02 July, 2008

Satu Hari Dalam Kisah Sodomi

Menurut watak fiksen Sherlock Holmes, "When you have eliminated the impossible, whatever remains, however improbable, must be the truth." - Sekiranya anda sudah menolak semua hujah yang mustahil, maka apa yang tertinggal walau macamana tidak mungkin, adalah yang benar.

Jadi apa yang mustahil? Hmm... menarik. Daripada muka-muka pemimpin BN mereka nampaknya tidak tahu menahu. Maka ada dua kemungkinan. Satu ialah ada pihak lain berkomplot untuk mereka tanpa memberi tahu kepada mereka. Kedua ialah memang bukan dari pihak mereka!

Mengapa Washington begitu cepat memberi amaran kepada kerajaan? Pertama mungkin Anwar yang hubungi mereka serta merta semasa kes itu disedari tercetus. Kedua, mungkin Washington yang sudah tahu dan merancang sebelum itu!

Tetapi ada beberapa dari kenyataan Anwar yang cukup mendedahkan beberapa perkara. Pertama, mengenai cara dia memasuki kedutaan Turki. Beliau kata dirinya dijemput. Duta Turki kata tidak. Anwar balas yang mesti ada kuasa lebih tinggi dari duta yang membenarkan, kerana jika tidak, tak kanlah Anwar boleh masuk saja ke kediaman duta tersebut.

Mengapa Anwar ingin sangat menyatakan yang ia dijemput dan bukan dia yang meminta tanpa jemputan? Nampak sangat Anwar lebih mementingkan imej diri daripada imej duta. Katakanlah duta itu betul-betul jemput beliau, dan duta itu pula mengubah pendirian lalu tidak mengaku. Mengapa Anwar tidak mempertahankan kawannya yang sudah melindunginya dan telah mengambil risiko menyebabkan krisis diplomatik diantara kedua-dua negara? Mengapa menjatuhkan air muka duta tersebut? Bukan sahaja itu. Anwar kata 'ada kuasa lebih tinggi'. Jika adapun mengapa didedahkan? Ini membantu musuhnya mengenal strategi dan kekuatan dibelakangnya. Tetapi mungkin juga tidak ada kuasa tersebut. Mungkin sekali lagi Anwar cuba mempertahankan imej peribadi.

Mengapa Anwar mendedahkan dua lagi langkah yang dirancanginya? Pertama ialah rancangannya untuk membawa 4 ahli BN lompat pagar. Kedua ialah yang dia akan mengumumkan pilihanraya kecil untuk dirinya. Mengapa didedahkan begitu cepat? Kerana untuk membuktikan yang ini adalah perancangan BN sebagai langkah BN sabotaj segala itu? Katakanlah Anwar tidak dedahkan. Apakah tidak yakin rakyat bahawa tuduhan sodomi itu adalah palsu? Selalunya seseorang yang tidak salah hanya sekadar membuktikan alibi atau saksi yang menafikan bagi pihaknya sahaja. Cukuplah sekiranya anak atau isterinya atau beberapa orang awam mengesahkan dimana Anwar berada pada hari tersebut. Itu sudah cukup menuding jari kepada teori konspirasi musuhnya terhadap dia.

Firasat saya tuduhan sodomi itu semestinya palsu. Jika tidak maka pembacaan saya terhadap manusia itu memang out habis. Tetapi mengapa Anwar melatah kuat sangat sehingga terdedah rahsia lain? Saya percaya musuh sebenarnya hanya ingin tahu rahsia politiknya seperti berapa bilangan katak nanti yang merupakan lebih penting kepada survival BN dan bukan kes sodomi. Maka kes tersebut hanya merupakan cloth of the matador atau kain merah menipu lembu. Mereka tahu kelemahan Anwar yang mudah melatah lalu memainkannya dengan kes yang menghantuinya sebelum ini.

Maka dengan itu, kes sodomi ini tidak akan melekat dan Anwar tidak akan diapa-apakan. Musuh cuma mahu Anwar sendiri bocor rahsia. Rupa-rupanya Anwar hanya ada 4 anggota dewan, bukan 30 anggota yang diperlukan.

