22 December, 2008

Pelbagai Bahasa Lebih Baik

Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) menganggap bahasanya adalah lebih tinggi mutu dan mampu mengajar anak-anak mereka ilmu Sains dan Matematik dengan lebih baik dari Bahasa Kebangsaan maupun bahasa antarabangsa - Inggeris.

Ini mungkin kerana tatabahasa Cina adalah beribu-ribu perkataan dengan ribuan huruf unik sendiri yang payah dihafal. Walau macamanapun saya rasa pendekatan lidah ibunda sedemikian tidak praktikal dan realistik dalam dunia terbuka hari ini.

Bagi saya, saya amat minat pelbagai bahasa - 'Ana uhibbu lughatul ajnabi al alami', 'Je sues pranz allez francais', 'dozo yoroshiku', 'auf fei dah zen'.

Itu sebab apabila saya bertutur bahasa Kanton dan Hokkien di rumah dengan ibu-bapa, mereka hantar saya ke sekolah Inggeris (Jalan Kuantan (sama sekolah dengan Razak Baginda)). Ayah saya kata dia pilih Inggeris dan bukan Melayu atau Cina kerana menganggap Inggeris lah bahasa masa depan. Saya berterima kasih kepada dia dan bersyukur kepada Allah kerana memberi ilham sedemikian kepada ayah saya masa itu.

Apabila saya mempunyai anak-anak saya sendiri, saya turut mengamalkan dasar pelbagai bahasa atau belajarlah bahasa lain yang lebih payah. Saya menghantar semua anak-anak saya kepada SRK (Cina) dan mereka mendapat pendidikan sekurang-kurangnya 2 tahun tadika Cina dan 6 tahun SRJK (Cina). Kini mereka bertutor sakan sesama mereka dalam bahasa Mandarin. Sehingga isteri saya pun turut "Woh bu chi tau".

Tetapi anak-anak saya tidak dapat memahami bahasa dialek Kanton dan Hokkien yang saya mampu menggunakan. Namun saya tidak pula sehandal mereka dalam bahasa Mandarin.

Saya amat minat bahasa dan mengharapkan ada sekolah yang mengajar bahasa Jepun, Jerman dan Sepanyol dalam negara dan anak-anak kita harus dihantar ke sekolah sedemikian.

Mengapa kita perlu belajar bahasa ibunda di sekolah rasmi? Bukankah kita sudah belajar segala bahasa ibunda semasa di rumah lagi? Bagi anak-anak saya, mereka mempunyai bahasa ibunda dalam bahasa Inggeris. Maka mereka tidak perlu pergi ke sekolah pengantara Inggeris. Mereka pergi ke sekolah untuk belajar bahasa Cina. Mereka belajar Melayu pula dengan bergaul dengan jiran di kampung. Sekejap sahaja sehingga terkejut saya mendengar mereka.

Tetapi apabila saya duduk di rumah yang tiada jiran melayu bagi anak lelaki pertama (anak ketiga) pun lucu juga kerana dia tidak dapat menguasai bahasa Melayu dari mana-mana kawan jiran. Apabila dia bermain dengan budak Melayu satu hari, saya dengar dia cuba cakap Inggeris dan budak Melayu cuba jawab dalam bahasa masing-masing! Kanak-kanak tidak segan atau tertutup dan cuba juga meneruskan permainan.

Tidak pula orang dewasa. Mereka sudah hilang alam fitrah dan pembelajaran yang tinggi dan pantas. Maka kita pula mempolitikkan bahasa ibunda pula seolah-olah itulah tujuannya ciptaan Allah. Dan tidak pula makna Allah mencipta pelbagai warna kulit dan lidah bahasa.

Itu sebab saya menyokong anjuran Prof Emiritus Dr. Khoo Kay Kim yang menasihati masyarkat Cina untuk tidak lagi mengamalkan SRJK (Cina) tetapi SRJK (Malaysia) seperti yang diamalkan di negara-negara lain di luar China.


3 comments:

Alias Mohd Yusof said...

Bahasa bukanlah masalah utama kita, lagi banyak bahasa kita tahu lagi baik.
Masalah kita rakyat Malaysia yang pelabagai kaum sekarang ialah anak-anak tidak bersekolah di sekolah yang sama. Cina sekolah cina, India sekolah tamil, Melayu sekolah kebangsaan.
Mereka tidak bergaul dari kecil, ini cukup bahaya, ia akan menghasilkan perkauman yang kuat, sikap prejudis antara kaum.
Inilah yang kita telah dapat rasakan sekarang ini, sebab sudah 50 tahun kita mengamalkan cara tersebut.
Tidak salah kalau bahasa mandarin, tamil dan melayu diajarkan disekolah kebangsaan, yang penting mereka dapat bergaul dan sekolah di satu sekolah yang sama.

Raja Iskandar Shah said...

assalamu'alaikum
3/4 of my being are from migrant grandparents. migrants are also a big part of what malaysia is today - good and bad.madinah (formerly yathrib) was established by the muhajirins (migrants). the date of the hijrah (migration) is also marked as the start of the islamic hijrah calendar. great civilisations have been marked by migrants.

thepplway said...

Bagi saya sejarah yang tulen tidak di putar belit adalah penting.

jika kita nak tanya mengapa tidak berlajar bahasa ibunda dengan pilihan sendiri tanpa disekat oleh kepentingan politik?

Kalau saudara faham bagaimana nenek moyang Cina yang berusaha sedaya upaya untuk mengamalkan bahasa ibunda supaya tidak ditukarkan kepada sekolah Inggeris.

1.Sekolah itu semuanya adalah titik peluh kaum Cina yang mememntingkan pempelajaran terutamanya bahasa ibunda supaya tidak melupakan budaya dan moral kaum sendiri.
2.Tetapi dasar british yang memisah me rampaskan sekolah Cina menukar kepada sekolah inggeris dan lebih lagi kepada sekolah kebangsaan .adakah ini adil?adakah sejarah yang bangga ini dibaca?

3.Bahasa tidak memisahkan perhubungan kaum jika dasar negara adalah adul dan saksama.Misalnya, memberi secara percuma kepada semua jenis sekolah pelbagai bantuan dengan dasar yang fair bukan memancing undi.Disebabkan membelajari bhasa ibunda adalah hak-hak asasi manusia yang termaktub dalam PBB(UN) .

4.Hanya hormat-menghormati diri sendiri dan juga semua kaum di dunia dengan hati terbuka dan penuh kasih sayang barulah kita layak digelar insan.jadi tidak ada apa alasan bagi mana-mana pihak mempermainkan isu perkauman di tempatan atau di antara bangsa.

Yang pentingnya ,jika kita tidak menghormati sejarah yang tulen, maka sesatlah kita ditunjuk jalan buntu dan jalan mati oleh pihak tertentu.maksutnya sekolah ibunda didirikan bukan untuk memisahkan antara kaum ,tetapi sejarah menunjukkan banyak alasan perkauman ditimbulkan untuk menghapus dan mengetepikan hak-hak asasi mempelajari bahasa ibunda perbuatan yang tidak adil inin telah menanamkan semangat yang jitu untuk mempertahankan hak-hak asasi yang tulen dan bukan untuk menyakit hati sesuatu kaum,dengan pendik kata ia sebenarnya tidak patut diperhelahkan mencetus perpaduan !

Pak kata Cina:"kerana nenek moyang yaang berusaha dan mengawalkan (mempertahankan)pokok,maka kita dapat buahnya iaitu seperti saudara boleh membawa anak-anak ke sekolah ibunda.