Tetapi saya telah menghentikan kamera telefon pada saat bersalaman kerana tidak ingin menunjukkan kepada Paduka Seri Sultan yang saya sibuk merakamkannya. Saya tekan sambung semula selepas itu.
Persembahan saya di Brunei telah mendapat sambutan sehingga ditemuduga oleh TV Brunei dan akhbar di sini Brunei News
Pihak penganjur kerajaan Negara Brunei Darussalam setiap tahun memberikan tumpuan begitu besar secara serius dan khusus kepada program Halal bertaraf antarabangsa dengan menjemput pelbagai pakar luar untuk memberikan buah fikiran yang terbaik untuk dilaksanakan demi kebaikan Umat sejagat.
Hari ini dan esok saya masih berada di Brunei untuk terus berjumpa dengan pelbagai pihak yang amat berminat dengan program Halal Software yang berdasarkan Open Source ERP.
Berita ini cepat dikesan oleh ahli komuniti ADempiere di sini SourceForge.
Pembentangan saya dilakukan menggunakan MacBookPro dan bentuk pdfnya di sini.
4 comments:
Alhamdulillah..congratulations Bro!
Lama menghilg sibuk ke?Saya tertanya-tanya kemana saudara krn lama tak menulis,dan ampaknya blog pun dah berubah nama.
kau pun macam melayu juga, kagum dengan raja. he he
Please update here on outcome of your presentation in Brunei...Halal Open Source....May Allah swt Gives Blessings..
Post a Comment