Rupa-rupanya juga Anwar banyak merujuk kepada kuasa lebih tinggi di luar. Sekiranya Cina komunis yang kena tangkap, percayalah sampai seksa mati pun dia tidak akan bagi tahu rahsianya atau rancangan Chin Peng ingin meletup ini ke atau sabotaj itu. Ini tidak. Tak ya tangkap ahli PKR untuk diseksa sehingga bocor rahsia. Cuma cuit ketua defactonya habis semua keluar. Semua tanpa diminta.

Mengapa Anwar tidak bertenang dan menghadapi sebarang kemungkinan? Katakanlah kemungkinan berikut:

1) Anwar ditangkap. Barulah dunia luar tahu dan Pak Lah tergolong dalam kategori Mugabe dan akan menghadapi tekanan dasyat dari pandangan dunia. Bukankah ini amat baik bagi karier Anwar?

2) Anwar diapa-apakan. Sekali lagi bukan sahaja dunia akan mengutuk kerajaan kita, tetapi besar kemungkinan rusuhan terbuka akan berlaku dan kerajaan lagi cepat jatuh.

Dengan itu, mengunakan cara Sherlok Holmes, kedua-dua kemungkinan itu payah berlaku. Ia sebenar tidak berlaku pada tahun 1998. Harus ingat, Dr. Mahathir hanya pecat Anwar kerana komplot Anwar ingin menjatuhkan PM secara terang-benderang dan Mahathir tidak melakukan apa-apa secara langsung seterusnya. Adalah orang lain yang mengapa-apakan Anwar. Orang itu pun sudah kena dakwa dan tersabit. Hukuman penjara ke atas Anwar pula adalah dikeluarkan oleh seorang hakim. Kini hakim itu pun sudah tidak beraksi atau mahu beraksi dalam gelanggan yang sama.

Bukan sahaja isteri Anwar mengingatkan 1998 jangan berulang. Orang-orang sekitar 1998 pun tidak ingin ia berulang atau sudah tiada lagi untuk berbuat demikian. Kena cari orang baru.

Saiful adalah orang baru. Tetapi cerita sodomi adalah cerita lama. Ada sesuatu yang tidak kena. Samalah semasa kes Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan isteri orang. Beliau enggaan menjawab soalan saya. Beliau ingin saya puas hati dengan hanya jawapan yang mereka itu berkomplot kerana serbu biliknya terlalu pantas - tak sampai beberapa minit. Soalnya apakah anda boleh seminit pun berdua-duaan dengan seorang bini orang lain? Jangan kata seminit, sesaat saya berdua-duan dengan sesiapa pun akan tertimbul tanda-tanya dalam diri saya sendiri yang saya ini cari pasal. Mana pergi pengiring? Mana pergi muhrim? Mana pergi akhlak agama?

Dalam kes Mat Sabu, dia salah dari segi objektif kerana mudah definasi khalwat dan telah ditangkap sedemikian. Macam melanggar lampu merah. Apabila polis nampak awak lintas lampu merah walaupun 3 pagi, anda dikira salah secara objektif. Dalam kes sodomi ia tidaklah objektif. Kerana tiada serbuan dan tiada tangkapan semasa kejadian, bukan macam dalam semua kes khalwat.

Dengan itu, perancang kes sodomi ini tidak berniat kes ini terbukti. Mereka hanya mahu Anwar melatah dan mendedahkan kelemahannya. Mereka mesti sudah ada bukti bahawa Anwar tiada cukup calun untuk lompat dan juga bergantung rapat dengan kuasa luar. Tetapi dengan BN mentomahkan dua fakta itu tidaklah berkesan. Lebih baik Anwar sendiri yang mengungkapnya. Itu namanya psikologi songsang.

Bagaimana pula sekiranya Anwar sendiri yang merancangkan? Jika begitu, maka tiada nampak apa-apa faedah kepada dirinya melainkan ingin campur tangan asing. Nampaknya itu tidak berlaku kerana kerajaan tidak melatah.

Begitu juga serangan dakwaan Raja Petra terhadap TPM dan isterinya. Tuduhannya itu kepada saya tidak lojik dan mesti bertujuan lain iaitu cuba mendesak satu tindakbalas emosi besar-besaran. Adalah amat payah membuktikan Rosmah ada ditempat kejadian pada saat kejadian melainkan ada gambar dan ada saksi yang sanggup mengaku. Lapuran bertulis tidak mengcukupi dan boleh dicabar.

