Dia jenis berjiwa ingin meneroka dan berkenalan dengan ramai kawan baru berjaya berkenalan dengan ramai peserta lain dari pelbagai negeri dan bangsa. Dapat juga kenalan yang bercakap dalam bahasa Mandarin.
Ameera turut cerita bagaimana dia ternangis sekejap apabila be
rsendirian pada minggu pertama terpisah buat pertama kalinya dalam sejarah hidup daripada keluarga sendiri. Dia yakin sudah tidak perlu menangis lagi selepas ini dan ingin sangat berjumpa kembali rakan-rakan barunya pada Rabu depan nanti.Dalam ujian larian, dialah paling pantas dengan melalui 'Bleep Test' sebanyak 6.3, kerana memang dia Olaragawati SMK Bukit Rahman Putra bagi tahun 2008 lepas. Ini semua juga kerana latihan yang amat intensif sebelum ini sebagai perenang peringkat negeri di bawah jurulatih Cindy Ong, pemegang rekod renang yang mengalahkan Nurulhuda Abdullah.
2 comments:
Salam ziarah
Salam Tuan,
Saya pun merasakan pengalaman yang sama dan anak saya menyertai PLKN secara sukarela di Wetland Paya Indah, saya melihat anak-anak Cina dan India lebih bersemangat menyertai PLKN. Ada rakan2 saya tidak mahu anak mereka menyertainya... saya pun pelik.
Post a Comment