08 July, 2008

Apabila botol dibaling ke arah PAS

Satu hari dalam perhimpunan PROTES pada Ahad yang lepas, saya telah membawa keluarga saya yang seorang isteri, 2 anak perempuan serta 2 anak lelaki memasuki Stadium di Kelana Jaya pada pukul 5 petang tidak tersangka akan menyaksikan satu kejutan. Dapat juga saya mengalami bersama-sama peristiwa anih dimana seorang penyanyi rockers Alak kena pukul selepas menyanyi sebuah lagu bernama 'Jilat' yang mengaksikan punggungnya.

Sampai sahaja kita ke perkarangan stadium isteri saya terus tertarik dengan gerai-gerai jualan lalu pergi 'shopping' pulak dia. Saya teramat sangat hendak datang pada hari itu untuk mengukur suhu dan suasana 'Protes Sejuta Rakyat'. Ingin sangat mahu tahu apakah berjaya ke tidak hasrat mengumpul seramai bilangan tersebut. Terlintas pula ingin berarak sekiranya boleh mengembalikan nostalgia semasa saya dulu pernah turun ke jalanan dan ditahan polis.

Saya memasuki stadium dengan perasaan agak hampa kerana cukup besar kekosongan padang maupun tempat duduk disekeliling. Masa itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tengah berucap. Saya berpusing badan balik keluar untuk mencari rombongan isteri supaya kita memasuki ke dalam dan duduk di atas padang yang luas dengan matahari mula terlindung semestinya cukup redup dan nyaman kepetangan yang agak berpesta. Harap-harap juga dapat bersua dengan kawan-kawan lama nanti.

Kami memilih tempat dalam kawasan penalti pintu gol sebelah kiri pintu masuk besar stadium. Selepas satu penceramah habis cuba membakar semangat hadirin yang saya jangka hanya 3 ribu orang, kumpulan rockers Bahagian Injin Kereta entah apa nama pasal tak dengar dengan mudah namanya. Kelihatan jauh di pentas tempat duduk pintu masuk utama seorang penyanyi perambut lebat panjang melompat dan menjerit lirik yang langsung tak dapat ditangkap.

Selepas beberapa buah lagunya yang saya anggap memang tidak akan diterima oleh hadirin yang kebanyakannya fahaman PAS, saya cuba buat releks dengan membaring atas padang serta menenung ke langit yang putih kebiruan menikmati suasana, dengan keluarga saya asyik bersosek sesama merka tidak kira dimana mereka berada.

Tiba-tiba kedengaran jeritan dari belakang stadium dan di depan pentas. Saya terbangun tertanya kat isteri apa yang sudah terjadi. Isteri dan anak perempuan sulong menjawab ternampak penyanyi menarik seluar panjangnya kebawah dan ternampak punggungnya yang berseluar dalam biru. Yang saya terperasan ialah jeritan 'Jilat'.

Keadaan bertambah kecoh apabila ternampak botol plastik dibaling kuat oleh penonton sehingga sampai ke atas pentas kugiran rockers dan ada botol-botol yang sampai lebih atas iaitu ke kawasan penceramah yang diduduki oleh penganjur dan pimpinan PAS.

Saya masih agak jauh dan tak dapat melihat siapa adalah siapa, cuma masih ada botol melayan ke atas mengena orang-orang yang berada disekeliling pentas. Ramai petugas di atas sana menjerit kembali meminta bertenang. Tetapi jeritan memaki dari bawah tetap melawan. Penyanyi sudah ternampak dikasari, ditarik dan terjatuh hilang dari pandangan.

Hishamudin Rais terus berucap memohon maaf serta cuba memberi alasan apa sebenarnya terjadi. Namun beberapa orang yang berdiri betul-betul di bawah dan depan pentas di atas trek stadium memaki balik seolah mahu memukul Rais yang jauh di atas pentas. Akhirnya Dr. Lo Lo mencapai mikrofon dan berucap menenangkan keadaan.

Peristiwa ini agak mengejutkan kerana perangai mereka yang memprotes dalam Protes ini tidak nampak orang yang sesuai untuk bersama Protes. Tetapi suara jeritan bantahan saya terdengar sekeliling stadium seolah hampir semua yang protes tingkah laku rockers itu. Sepatutnya mereka memberi peluang kepada penganjur membetulkan keadaan setelah disedari semua apa yang telah berlaku. Tetapi ada beberapa jaguh yang ingin menunjuk kehebatan mereka protes serta berlari menghampiri pentas dan cuba mahu menambah tumbukan ke atas tubuh badan rockers.