Akhirnya tuduhan Anwar terhadap AG dan IGP juga sudah disiarkan dan amat menghampakan adalah ia bukanlah bertaraf tinggi seperti membongkarkan yang mereka cuba mengubah ujian DNA atau mereka cuba menyuntiknya dengan dadah misteri atau mereka cuba memaksa saksi kes.

Mereka dua ini membuat tuduhan seolah ia amat muktamad padahal kepada saya lebih muktamad ialah mendedahkan kes-kes sepertimana yang CheDet tengah mendedahkan. Dan CheDet tidak pun lari ke kedutaan Zimbabwe atau meminta jaminan dari Pak Lah jangan diapa-apakan dirinya yang sudah uzur.

Balik kepada kes Altantuya, dengan menggunakan lojik Sherlock Holmes, bapa Altantuya ada sebut tujuan anaknya datang Malaysia. Samada TPM ada bersama ARB ke tidak bukanlah isu kerana memang Najib rapat dengan Razak Baginda itu. Itu boleh diterima dan tentu pembangkang ingin dikait-kaitkan sangat.

Jika TPM ingin bunuh Altantuya takkanlah guna bodyguard sendiri dan masih hampir dengan rumah sendiri. Dan takkanlah polis berani membuka fail. Jadi apabila yang mustahil sudah diketepikan maka yang tinggal adalah satu. Kawan lama sekolah rendah saya itu sudah terlanjur dan tidak tahu mana nak dapat penyelesaian dan terus mencapailah pembantu polis yang juga rapat dengannya tanpa memikirkan imej TPM yang akan amat terdedah dengan perbuatannya.

Ini semua nampak lojiklah sekiranya cuba memakai topi inspektor Holmes dari England dalam kisah masyurnya. Tetapi di sini buat masa ini, kes-kes ini tidak boleh dispekulasi sedemikian rupa kerana tertakluk kepada larangan subjudice iaitu membelakangkan proses mahkamah yang sedang berjalan. Dengan itu anggaplah apa yang tertera di sini sebagai andaian dari sebuah novel dan tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup maupun tidak.

5 comments:

Letting the time pass me by said...

Bro Red1.. memang canteek ulasan yang tuan berikan...

Terus terang saya katakan kes-kes begini sememangnya banyak mengundang bala dan bencana...

Sampai sekarang saya pun tak tahu keputusan kes 1998... Tak tahu siapa yang betul atau siapa yang salah.. Kita sentiasa berada dalam suasana tandatanya.. Hakim pun kata mereka percaya bahawa tedapat bukti yang cenderung untuk mengatakan kesalahan DSAI, tetapi tidak cukup untuk menolak sebarang keraguan 9beyond reasonable doubt)...

Tidak ke pening kepala kita dibuatnya??? Salah ke tak salah??? Kalau tak salah katalah tak salah.... Ini saya tak tahu apa cakapnya... macam bahasa politik dan bukan bahasa penghakiman...

Sekarang nie, sekali lagi timbul isu nie.. Tak bolehkah Anwar buat akuan bersumpah menurut hukum syariah untuk membebaskan dia dari tuduhan ini? Kalau tak silap saya, kalau pompuan berzina boleh bersumpah jika dituduh zina, untuk menolak tuduhan tersebut... Tidakkah DSAI tak boleh buat demikian? Apa kata orang-orang PAS???

Apakah DSAI redha orang-orang mengambil kira kenyataan mahkamah rayuan yang menyatakan bahawa mahkamah percaya bahawa kes itu kemungkinan besar berlaku tetapi kekurangan bukti untuk menolak sebarang keraguan??? Apa maknanya?? Tidakkah DSAI ingin melenyapkan terus sebarang keraguan Rakyat Malaysia terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya??

Kini dengan satu lagi pertuduhan, sememangnya sesuatu yang amat mendukacitakan... Namapaknya politik Malaysia akan terus bergolak dan seterusnya menyebabkan rakyat jelata menjadi mangsa....

Sutera Timur said...

