22 September, 2009

Mengapa Kita Malas

Saya bersetuju dengan satu teori bahawa manusia yang menduduki kawasan di sepanjang khatulistiwa yang mempunyai cuaca baik, panas, dengan air hujan yang lumayan serta bumi yang subur akan menjadi malas dan tidak bermaya untuk berfikir panjang.

Padahal orang yang hidup dalam kawasan merbahaya seperti tempat gempa-bumi, tsunami, sejuk, dengan gurun pasir akan terasa terancam dan secara fitrah akan berfikir panjang dan tidak menjadi malas.

Kita di Malaysia tidak sama dengan Eropah yang pernah saya mengunjungi. Setangah tahun ia adalah terlalu sejuk untuk berbuat apa-apa di luar. Mukabumi payah bercucuk tanam dan hanya akan hidup tanaman pada musim yang lebih panas. Taufan pun sering melanda disetengah-tengah kawasan tropika. Di Jepun misalnya terlalu kerap berlaku gempa dan taufan sehingga mereka belajar hidup dalam rumah kertas dan tanam padi di lereng bukit curam.

Kaum-kaum yang paling dinamis dan maju adalah kebetulan dua kaum Jerman dan Jepun yang turut juga cuba mengubah dunia menerusi peperangan tetapi gagal. Mereka cukup berkemampuan sehingga selepas kalah binasa teruk muncul kembali sebagai gergasi ekonomi dunia.

Kita di Malaysia cukup malas. Sering tiru kedua gergasi ini dalam semua perkara. Namakan satu perkara dalam Malaysia yang tidak ditiru dari mereka. Apabila saya menjelajah ke Eropah beberapa bulan yang lepas saya sedar yang banyak perkara sudah berada di sana dekat sepuloh tahun sebelum ia diamalkan disini. Contohnya, sistem transit massa, tali pinggang penumpang belakang, kitar semula dan tiket atas talian. Ada lagi yang masih belum diamalkan iaitu kipas angin raksaksa untuk menangkap kuasa angin untuk ditukar menjadi tenaga letrik secara teknologi hijau. Baru-baru ini kita pula memperkenalkan bahagian teknologi hijau.

Kita tidak boleh pelupori innovasi. Kita perlu susah dulu. Kini hidup kita terlalu mewah, terlalu senang. Hutang sekeliling pinggang kerana ingin tunjuk-tunjuk kepada orang dan jiran. Hidup kiasu, dan makin kiasi - takut mati, atau sudah lupa yang satu hari kita akan meninggal dunia tanpa apa jua harta benda melainkan hisab dari Allah ta'ala. Nauzubillah dari hidup yang malas dan sia-sia.

Salam Aidil Fitri al-Mubarak!

Saya tidak kemana-mana kerana tiada kampung lagi. Marilah Kuang sekiranya ingin berbicara hati.

2 comments:

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

setuju!

jepun dan jerman memang bangsa yang menarik. tidak bermaksud hendak memperkecilkan sesiapa tetapi mereka unik dalam tamadun mereka.

dengan teknologi jerman, barulah pihak rusia dan amerika mampu terbang ke angkasa lepas. dengan teknologi jepun pula, barulah kita dapat menikmati kecanggihan kejuruteraan pada harga yang murah dan mampu milik.

tapi kita juga kena tahu kita ada kekuatan kita sendiri. apakah ia dan bagaimana kita mahu memperkukuhkan/mempertahankan ia bergantung pada kebijaksanaan kita sendiri.

jadi janganlah begitu mudah untuk kita menuding jari sambil berkata "lihat mereka, mereka lebih baik dari kita, kita juga perlu jadi seperti mereka"

salam aidilfitri untuk anda dan keluarga.

bashery said...

Salam aidilfitri,
Secara fitrah, manusia akan bergerak maju kedepan apabila ada tekanan. Dinegara2 yg mengalami iklim ketara, setiap perancangan harus diteliti dgn mengambil perkiraan masa yg terhad untuk melaksanakan kerja2 tertentu. Ruang untuk mereka merasa selesa adalah terhad. Keadaan ini membentuk minda, budaya dan tamaddun mereka.