Saya tidak faham mengapa kita perlu berbaik sangat dengan Australia pada ketika ini. Padahal PM kita yang lalu telah pernah berperang mulut dengannya. Australia bukanlah rakan komersil atau kuasa yang boleh disanjungi atau disegani jika berbanding dengan China, Iran, India, Russia ataupun Indonesia.
Dan mengapa keluarga Anwar Ibrahim amat sangat mahu PM Australia mengunjungi beliau? Nurul Izzah menyifatkan keputusan Kevin Rudd enggan berjumpa dengan Anwar sebagai satu 'snub'. Cukup senada politik kita dengan lagu kumpulan Caburetor tempoh hari.
Kepada saya fokus dan matlamat perjuangan 'nationhood' kita amat menyimpang dan terpesong dari 'aqidah kenegaraan' sebenarnya. Australia tidak mempunyai rekod etnik yang baik, kerana mereka menindas kaum asli di sana sejak menjejak kaki lagi di sana.
Dr. Mahathir dahulu telah membidas sifat sombong dan angkuh mereka kerana rapat dengan USA dan bermain peranan sebagai polis kuasa besar bagi rantau Asia. Apakah mereka ini sudah buang tabiat dan ingin berbaik-baik pula?
Saya rasa Australia lebih memerlukan kita daripada kita memerluknnya. Saya tidak pernah ke Australia. Waktu sekolah menengah saya pernah idam-idam ingin pergi belajar secara percuma waktu itu tetapi gagal kerana duit tambang kapal pun tiada mencukupi.
Kini saya lebih sedar tentang hegemoni politik dunia dan amat merasakan bahawa kita seharusnya memandang ke dalam terlebih dahulu dan menyedari kekuatan pada diri kita sebelum kita pandai-pandai keluar menjualkan tubuh badan kita.
Saya menyaksikan lapuran berita suntuk sehari semalam mengenai apa yang kita bakal memberikan kepada Australia, dan apa yang Australia bakal melakukan bagi kita. Apakah professor dan universiti mereka itu berharga sangat sehingga kita memandang lebih tinggi ke mereka?
Mengapa kita tidak teroka habis-habisan potensi dengan negara jiran yang serumpun dan senada seperti Thailand, Filipina dan terutamanya Indonesia yang kelima kayanya dalam dunia dari segi sumber bumi?
Apalah yang ada pada Australia? Penduduknya pun sama ramai dengan kita. Tak seperti Indonesia yang mencecah 220 juta orang. Kita memasarkan apa kepada mereka? Apakah kita perlu menjadi deputy kepada deputy Sherif USA ini? Apakah kita ingin mengenakan Singapura kerana terasa dengki yang pulau kecil itu sapu beberapa batu dari lautan kita? Apakah kita mahu tunjuk punggung ke sesiapa lagi selepas ini?
No comments:
Post a Comment