Itulah suasana yang boleh mengajar kita sesuatu. Untuk membaling sebuah botol ke arah sesiapa cukup senang dan pantas. Provokasi sedikit sahaja tangan dengan mudah tanpa usul periksa boleh memalingkannya. Dulu kita orang yang baling, sekarang kita yang kena baling.

Apabila kita sudah menjadi kerajaan dan menjadi penganjur, barulah kita tahu bagaimana begitu payahnya dan tidak mungkinnya bertindak serta-merta. Perlu masa dan sumber. Banyak tenaga diperlu untuk merancang, melaksanakan dan menjayakan keadaan. Sebagai pemerintah kita perlu bertenang, mengawal keselamatan dan mengerakkan program yang berangkaian begitu banyak belanja, tenaga dan masa. Tetapi bagi pemaling botol ia tidak perlu masa. Tidak perlu berfikir. Tidak perlu bertanggungjawab. Terus capai botol dan baling tidak kira kepala siapa yang terkena.

Ada seorang sahabat saya yang baru saya dapat kenal beberapa minggu yang lepas turut berada di sana dan beliau mempunyai kisah yang lebih rapat dengan suasana kejadian. Bolehlah membacanya di sini http://aminiskandar.wordpress.com/2008/07/08/protes-6708-pengalaman-penulis/

6 comments:

mr KA said...

Memang payah,nak kata mcm mana ya tentang isu ini, isu yang membuatkan nama Pakatan Rakyat buruk. Saya antara petugas Skuad AMK berbaju biru, saya betul berdiri-diri disebelah joe kidd (gitaris), dan saya yang menyambut Alak setelah jatuh dari pentas, pasal kelakuan alak, Protes dicemari, siapa tidak marah kalau ada org berperangai begitu, saya cuba tenangkan diri,selamatkan mangsa dahulu, tak mahu kes yang lebih berat. Harapan saya agar selepas ini berhati-hati dalam pemilihan kugiran.Kalau boleh buatlah di jalanan kalau nak protes.

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

norazimah mohamad nor said...

Salam,

Biarlah pengalaman ini di jadikan sebagai satu pengajaran,semoga ia takkan berulang lagi.Nora cuma terasa sedikit kesal dan kecewa kerana tiada lagi jeritan reformasi bergema di jalanan.

Tahniah di atas artikel Saudara.

Salam Perjuangan,
Norazimah Binti Mohamad Nor
(Nora)

Cik Lee said...

Yo saudara Red1. Sebenarnya, konsert itu memang sudah dicadangkan untuk di gugurkan daripada agenda. Entah macam mana boleh muncul kembali. Saya antara yang hadir pada waktu pagi, mujurlah saya tidak muncul pada petangnya sekali.

Tidak usah menunding jari ke arah penyokong PAS sahaja. Sesiapa sahaja yang berfikiran rasional akan terfikir sekali. Takkan kerana nak menunjukkan kemarahan kita, boleh tunjuk punkoq macam tu sahaja. Siapa yang nak sensor anak-anak kita? Andai kita setuju, jangan salahkan anak-anak kita yang fitrahnya bersih apabila marah tunjuk punkoq sekali.

Dalam hal ini, semua pihak kena muhasabah. Penganjur kena, penyokong kena, pemimpin kena. Semua kena. Yang tak kena Pak Lah ngan Najib jer. Pasalnya depa tengah 'guling-bating' kesukaan. Ya lah, siapa peduli minyak mahal. Yang penting depa kenyangg.. erk.. Alhamdulillah.

Letting the time pass me by said...

Bro Red1,

Tunjuk pungkok atau buat benda pelik-pelik nie dah jadi masalah budaya... Apakah budaya yang nak kita sematkan kat hati anak-anak muda kita...

Kita pun tahu konsert underground tu kekadang memang banyak unsur-unsur yang sukar difahami...

ALI MAIDIN said...

Pepatah Melayu ( u cina mana tahu, he he)mengatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

hafiz said...

menari..menarik tulisan sedara ni... saya pun ade cerita best pasal PROTES 678... jom ke situs saya di http://www.universalkita.com