18 August, 2008

Bersalaman Dengan Sultan Brunei

Pertama kali saya melawat Brunei sempena membentangkan topik mengenai Halal Software, saya telah bersolat di sebuah masjid pada jumaat yang lepas. Secara kebetulan DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Hassanal Bolkiah turut berangkat bersolat di masjid yang sama. Maka dapatlah saya bersalaman dengan Paduka Seri Sultan dan terus saya mengambil kesempatan merakamkan pandangan semasa Paduka Seri Sultan bersalaman dengan setiap orang yang berbaris secara teratur dan lengkap sehingga Paduka Seri Sultan akan menghulurkan tangan kepada sesiapa yang berdiri dibelakang sepanjang barisan tersebut.

Tetapi saya telah menghentikan kamera telefon pada saat bersalaman kerana tidak ingin menunjukkan kepada Paduka Seri Sultan yang saya sibuk merakamkannya. Saya tekan sambung semula selepas itu.


Persembahan saya di Brunei telah mendapat sambutan sehingga ditemuduga oleh TV Brunei dan akhbar di sini Brunei News

Pihak penganjur kerajaan Negara Brunei Darussalam setiap tahun memberikan tumpuan begitu besar secara serius dan khusus kepada program Halal bertaraf antarabangsa dengan menjemput pelbagai pakar luar untuk memberikan buah fikiran yang terbaik untuk dilaksanakan demi kebaikan Umat sejagat.

Hari ini dan esok saya masih berada di Brunei untuk terus berjumpa dengan pelbagai pihak yang amat berminat dengan program Halal Software yang berdasarkan Open Source ERP.

Berita ini cepat dikesan oleh ahli komuniti ADempiere di sini SourceForge

Pembentangan saya dilakukan menggunakan MacBookPro dan bentuk pdfnya di sini.

4 comments:

Kamal said...

Alhamdulillah..congratulations Bro!

Sutera Timur said...

Lama menghilg sibuk ke?Saya tertanya-tanya kemana saudara krn lama tak menulis,dan ampaknya blog pun dah berubah nama.

LensaPR said...

kau pun macam melayu juga, kagum dengan raja. he he

Kamal said...

Please update here on outcome of your presentation in Brunei...Halal Open Source....May Allah swt Gives Blessings..