08 December, 2008

Mengapa Barat Menguasai Dunia?


Ramai orang yang mengutuk Barat, kerana menguasai dunia sehingga tidak memberi peluang kepada kuasa lain yang lebih kecil. Ramai yang ramal sepatutnya China menguasai dunia. Ada yang hairan mengapa Islam yang dikatakan Adiinullah gagal menguasai dunia.

Saya pun terfikir. Mengapa Barat pula yang menguasai dunia dari segi budaya, politik, bahasa dan kuasa tenteranya? Apakah kerana takdir? Apakah kerana sunnahtullah? <-- Memang takdir tetapi dengan musabab yang rasional dan logik.

Saya berpendapat bahawa Barat mampu berbuat demikian ialah kerana sebab yang logik dan mengikut sejarah manusia. Sekiranya kita mengkaji sejarah dunia kita akan melihat bagaimana dunia hari ini boleh merujuk kepada bahasa Inggeris kerana satu sebab utama dan lain-lain sebab tidak utama.

Yang utama ialah kuasa British dapat menguasai dunia menerusi teknologi moden padahal teknologi awal dikuasai oleh China. Malah China mempunyai budaya Universiti seribu tahun sebelum Eropah teramal konsep pengajian tinggi. Tetapi Eropah dengan cepat merebak pengaruh akademiknya dalam sekelip mata sahaja berbanding China yang sudah lama terjumpa serbuk meriam, kompas dan kertas - unsur-unsur pra-syarat kepada penguasaan dunia menerusi ilmu dan pendidikan.

Jawapannya ialah tekonologi tidak dapat merebak dengan sistem feudal yang ada pada Kerajaan China pada masa itu yang bercorak 'centralised' padahal sistem politik di Eropah lebih bersifat desentralised dengan kuasa lain seperti Gereja dan 'Guilds & Associations' atau persatuan dan pertubuhan NGO <-- tidak bersifat kerajaan.

Dengan itu, apabila Barat dapat merebakkan kuasa akademik kepada rakyat jelata menerusi ciptaan seperti Pencetak Gutenberg yang beroperasi sempurna pada 1450 TM iaitu masih mentah bagi Portugis dan Belanda menggunakannya secara sosial lagi. Dengan British mula menjajah dengan lebih baik dari segi ketenteraan dan teknik, maka ciptaan-ciptaan sedemikian dapat digunakan dengan amat berkesan dan maka tertanamlah budaya Inggeris serta bahasanya dalam pemikiran dan penyampaian maklumat dunia.

Faktor sampingan yang lebih kecil tetapi kritikal dari itu merupakan pembukaan dunia barat iaitu semasa British berjaya mengalahkan Perancis untuk menduduki benua Amerika Utara dengan ramainya berserta suku-bangsa lebih kecil Eropah seperti Jerman dan Italy. Mereka mengalahkan Sepanyol dari segi perlumbaan penjelmaan kuasa Barat kerana Sepanyol di Amerika Selatan adalah lebih kecil kerana lebih jauh dan terancam oleh ribut taufan 'Bermuda Triangle'. Mereka juga secara nisbah tidak cukup 'desentralised' dari segi corak pemerintahan.

Lahirnya Amerika Syarikat yang berjaya memberontak dari sistem feudal Raja England dan mengamalkan perundangan yang ekstrim dari segi demokrasi dimana Presidennya pun tidak boleh memegang jawatan lebih dari dua penggal, maka masa itulah budaya akademik dapat meletup dengan sebenarnya. Oleh kerana Amerika Syarikat sebagai bekas tanah-jajahan England maka semestinya Bahasa Inggeris digunakannya. 

Apabila banyak ciptaan Barat mula muncul dari sana di AS seperti telefon, kereta, televisen dan Internet, maka budaya Barat yang berbahasa Inggeris, beragama Kristian-Latin-Rumawi dan bercorak liberal demokrasi menjadi budaya dominan sehinggalah dikutuk kerana terlalu dominan.

Mengapa Islam yang walaupun datang agak lambat dalam sejarah manusia tidak dapat menguasai dunia seperti Barat? Jawapan atau penyakit yang sama melanda China juga melanda Kerajaan Islam Turki masa itu yang memang dapat menawan Eropah sekiranya mahu.

Turki tidak dapat menguasai Barat kerana banyak isu dan kontroversi. Walaupun mereka mengamalkan sistem persatuan NGO dan kabilah dalam empayarnya tetapi golongan cendiakawan tidak seberapa aktif seperti yang terdapat dikalangan Barat. Budaya kecutan ilmiah ingin meneroka kerana kefanatikan kembali kepada jahiliyah kaumiah 'bumiputera' qabilah Arab, pilih kasih, kronisma dan politik kotor juga dapat menyelar masuk dan membantutkan pertumbuhan sihat yang sepatutnya. Akhirnya Empayar Islam Turki jatuh, berkecai kepada seratus satu bangsa asal dan sehingga hari ini hanya mampu melancarkan serangan teroris yang tidak siuman terhadap Barat maupun Timur.

Hari ini kita bukan sahaja menjadi hamba Barat dari segi MacDonalds dan Ikea nya tetapi gagal memahami sejarah mengapa kita boleh terjadi sedemikian. Hari ini saya melihat bagaimana konsep politik di tanah air sendiri pun entah dari mana dan pergi kemana.

  - (gambar menunjukkan Pencetak Gutenberg yang merevolusikan budaya akademik dunia yang menjadi pencetus dominasi budaya segala-galanya)

2 comments:

Unknown said...

Tapi kita kena ingat, barat maju selepas mereka belajar dari Islam.
Bila Islam sampai di Sepanyol, banyak universiti telah dibuka oleh orang Islam di Sepanyol.
Orang barat banyak banyak belajar di universiti-universiti Islam ini.
Kalau kita perhatikan banyak istilah-istilah sains itu menggunakan perkataan Spanish atau latin.
Setelah itu baru ilmu sains itu berkembang ke negara lain di Eropah termasuk England.
Sampai sekarang pun mereka masih mengekalkan pemakaian jubah bila menerima ijazah mereka (hari konvokesyen) seperti mengikut tradisi orang Arab.
Tetapi selepas itu orang Islam terus ketinggalan kerana salah faham mereka dalam mentafsir ajaran Koran. Sehingga ilmu sains dianggap ilmu dunia yang tidak penting.

Kamal said...

Betul ke Barat Menguasai Dunia?? Siapa Barat? Atau apa Barat? Barat??
May be we have to 'reframe' our mind...using 'Meta Coaching' techniques?? Ramai Certified Meta Coach (ISNS) sekarang...

...but...but...Dunia??..Dunya??..
Akhirat?..Akhirat?..

..fi dunya wa al akhirah!!!

Wallahu 'alam...bissawab.