16 July, 2008

Kebaikan Berdebat Dengan Anwar

Ahmad Shabery Cheek kini lebih matang dan masyur selepas berdebat dengan Anwar. Tak usah kira yang dia menghampakan saya dari segi beliau berdebat. Jelas kalah kepada Anwar yang lebih tenang dan bersedia sebagai tokoh debat. Tetapi selepas ini ahli Kabinet junior ini akan dapat markah yang amat tinggi dari Kerajaan kerana merupakan tokoh pertama yang sanggup berdepan dengan Anwar secara langsung di khalayak jutaan penonton.

Md Shabery jelas menggunakan skrip yang disusun dari awal lagi. Dan jelas Anwar bersedia menghadapi skrip tersebut dari awal lagi. Iaitu jangan sentuh taktik pakai wang Petronas, tetapi beri fakta konkrit kira-kiranya yang menggunakan sumber pembekalan letrik. Ini taktik amat bijak yang menjangkakan pertahanan yang akan digunakan oleh Md Shabery. Anwar menangguhkan pusingan pertamanya dengan menyelesaikan soal turun 30 sen dan meninggalkan 20 sen lagi supaya dapat memperhatikan taktik serangan Md Shabery sebelum meyambung.

Dengan meninggalkan 20 sen itu sebagai helah pintu tangga keluar sekiranya perlu memakainya, yakni jika Md Shabery menyerang dengan angka-angka sendiri dari kerajaan. Tetapi jelas kawan saya yang berjawatan Menteri Penerangan ini tidak membaca taktik tersebut dan terus membaca skrip yang disediakan itu. Anwar nampak kesilapan itu dan menggunakannya untuk tumbukan simpanan kelak.

Tetapi Md Shabery melakukan kesilapan pada hujah awalnya yang cukup taktikal membunuh diri. Beliau melakukan hujah terbaik iaitu tentang corak perjuangan Anwar yang suka menentang dengan menyebut bagaimana Anwar menentang Tun Abdul Razak yang mengasaskan Petronas pada zaman 1974.

Saya kira itu peluru terbaik tetapi dengan mengeluarkannya pada awal debat dan bukan sebagai pemukul terkakhir yang tidak terbalas nanti, adalah memberi peluru kosong kembali kepada Anwar yang jauh lebih handal dalam soal perdebatan.

Anwar bukan sahaja tepis tetapi mengambil taktik pindah dari medan perangkap lawan dengan menyatakan bahawa beliau tidak akan melakukan taktik kotor menghentam peribadi dan akan fokus kepada isu turun harga minyak. Sekali gus Anwar menyelesaikan peluru hidup itu jadi mati, malah dapat peluru balas percuma dengan liciknya menyebut, "Saya tidak akan menyentuh yang anda dulu Semangat 46". Yalah, tak nak sentuh tetapi tersentuh juga. Itulah katanya taktik peluru balas free dan mematikan peluru lawan.

Md Shabery cuba sedaya upaya untuk mengaitkan peribadi Anwar sebagai tidak berwibawa, dan ada antara hujahnya amat baik dan tepat. Tetapi dengan teknik berdebat dimana kita tidak dapat menawan hujah secara karisma dan menarik hati penonton, maka Md Shabery sebenarnya lebih bersyarah daripada berdebat.

Anwar dapat dengan tenang mengfokus kepada isu dan menepis serangan lawan secara terkawal dan mengikut peluang alunan hujah. Md Shabery jelas tidak berdaya sedemikian sehingga tersekat suaranya sekurang-kurangnya pada tiga tempat yang saya dapat kira. Saya pun geling kepala mengakui Md Shabery ini sudah kalah.

Saya percaya Md Shabery tidak akan mahu mengulangi malam tadi atau berdepan sekali lagi dengan Anwar. Dulu saya pernah bagi tahu kat kawan-kawan yang sesiapa pun jangan beri mikrofon kepada Anwar. Tidak akan normal kembali iklim politik negara. Anwar boleh baca bahawa kebanyakan yang menentangnya adalah dari soal peribadi dan fitnah terhadapnya. Beliau mencari jalan mencerminkan karisma yang tertumpu kepada soal hati perut rakyat yang  cukup sengsara waktu ini.

Hari ini, Anwar bersedia untuk ke balai polis. Beliau kini akan mendapat tumpuan terbesar dalam dan luar negara. Kekecohan beliau dari minggu lepas disebabkan kes tuduhan sodomi kian terkawal dengan kejayaan debat malam tadi. Tindakan kerajaan BN beberapa hari ini pula yang kecoh. Melakukan sekatan jalanraya oleh polis dan menghalang orang ramai termasuk Anwar dari mendekati Parlimen sejauh 5 km menampakkan kebimbangan terserius kerajaan BN.

Keadaan nampaknya 50 50. Apa-apa pun boleh berlaku. Selepas ini Anwar akan istihar bertanding salah satu kerusi parlimen. Beliau perlu pilih kerusi yang tidak berapa selamat untuk menaikkan suhu politik dan peluang mendapatkan keuntungan terbesar. Dengan mengubah undi majoriti kepada yang lebih majoriti akan betul-betul meletakkan pentadbiran Pak Lah pada tahap yang paling lemah.

