18 September, 2008

Jika Saya Ada 31 Nama

Saya tidak akan tidur lena. Entah bila-bila sahaja akan kena tembak. Itupun entah dari penjuru mana. Entah siapa akan memegang kitab melakukan sumpah di masjid esok nanti terhadap saya.

Kenapalah saya bagi tahu orang saya ada 31 nama? Apa makna senarai itu? Ia tidak lain tidak bukan angka keramat untuk menjatuhkan kerajaan. Alamak! Jatuhkan apa? Aduh, takkanlah saya dilihat lebih teruk dari perampas kapal terbang?

Saya cuma ingin mengumpulkan nama-nama untuk hidangan seterusnya. Itulah kerja saya. Saya penghibur arena politik no.1 mengalahkan Barak Obama (jika kat Malaysialah). Ini semua selera rakyat. Mereka cuma berpeluk tubuh menunggu orang lain merampas mikrofon dan mendendangkan lagu kesukaan mereka.

Apa rakyat suka? Mereka mahu perubahan. Tak kira siapa, asal ada yang sudi. Sekarang saya yang sudi atau dengan lebih tepat lagi, siapa yang mampu? Jika Abdul Hadi Awang mampu silakan. Jika Lim Kit Siang mampu silakan. 

Cuma perangai pemimpin ini berbedza-bedza. Ada yang tunggu dan lihat, dan ada yang maju ke depan mengambil inisiatif.  Maka kini nasib baik juga mampu saya mengumpul 12,500 PC online serentak dari seluruh dunia memandang ke ucapan saya.

Ya, saya ada senarai namanya. Dan kini 90,000 pucuk pistol dihala ke kepala saya. Keesokkan hari ribuan lagi pucuk rifel tentera turut bersama. Saya sangka dapat jumpa yang merangkap Menteri Kewangan. Rupa-rupanya dah jadi yang merangkap Menteri Pertahanan pula. Bahaya sangat ke? Aik, tak sempat saya tunjukkan senarai nama, nama saya pula dah masuk senarai ISA.

Ok, bertenang, bertenang. Ana sudah masuk dalam banyak kali. Apa salahnya masuk lagi sekali?

Cuma.... siapa pula ya? Yang akan mengambil alih senarai nama-nama ini? Sanggupkah saudara?

2 comments:

Unknown said...

Kalau dah ada senarai nama tu apa nak takut sembunyi bawah katil...bukan malaysia saja yg pernah buat rampasan kuasa ni...ikutlah seperti negara thailand, filipina dan lain2...tengok mereka berani kerana benar....apa nak takut kan rakyat ada menyokong kat belakang...

Kalau betul dah ada senarai tu, sepatutnya MP lompat tu kena berani tonjolkan diri dan mengakuinya, lepas tu pergi beramai2 jumpa dgn dipertuan Agung pasti direstuinya.

Jika kerajaan BN masih degil utk serahkan kuasa selepas melihat bukti jelas ada cukup MP utk berkuasa...kami sebagai rakyat malaysia akan berjuang bersama-sama sehingga ke titisan darah yg terakhir utk gulingkan kerajaan BN tetapi dgn syarat telah dibuktikan cukup MP (dimana MP yg lompat itu sendiri kena akuinya depan media seperti party SAPP dari sabah itu buat) itu barulah gentelmen...tak pun SAPP tu ditahan Askar...

CUCU TOK KEDU said...

Bahasa menepati cerita. Baik dibaca. Saranan mesti ada sambutan! Mereka yang menilai akan terus mengandai. Pemimpin yang bercita-cita besar akan terus berusaha bukan berpelok tubuh menunggu buah jatuh ke riba.

http://rp-semantan.blogspot.com