12 November, 2008

Ketuanan Melayu Tidak Perlu Kuasa Luar

Saya telah acap kali berkomentar di blog Mahathir bahawa sejarah hidupnya adalah bukti yang terlalu jelas dan ironis sekali betapa ketuanan dan kecemerlangan kaum Melayu itu sendiri adalah bertapak di atas fitrah kejayaan manusia dan bukannya mekanisme luar seperti DEB atau keistimewaan bangsa ke atas bangsa yang lain.

Izinkan saya mengupasnya.

Dr. Mahathir sepertimana kita semua sedia maklum hidup sebagai remaja dalam tahun 1930an dimana beliau selepas sekolah menengahnya telah asyik dan tekun berniaga di pasar dengan menjual kuih-muih. Gerainya begitu maju sehingga seorang pelabur lain membeli gerai tersebut! Ingat, ini adalah pada tahun 1930an dimana Umno pun belum ujud lagi. Malaysia pun belum merdeka dan British masih menjadi tuan rumah kita.

Bagaimana seorang pemuda itu dapat maju dalam perniagaannya lalu menjualnya kepada orang lain dengan keuntungan yang lumayan? Apakah kerana ada kursus tatanegara atau Khidmat Negara waktu itu? Apakah ada kelas bimbingan usahawan waktu itu?

Mahathir berjaya kerana beliau berkerja kuat. Yang penting lagi adalah dorongan dari perkara yang sebaliknya. Bukan dorongan dari perkara yang menyokongnya. Dengan ketiadaan pejuang bangsa dan kemerdekaan, semangat Mahathir berkobar-kobar dan terbakar besar. Kini bangsa Melayu tiada bersemangat sekuat demikian ialah kerana sudah tiada apa lagi yang perlu diperjuangkan secara relatif.

Halangan dan rintingan serta cabaran besar adalah pencetus dan pra-syarat seseorang itu berjaya. Bukan subsidi dan hak keistimewaan yang berat sebelah dan tidak kontrit dari segi perlaksanaannya.

Ayah Dr. Mahathir pula menjadi guru besar yang pertama dalam sejarah di Kedah bagi sekolah beraliran Inggeris. Bagaimana ayahnya berjaya berbuat demikian. Sekali lagi jawapannya sama seperti yang saya menterakan di atas. Iaitu dengan berkerja kuat tanpa menyalahkan atau begantung kepada kuasa dan mekanisma lain tetapi daya usaha dan kesungguhan yang berkobar dalam sanubari diri sendiri.

Dengan itu saya tidak faham mengapa Dr. Mahathir yang terang dan jelas mengetahui bahawa kejayaannya adalah berpunca dari sumber sedemikian boleh pula menyanjurkan supaya Melayu itu maju atas yang sebaliknya.

Saya menulis ini bukan untuk mencetuskan cabaran terhadap status quo atau kontrek sosial yang ada. Tetapi untuk sekadar renungan apakah sebenarnya yang menjadi formula kejayaan seseorang dan bangsa itu.

Cina di sini berjaya bukan kerana Cina di China itu maju malah mereka mundur dan tersiksa di bawah sistem feudal dan kerakusan penjajah pembawa candu. Mereka maju kerana terpaksa. Begitu juga dengan India. Tetapi Melayu kini masih ketinggalan dan tidak terkejar ekonomi sendiri kerana hilangnya unsur 'terpaksa' itu.

Percayalah, selagi kita ada kusyen yang tebal kita tidak akan rasa keperitan terjatuh dan tidak akan tercetus semangat juang yang sebenarnya untuk diri maupun negara atau agama. 

Saya kerja kuat kerana saya tiada jalan lain. Saya tiada izajah atau harta pusaka. Sekiranya saya lahir sebagai bumiputera apakah semangat san sejarah saya tetap seperti sedia ada? Saya berbangga yang saya mara jauh ke sini dan tidak akan saya pandang lagi ke belakang. Saya berharap teman-teman saya seagama tidak sebangsa turut semaju atau lebih maju dari kaum-kaum lain yang hanya berdiam diri kerana tidak ingin kita memotong mereka dengan formula sebenarnya,

6 comments:

burujerdi said...

Salam ukhuwwah,

Saya menyokong prasyarat kejayaan seseorang adalah dengan bekerja kuat, tetapi ia tidak terhenti di situ. Banyak faktor lain yang mempengaruhi kejayaan seseorang. Apakah seorang petani yang bertungkus lumus di sawah, setelah pulang ke rumah menganyam tikar dan terpaksa berpada dengan berbagai-bagai kekurangan ( tidak seperti hidup di bandar )tetapi masih dikategorikan sebagai miskin, tidak bekerja kuat. Bagaimana dengan faktor pemerasan dan penindasan orang tengah, penipuan dalam transaksi niaga, monopoli, sabotaj terancang, kekangan dan hambatan yang sengaja diujudkan bagi menyukarkan mereka maju dan lain-lain lagi. Tidakkah semua ini memberi kesan terhadap tahap pencapaian orang Melayu.

Mereka adalah mangsa keadaan.

Wassalam.

Alias Mohd Yusof said...