Saya rasa kita harus utamakan keprihatinan dan kesengsaraan rakyat drp memikirkan mereka -mereka ini yg kaya raya dan tak terjejas dgn keadaan ekonomi sekarg.BOoleh duduk kondo yg harga berjuta-juta.HOI... kerajaan dan pembgkg Malaysia pikirkanlah kesusahan rakyat sekarg ,bukan kepentingan puak-puak dan juak-juak kalian. Keperitan Rakyat hendaklah didahulukan, jgn nak peningkn rakyat mengenai isu-isu peribadi yg bodoh dan tidak memberi satupun kebaikan dan menafaat terhadap rakyat.Wahai rakyat malaysia banyaklagi hal yg perlu kita fikir demi survival sebuah kehidupan .Janganlah kita hanyut dgn permainan politik pemimpin kita yg seolh olah tidak prihatin dan matg dlm permainan politik hari ini.Inikah yg hendak ditonjolkan pd jenerasi kita sekarg dan akan datang.... Sila layari laman web:http//sutera-timur.blogspot.com

Mohd Radzian said...

In term of "mathematical theory of evidence" via Dempster-Shafer Theory, things can be categories into a few terms , 1) Belief, 2) Plausible, 3) Doubt and 4) Iggnorance.

Bila hakim kata mereka percaya Anwar buat tetapi secara teknikal ada kesilapan, diterjermahkan ke dalam mathematical theory of evidence sebagai, it is plausible that it happen but not to a degree of belief.

Maksudnya, ada kemungkinan Anwar buat atau pun ada kemungkinan Anwar tidak buat , dan tidak cukup bukti untuk kepercayaan mutlak mensabitkan Anwar buat.

Bila timbul second source of evidence, dalam erti kata lain, kes Saifuol ni...maka akan timbul satu lagi set berlainan dari kategori 1) Belief, 2) Plausible dan 3) Ignorance.

Secara probabilistic, ini akan merubah tanggapan keseluruhan mengenai Anwar, sejak dari 1998, sama ada tanggapan menjuju kepada imej yang lebih positif atau imej yang lebih negatif. Dan subset kepada tanggapan ini adalah kepercayaan (belief) dan tanggapan (plausibility) umum mengenai karektor sebenar saifoul . Kita hanya observe, sebab banyak perkara di dalam dunia ini berada di luar capaian kita melainkan kita mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk membaca pemikiran saifoul.

SiR KinG TiGeR said...

red1

Maaf lah aku terlalu sibuk dengan kerja aku mencari sesuap nasi, sampai tak dapat nak hubungi ko.
Teori ko kali ni nampak bernas sikit. Aku percaya "The truth will prevails soon" In God we trust !

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, selangor

yindanyan said...

anwar akan dikorbankan amerika untuk amerika?
postings in kuda kepang - july 2008

yin & yan said...AGEN AMERIKA (ANWAR) MUNGKIN AKAN DIKORBANKAN OLEH AGEN AMERIKA YANG LAIN UNTUK FAEDAH YANG LEBIH BESAR UNTUK AMERIKA.

Datuk,

Apabila Anwar berkata dia mungkin menjadi sasaran pembunuhan, kita percaya hanya agen amerika lain yang sanggup mengorbankannya untuk faedah amerika yang lebih besar. Jika Anwar terkorban maka mudahlah amerika campur tangan dalam urusan malaysia.
Perhimpunan besar penuh amarah adalah sebenarnya merbahaya untuk Anwar. Tak tahu samaada Anwar tahu apabila amerika di belakangnya mereka boleh gunakannya secara dia hidup atau secara mati.


ajai62 said...

Datuk,

Saya sokong komen yan&yin... berkemugkinan besar... US yg nk tamatkan Anwar ni... tunggu punya tunggu tak jadi PM pun.... sampai US nk bankrup dah..... so utk nk mudahkan US masuk campur urusan negara.... "habiskan" anwar... tuduh kerajaan Malaysia... dapatlah dia masuk sebagai Polis Dunia.... tapi sayang anwar ni dah buta..... nawaitu dia satu jer... nk jadi PM.... apa jadipun itu cita2 dia sebelum mati kot.... tapi dia ingat dia lebih cerdik dari US... instead of dia menggunakan US sebenarnya US yg menggunakan dia... eh... rakyat Malaysia yg akan menanggung akibat nanti.... drama ini bila akan berakhir... moga Allah lindungi kita dan malaysia dari setan durjana ni....