30 September, 2009

Mengapa Kita Segan

Sudah cukup dengan malas, ada ramai antara kita yang amat segan. Bukan kepada Allah tetapi kepada diri sendiri. Tidak berani yang diri itu ada bakat atau nilai yang boleh dibina dan dicungkil sehingga ke peringkat antarabangsa.

Apabila saya berada di Jerman, saya berceramah di sebuah universiti di sana (tahun 2007) dan dapati orang Jerman pun takut atau segan untuk bertanya soalan. Ia adalah naluri biasa manusia bersifat sensitif dan bimbang akan kritikan. Walaupun orang Jerman atau Amerika dikatakan amat terbuka kepada kritikan tetapi cubalah kritik kawan kita orang Barat tu. Memang terasa dia.

Apatah lagi kita. Tak lama lagi saya akan pergi berceramah di UTM Skudai 5hb Oktober ini mengenai pencapaian saya Buku Open Source ERP .

Saya bukan malas nak pergi malah amat minat bercerita tentang bidang kesukaan saya. Tetapi saya rasa sedih apabile tidak ramai yang berani bertanya soalan yang mencabar kepada saya.

Begitu juga semasa saya menjadi orang kuat PAS dan mencabar Daim Zainuddin pada tahun 1986 untuk kerusi parlimen. Saya diusung ke sana ke mari untuk berceramah. Saya amat minat apabila ia adalah di Universiti. Kerana lebih cerdik pandai di sana untuk mencabar kita balik. Saya tidak minat sekiranya tiada orang bertanya balik. Adapun yang bertanya biasanya soalan sterotaip dan dijangka seperti,

"PAS itu Islam. Apakah Umno itu sama?" Soalan yang terlalu jelas polemiknya.

Kita mesti tajam pemikiran kita dan tidak harus asyik mengambil pendapat dari pihak lain tanpa soal. Allah berikan kita akal bukan untuk hafalan, tetapi untuk pemikiran.

3 comments:

joe penang said...

Salam.
Boleh saudara bg contoh soalan mencabar? Ttg politik atau open source.
Kekadang solan yg senang pada kita sukar pd org lain. Kemampuan sesorang x sama

red1 said...

Ah.. itu soalan bagus.. memang mencabar. Contohlah tu! Kita perlu serang tanggapan atau pendapat penceramah itu sendiri. Maka tengok keadaan dan memang saudara menepati keadaan. Markah = 80%. Soalan tersebut terus mencabar saya yakni 'memberi contoh'. Tetapi saya berikan 80% kerana terlalu mudah untuk hanya tanya sedemikian.

Contoh lain, saya akan lihat pada keadaan, hujah dan penceramah itu sendiri:

Politik, "Apakah penyelesaian kepada soal perpaduan dari segi program kerja nanti? Selama ini hanya laungan yang tinggi tetapi tidak menjejak ke bumi. Bolehkah tuan memberi program yang boleh diamalkan dalam persekitaran yang ada sekarang?"

Open Source, "Saya tidak pandai perisian tetapi pandai melukis. Bagaimana saya boleh terlibat?"

yat said...

salam saudara ridhuan...

yup, memang kita mahu soalan mencabar, tetapi kadang2 kita lupa kepada soalan yg asas, basic, seperti contoh artikel saudara 'PAS itu islam, UMNO bagaimana'. Bukankah kalu jawapan itu senang, maka berikanlah jawapannya terus dan jelas, tetapi saudara mesti mengaku, ia amat sukar dijawab (atau sangat senang dijawab, bergantunglah). Masalah manusia ini selalu mahu mengikut idol, dan selalu mahu mendengar penjelasan orang atas, atau pemimpin. mereka lebih suka kalau kenyataan itu keluar dari seorang yg berpengaruh atau yg ahli dalam perkara itu.

sebagaimana contoh jika saya yang tidak dikenali memberi jawapan 'definasi komputer', tiada siapa akan ambil endah tentang saya. tetapi jika Bill Gates memberi jawapan 'definasi komputer', sudah tentunya ianya akan diterima pakai, walaupun kadang2 jawapannya sgt 'samar2' dan nampak bodoh, tetapi orang lebih suka mendngar jawapan bill gates berbanding saya.

Bagi saya, setiap orang mahu fikirkan perkara yg terlalu kompleks, tetapi lupa kepada soalan2 asas!!!

sekadar pandangan...

Regards.
Fan of Ubuntu and Fedora!!!