Saya setuju dengan pandangan saudara itu. Kebanyakan ubat adalah pahit.

shah said...

Salam buat Saudara, Saya bersetuju, untuk maju kita mesti berusaha keras dan "smart", usaha keras tanpa matlamat tidak akan memebawa kita kemana-mana seperti kata teman kita yang mengambil contoh petani, tetapi sekiranya kerja keras disulami dengan mencari ilmu dan buat teknik baru sudah tentu petani tadi akan buat sesuatu yang berlainan seperti mempelbagaikan sumber pendapatan. Berbalik pada masa sekarang orang islam bumiputera mestilah bersedia belajar dengan bangsa-bangsa lain yang telah berjaya, tanpa ILMU kita akan tersasar, maksud ilmu ini bukan degree, Master atau PHD, ilmu itu ialah ilmu kehidupan yang praktikal bukan teori.

yin & yan said...

red1,

Tuan lupakan dulu masalah melayu.

Semua bangsa termasuk cina ,india dll di malaysia dan di sebahagian dunia luar malaysia sekarang hidup atas deen yang sama. Makan minum yg sama - KFC, McD, Char Kue Tiau, Teh tarik, nasi lemak, sambal belacan, roti canai, tosai, tom yam, rojak dll.nonton yg sama di ASTRO, CNN, TV3 dll. Sembahyang, haji dan judi di masjid stadium bola 24 jam secara yg sama.
Perut pun sama besar, hospital pun makin sama2 banyak yg masuk - cuma setengah suka hospital kerajaan dan yg lain di hospital swasta. Penyakit pun sama jenis. Apa tidaknya makan benda yang sama, cara hidup dan kerja sama-sama tak keluar peluh sambil makan ayam gila yg makan ayam sisa dan lembu yg makan lembu sisa. Gila pula jadi pekerja atau pelajar yg gila A yg mak pak dan tok pun suruh mereka gila A dan homework.Semua gila depan PC atau laptop. Asyik blog n blog.

Di samping itu kaum cina di tanah besar cina terpaksa beranak 1 saje. Di malaysia secara sukarela anak cina semakin kurang dari 10 hingga 1 atau 2 sekeluarga kerana tak percaya rezeki dari Tuhan. Rezeki dari kilang dan syarikat kata mereka. Kaum lain pun semakin ikut kaum cina menghapuskan bilangan kaum sendiri atas agama kapitalisme (state capitalsm dan private capitalism pun sama)

celah-celah kaum manusia yg semakin buncit perut dan sukarela bunuh kaumnya seperti juga orang orang gila di palastin, iraq, pakistan dan ceylon letup diri dan orang lain,
red1 nak suruh kita fikir masalah siapa tuan rumah?

kalau tuan rumah dan yg menumpang dah 'bunuh diri' siapa yang tinggal?

yy

yin & yan said...

Red1, saya petik dari
http://memobelakang.blogspot.com
Zabidi hj Saidi

tentang pelbagai melayu yg cina, siam, turki, india dll yg pernah jadi Tuan Besar PM di malaysia.
..yg berkaitan dengan blog tuan..
(anak tuan pun boleh jadi tuan Obama Oon)


Rabu, November 12, 2008
MUSA ADALAH OBAMA MALAYSIA


Obama berdarah campuran. Dia bukan berdarah negro tulen. Oleh itu tidak hairanlah dia dapat sokongan dari orang kulit putih untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat kerana emaknya orang kulit putih. Oleh itu saudara mara emaknya yang berkulit putih sudah tentu mahu melihat Obama berada di puncak kuasa.


Oleh itu bila Ong Tee Keat menunggu rakyat Malaysia matang macam rakyat Amerika Syarikat yang boleh menerima Obama sebagai Presiden, saya rasa ia adalah satu tanggapan yang salah. Di Malaysia sudah ramai bukan Melayu tulen yang jadi Perdana Menteri.


Tunku Abdul Rahman yang jadi perdana menteri dari tahun 1957-1990 adalah darah campuran Melayu dan Siam. Orang Siam boleh claim bahawa keturunannya sudah jadi PM Malaysia. Dr. Mahathir Mohamad juga bukan Melayu tulen. Dia ada darah campuran India. Orang India boleh claim orang India sudah jadi PM Malaysia.Pak Lah juga darah campuran Arab. Orang Arab boleh dakwa bahawa orang Arab jadi PM Malaysia.


Malah jika Ong Tee Keat mahu lihat orang Cina pernah jadi orang penting di negara ini,orang Cina pernah dapatnya dulu. Musa Hitam berdarah Cina. Ayah Melayu, emak Cina. Musa adalah Obama jika itu yang dimaksudkan dengan Obama Ong Tee Keat. Tapi dia tak sabar. Jika tidak hari ini dia jadi PM Malaysia jika dia sabar menunggu giliran selama 23 tahun di bawah Dr. Mahathir Mohamad.Oleh itu isu Obama ini tidak perlu digembar-gemburkan oleh Ong Tee Keat.

keris panjang said...

Salam sdr,

Daripada semua komen2 diatas, saya berpendapat komen daripada sdr burujerdi adalah lebih bernas dan releven dgn keadaan semasa..t.kasih.