Sekiranya Najib menaiki tahta kerajaan, beliau akan mengukur suhu suasana politik dan besar kumungkinan suhu itu akan berubah menjadi amat positif. Ia disebabkan perkara berikut:
1) Najib tahu bahawa faktor kejatuhan Pak Lah adalah kerana berpaling dari dasar Dr. Mahathir. Maka bagi Najib senang sahaja. Kembali kepada dasar Mahathir itu. Amalkanlah Mahathirisma.
2) Dengan meneruskan segala pelan tindakan yang sudah digariskan oleh Dr. Mahathir maka akan berlaku pemulihan status dan pencapaian politik gemilang yang pernah dikecapi sebelum ini.
3) Keadaan ekonomi akan pasti pulih kerana keadaan yang amat bawah tidak akan pergi mana melainkan atas.
4) Dr. Mahathir akan terus memainkan peranan menyuntik sentuhan emasnya ke dalam pentadbiran Najib dengan ide dan cadangan hebat-hebat selaku Penasihat Kerajaan (sekiranya tidak mengambil jawatan Senior Minister).
5) Timbalannya, Muhyiddin dan Ketua Pemuda Mukhriz adalah nafas baru yang berkepimpinan (lebih sikit dari mereka yang sebelum itu) akan menambahkan lagi suasana riang dan maju dalam politik dan kerajaan nanti.
Oleh kerana Najib kini dikaitkan secara berita angin dengan kes mahkamah yang sedang berjalan, beliau tidak akan melakukan apa-apa yang menjejaskan kedudukannya. Maka beliau dijangka tidak akan menunjuk pandai dalam soal selok belok pentadbiran melainkan dengar dan patuh saja kepada nasihat Dr. Mahthir nanti.
I would be damn surprised if he pulls anything funny like what Pak Lah did :)Apabila keadaan pulih dengan begitu baik dibawah Mahathirisma nanti, tentu rakyat pengundi yang protes dulu akan kembali percaya semula dengan dasar kerajaan. Maka masa itu besar kemungkinan Najib (dengan dinasihati oleh Dr. M) akan membubarkan parlimen secara mendadak dan memangil semula PRU13 (snap elections sekitar 2010).
Ini supaya Najib dapat mandat baru selaku PM baru dan untuk membuktikan bahawa corak dan dasarnya diterima baik oleh rakyat. Najib juga perlu merampas kembali 2/3 parlimen serta boleh dapat balik sekurang-kurangnya Kedah dan Perak. Selepas kejayaan sedemikian Najib akan mendapat political boost yang terbesar dan akan amat dihormati dan disokong selepas ini.
2 comments:
Salam ukhuwwah Red1,
Firasat politik saudara agak menarik, tetapi dalam keadaan serba tidak menentu kini, apa-apa saja boleh terjadi. Malah, kudapun boleh timbul sayap untuk terbang.
Walau apapun, your political insight tidak boleh diketepikan kemungkinannya.
tidak kira apa dan mengapa, asalkan melayu tetap berada pada tahap yang sedia kala dengan hak mereka yang istimewa sebagai tuan tanah.
good to know a fellow blogger in kuang. maybe we can meet up for teh tarik di hameed maju some day.
Post a Comment