Satu hari saya ternampak kedai Cina jual mercun lalu membeli satu bungkus dengan harga 50 sen untuk dilepaskan di kediaman kami di Blok 8, Kem Wardieburn. Setibanya di rumah, budak-budak Melayu yang berdekatan mengetahui yang saya ada mercun lalu meminta sedikit dan sanggup membelinya secara sebatang-batang mercun itu.
Saya pun menjualnya dengan 5 sen sebatang. Ada yang membeli lebih dan saya memberi diskaun. Secara umum saya untung banyak kerana saya beli sebungkus yang mengandungi lebih dari 30 batang. Dengan lebih duit itu campur dengan duit simpanan saya membeli lagi bungkusan mercun di kedai Cina pada hari-hari berikutnya.
Makin ramai budak-budak Melayu datang ke rumah saya, menerusi iklan mulut ke mulut. Semakin hari semakin ramai yang datang membawa duit kocek untuk membeli mercun. Perniagaan kecil saya di celah pintu rumah bertambah baik tetapi saya ini bukan jenis suka perniagaan. Saya cuma suka main-main tetapi secara tidak sengaja sudah terberniaga.
Setahun kemudian emak saya mula berniaga secara serius disebabkan kekurangan gaji ayah saya selaku sarjan dalam Unit Semboyan Tentera. Emak saya berniaga air di tepi jalan luar Kem Wardieburn, menjual kotak serbuk cuci kain dari rumah ke rumah di sekeliling Kem. Satu hari ada orang mengseyorkan emak saya jual rokok di Kelak Kuda, Jalan Ampang kerana tiada orang yang menjualnya di luar kelab.
Dari situlah emak saya paling mengaut banyak untung sekali sehingga dapat menampung saya dan adik beradik saya belajar dengan lebih selesa dan terbiaya sehingga akhirnya saya meninggalkan tingkatan enam rendah dan berhijrah meninggalkannya ke Melaka lalu memeluk Islam.
Tahun ini, saya tidak nampak beraya di mana-mana kampung kerana amat tidak suka kesesakan lalu-lintas. Saya juga tidak berapa suka lagu raya. Tidak mencerminkan semangat jiwa saya yang berbangsa Cina. Takbir secara suara rendah dan siuman adalah lebih baik dari berlagu dan menerusi pembesar suara.
Allahu Akbar, walillahil-hamd!
Salam Aidil Fitri Mubarak!
No comments:
Post a Comment