Dia menemui emak saya yang berasal dari Singapura. Mereka berkahwin sana dan pada usia yang muda bagi mereka. Ayah saya berumur 20 tahun dan emak saya 19 tahun waktu itu.
Selepas saya dan adik lelaki saya pula terlahir, kami tidak lama di sana. Masa itu Singapura dan Malaysia baru merdeka dan belum berpisah sehingga 1965. Masa itu ayah saya sudah bawa kami ke kem tentera Port Dickson. Saya masih ingat-ingat tempat itu dimana berek tentera satu tingkat separuh kayu dan kami sering dibawa merentas jalan ke pantai dan laut untuk berenang. Pokok-pokok kelapa yang tinggi lampai sudah tercap dalam ingatan saya sampai bila-bila.
Semasa Singapura berpisah dari Malaysia, ayah dan emak saya yang masih British Subjects tidak pilih untuk menjadi rakyat Singapura. Masa itu ayah saya fikir Singapura itu kecil dan pasti akan lebih mundur dari Malaysia yang lebih luas tanah dan ramai penduduknya.
Apabila saya berumur 17 tahun saya berpeluang untuk mencuba memasuki tentera udara Singapura sebagai juruterbang kapal terbang pejuang. Tetapi saya tidak cukup syarat kerana 'long-sighted' 0.2 poin pada mata sebelah mata kanan. Saya merayu sekiranya boleh jadi juruterbang pelatih kapal terbang kargo kurang pantas seperti Hercules C130. Mereka jawab bahawa itu khas untuk rakyat Singapura dan bukan Malaysia. Saya pun hampa lalu ayah saya kisahkan cerita tentang pilihannya tidak memilih Singapura, dan menyesal tidak berbuat demikian.
Hari ini ayah saya bukan sahaja tidak menyesal tidak memilih Singapura tetapi mujur tidak berbuat demikian kerana kami menganggap Malaysia jauh lebih selesa dan jauh moden daripada keadaan sebelum ini.
Tetapi saya pula lain. Saya masih teringat Port Dickson dengan jalan kecilnya menerusi suasana kampung dengan pantai dan pokok kelapa.
6 comments:
Assalamualaikum,saya tepesona membaca cerita saudara tentang Singapura.
Pada 1964 saya belajar di Madrasah Aljunied hingga tamat 1969 dan terus mengajar diMadrasah Al-Hasanah, Tanjung Katong sehingga 1971.
Saya bertemujodoh dengan isteri saya disana yang berasal dari Selangor.
Pendekan cerita,saya masih berulang-alik keSingapura kerana saya ada rumah disana. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada saya membeli sebuah rumah ditaman teratai berhampiran dengan UTM Skudai. Saya mempunyai 5 orang anak, 4 lelaki dan seorang perempuan. tiga anak saya dilahirkan di Malaysia dan dua di Singapura.
Singapura pesat membangun berbanding Malaysia.Sebab itu hampir 500 ribu rakyat Malaysia berkerja disana.
Saya harapkan Malaysia boleh maju macam Singapura,tapi janganlah sampai juah tanah kepada Singapura sepertimana di Iskandar Malaysia.
Walaupun saya berwarganegara Malaysia dan isteri warga Singapura,saya dapat membezakan hidup didua negara.Tapi dua2 ada ISA.
Wa alaikum salam Tuan Syed Yusof. :-)
Tergerak pula untuk menyambung di sini!
Saya pula, tidak berulang alik ke sana kerana sudah putus hubungan dengan ahli keluarga sebelah emak saya, cuma seorang adik perempuannya (auntie) yang pada satu masa dahulu semasa zaman kecil kita pernah ulang alik sekejap ke rumahnya di River Valley Road.
Rumah ala shophouse terrace zaman dulunya amat besar dan kaya sehingga setiap malam auntie tersebut akan menghabiskan 300 sing dollar kat kelab judi.
Shophouse terrace itu terjual dengan harga mahal dan mereka kini tinggal di flet.
Selepas itu keluarga auntie jatuh miskin dan menyara hidup dengan berkerja mencuci pinggan.
Semasa menghadiri temuduga fighter pilot, saya sempat lagi bersama di rumahnya di River Valley Road. Mereka masa itu merupakan keluarga amat kaya (berbanding kami) dan di sanalah saya mula mengalami TV warna, hot water bath, shopping complex, bandaraya moden dan sepinggan sayur berharga $6.
Nasib baik kau tak jadi pengebom ye
Hujan emas di negeri orang..
Hujan batu di negeri sendiri..
Lebih baik tempat sendiri :-)
Selamat Tahun Baru :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
salam red1,
arwah bapa saya juga merupakan bekas tentera yg juga rejimen semboyan..mungkin mereka saling mengenali kerana kalau tak silap saya, tahun 60-an arwah bertugas di singapura dan port dickson, saya tak pasti kerana saya belum lahir ketika itu..
namun di tempat kerja saya sekarang ada seorang anak murid kepada arwah, namanya Teng Yen Bon atau lebih mesra dipanggil YB Teng..
Post a Comment