as...
Dan kita ada lelaki dan perempuan, berbagai bangsa, puak, keturunan untuk kita berkenal2kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain...dan yang semulia-mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa (bukan kerana keturunan atau bangsanya)...petikan dari Ayat 13 Surah Al-Hujurat.
سُوۡرَةُ الحُجرَات
A13
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣)
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (13)
Fikir2kan lah....
Apa yang berlaku sudah tentu dalam pengetahuan Allah swt....
Apa yang terilham dalam fikiran kita, datang dari Allah swt...
Kemudian kita cakap atau tulis atau diam sahaja..
..consequences nya membawa kita kepada kejahatan atau membawa kita kepada ketaqwaan..petikan A8 Surah Al-Shams.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
"Fa al hamahaa fuju rohaa wa taqwaaha"
(Maka (Allah) mengilhamkannya (untuk mengenal)jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawanya kepada ketaqwaan.)
.memang benarlah kata2 Allah swt...
Allahu 'alam..
Post a Comment