LHC ini adalah satu jenis peralatan untuk eksperimen manusia yang terbesar, terlama (20 tahun untuk dibina) dan terhebat iaitu melontarkan bijian proton (satu bahagian dari atom tanpa elektron) hampir kelajuan cahaya dalam satu terowong khas raksaksa sebesar linkungan 27 kilometer.
Sejarah melontarkan dan melanggar atom sesama sendiri telah mengakibatkan kebolehan mencipta bom atom. Penemuan manusia bahawa atom itu sebenarnya tiada jisim berat (mass) tetapi kuasa tenaga yang amat besar telah menghasilkan formula E=mc2 (tenaga adalah bersamaan dengan nilai berat didarab dengan kelajuan cahaya yang didarab dengan dirinya.
Maka hasilnya letupan sebesar atom uranium 238 dapat menghasilkan bencana di Hiroshima dan Nagasaki. Selepas itu manusia menghasilkan pula kebolehan meletupkan atom hidrogen yang ratusan kali lebih dasyat dari bom atom.
Namun tidaklah penemuan sub-atomik itu memberikan keburukan tetapi kebaikan jua terutamanya mengetahui dari Allah apa kita tidak mengetahui (janji Sura Al-Alaq) dan seterusnya manusia makin kagum dengan ciptaanNya yang tiada batasan hebat.
Kini dengan LHC, manusia ingin mengetahui apa sebenarnya terjadi dalam masa 0.0000000000...1 saat (berbillion-billion bahagian dari sesaat) selepas peristiwa Big Bang atau ciptaan alam ini 13.7 billion tahun yang silam. Masa yang singkat itulah jisim mula-mula sekali tercipta daripada tenaga yang tiada terhingga (hasil Nur dari Qun FayaQun Allah).
Ada yang bimbang bahawa dengan melanggar proton sesama sendiri boleh mencetuskan kuasa jisim yang terlampau iaitu mencipta BlackHole yang terlalu padat (sepadat matahari dalam satu sudu) dan seterusnya mengkiamatkan dunia. Berikut adalah salah satu senario yang ditakuti:
Kebaikannya ialah setelah manusia mengetahui sebenarnya apa yang berlaku yang semestinya membuka lagi satu tabir tanda Allah Yang Maha Besar, dan manusia dapat mencapai ciptaan yang amat hebat seperti robot-nano, perubahan genetik dan kawalan alam yang menakjubkan.
Saya percaya kiamat tidak akan datang secara tersebut kerana ayat Al-Alaq tadi. Memang sengaja Allah ingin manusia mengetahui segala ini sebelum kiamat. Mungkin saat itu apabila sudah tiada ilmu lagi (mustahil). Juga kan hanya Allah sahaja yang mengetahui jam sebenarnya berlaku Qiamat?
Kembali sedikit kepada politik tanahair. Saya tetap mengikuti perkembangan. Semalam dapat menonton live feed dari anwaribrahim.com. Tiada komen yang mendalam dari minda saya setakat ini.
(Juga salam berpuasa dalam bulan Ramadhan yang amat berkat ini kepada semua peminat 'red1' dimana anda jua berada! Cuti raya nanti ingat-ingatlah saya. Maklumlah saya tiada kampung Melayu, pendatanggg...)
2 comments:
Salam syeikh.
Blog ini tidak seagresif pada awal pembentukkannya. Banyak penulisan yang menarik apatah lagi penulisan yang terbentuk dari sudut yang berbeza atas citarasa dan ketajaman penulisnya.
Apa dah jadi syeikh .... ?
Wassalam.
Salam sahabat,
Shah Redza sini..ilmu itu akan menunjuk kita kepada kebesaran Allah swt..yang menyedihkan ialah yang mencari dan sibuk kan diri untuk ilmu adalah orang2 bukan Islam.. orang Islam sibuk dengan perkara2 kecil dan tak penting dan suka besar2kan perkara kecil..bila lah kita hendak bangun dari tidur? Wake Up Muslims..!
Salam
SRedza
Post a Comment