Pakatan Rakyat juga perlu lebih praktikal dalam taktiknya untuk mengambil alih kerajaan. Cuba melakukan undi tidak percaya tidak berapa kena di Malaysia. Kotak undi adalah pilihan yang lebih realistik buat masa ini. Tetapi Anwar perlu mematikan hantu yang mengikutinya selama ini. Kes sodomi mesti diselesaikan olehnya dengan keputusan muktamad buat selama-lamanya. Beliau mesti sanggup menjunjung Al-Quran di depan beberapa mufti. Mata markahnya bertambah malam ini. Harus ditambah tanpa henti selepas ini.

Sekurang-kurangnya debat ini bukan sahaja menguntungkan kedua-dua pihak. Ia juga mengorak langkah dan budaya terbaru politik tanahair. Nampaknya politik jalanan boleh ditepikan selepas ini. Polis pun kurang perlu risau. Tak perlu cota dan air pedih lawan sorakan. Biar hujah lawan hujah, undi lawan undi.

3 comments:

Letting the time pass me by said...

Sepatutnya Anwar dapat melaukkan Shabery, tetapi saya nampak, Anwar pun kadangkala goyah dengan serangan Shabery.. Anwar mempunyai segala macam advantage didalam debat ini...

Syabas kepada Shabery kerana berani berdebat dalam isu yang sangat-sangat disadvantage pada beliau.. Pada saya, Shabery tetap menang... It is a win-win situation for him...Dia seorang "novis" melawan seorang "expert"...

Dia berjaya berdepan dengan Anwar didalam isu debat yang sangat-sangat berat sebelah.. Mana ade orang yang sokong harga minyak naik... Jadi kemenangan sudah tentu pada pihak Anwar... tetapi Anwar sebaliknya gagal memberikan pukulan KO kepada Shabery dan BN..

Tapi harga minyak pun tetap kekal.. tak turun pun.. jadi apa guna kalau Anwar menang debat nie? Sekadar menang sorak aje ke?

Mohd Radzian said...

Taniah kepada Shabery kerana berani berdebat walau pun saya kecewa dengan kurang persediaan yang dibuat oleh Shabery untuk berdebat menyebabkan untuk beberapa ketika di dalam perdebatan tersebut, seolah-olah Anwar mewakili Kerajaan dan Shabery mewakili Pembangkang.

Saya nyatakan begini kerana berdasarkan beberapa sebab.

(1) Taktik menyerang personaliti yang terlalu berlebihan adalah taktik yang umum kenalpasti dijuarai oleh pembangkang. Amat hairan, mengapa Shabery mengambil peratusan masa yang tinggi untuk personality attack.

(2) Anwar menunjukkan pengetahuan mendalam mengenai Petronas dalam counter attack. Contohnya - Shabery kata minyak habis tahun 2015. Anwar pula kata - "tidak" dan ini didasarkan kepada pengalaman beliau telaga minyak baru akan dikorek dan budget terdahulu yang menyatakan minyak habis tahun 2005 tetapi kini telah dinaikkan kepada 2015 dan tidak mustahil akan dinaikkan pada tahun 2025.

Sebenarnya point yang perlu dinyatakan oleh Shabery adalah bukan minyak habis tetapi menjadi net importer.. ini memerlukan kajian mendalam dan teknik "mathematical" nak predict ni bukan susah sangat pun, boleh beri dengan percuma pun.

(3)Sebagai menteri yang mewakili kerajaan, menteri harus berpegang dengan fakta sahih dan fakta boleh digunakan sebagai penjelasan.

Fakta yang diambil seperti harga minyak RM 0.10 di Venezuela dan inflation 30% adalah fakta sahih. TETAPI fakta harga minyak murah tidak boleh digunakan sebagai penjelasan inflation tinggi. Penjelasan inflation tinggi di Venezuela adalah kerana (1) matawang venezuela pegged kepada US dollar(2) Pasaran matawang gelap berleluasa di Venzuela.
dan (3)Kurang industri tempatan menyebabkan export tinggi dan external debat 27% dari GDP Venezuela. Situasi currency pegged ini juga benar untuk Iran.

Infact saya dah nyatakan perkara ni beberapa kali dalam blog.

Manakala di negara-negara Arab pula, inflasi tinggi kerana standard tinggi. Contohnya, umum faham kualiti rumah yang dibina di Malaysia penuh dengan bahan alternatif.. tetapi di Arab.. rumah dibina dengan sempurna dan bahan terbaik. Tambahan,dengan harga minyak yang tinggi, orang Arab sekarang ni terlalu banyak duit untuk berbelanja.

For Shabery, it is ok to lose one battle. The main point is to win the war. And for one to be a legend, he has to win all battle and the war. Something like Hang Tuah and Tun Perak have achieved or if you like external personality - like Lee Sun Shin , the korean navy admiral.

ALI MAIDIN said...

Shaberi studen ekonomi kalah dengan studen pengajian melayu aja. Malu
wei. Lihat www.sokongpr.blogspot.com