23 April, 2009

Pelawat dari Jerman


MSC Development Corporation atau MDec dan Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit atau MAMPU, telah memasukkan projek ADempiere sebagai salah satu projek Sumber Terbuka (Open Source) untuk membentangkan topik pada Open Source Conference  2009 yang akan diadakan pada Mei 31 sehingga Jun 3, di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Mereka telah sudi menjemput rakan saya dari Jerman, iaitu Kai Schaeffer untuk berucap mengenai potensi projek ini di negara Jerman yang berdepan dengan gergasi perisian yang sama sektor dengan projek kita iaitu SAP.  Saya turut akan berucap mengenai trend dan beberapa potensi besar dari projek antarabangsa kita.

Terdapat satu hari Hackathon pada Mei 31, iaitu belajar secara percuma dan menguji bakat memasang sistem dimana hadiah kursus pendek percuma ditawarkan oleh Asia e-University. Pada Jun 1 sehingga 3, kemasukan adalah secara berbayar tetapi bagi pelajar adalah harga rendah.

Kursus saya di Asia e-University juga sudah siap 2 modul dan mereka dijadikan siri buku. Satu versi Inggeris sedang disunting oleh Pearson, dan satu lagi versi Bahasa oleh Dewan Bahasa & Pustaka.

Alhamdulilah saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan dan Dekan ICT, universiti tersebut (Dr. Nurhizam Safie) kerana atas visinya, serta dorongan tanpa henti, dan semangat yang lebih tinggi dari saya yang akhirnya berjaya juga mengeluarkan buku-buku yang saya sebagai penulisnya. Selama ini saya bercita-cita menjadi penulis buku, tetapi sejak 1985 hanya berangan-angan sahaja. Kali ini sudah menjadi kenyataan, saya berazam menulis makin banyak dalam subjek Sumber Terbuka ini.

Oh ya, saya akan menurut kawan saya dari Jerman itu kembali ke Berlin pada tanggal Jun 4 dan akan menjelajah sedikit sekitar Eropah sehingga June 25 kembali ke tanahair. 

4 comments:

bro brotherhood, said...

As-Salam Bro Red1,

Alhamdulillah syukur ur on ur way to realize ur dreams,..May u b blessed wth a prosperous life aheads n do Malaysia proud,.. I'm one of dos proud Malaysian on ur achievement,..wat else can I say,..heheh,..(",)

sham said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pertemuan yang penuh rahmat dan berkat dipagi jumaat yang mulia, disertai oleh seorang ustaz yang sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam perjuangan.

Terima kasih atas ingatan bahawa rezeki itu pasti dari Allah dan tak perlu di cari tapi yang perlu kita ushakan adalah amalan kita dengan Allah SWT. Boleh tak saudara redhuan jelaskan.

Wassalam.

Redhuan D. Oon said...

AsSalama Norisham,
Cepat juga sdr masuk tetingkap ini. Mesti lagi hebat dari org lain selama ini.

Mengenai bab rezeki ini sudah acap kali saya menulis dalam blog ini. Cuba cari2kan dari tulisan2 yg sebelum.

Sekiranya ada soalan lebih tertentu, maka lebih tergerak untuk terjawab nanti.

wasalam

Unknown said...

assalamualaikum....

Redhuan! ini kawan lama enta semasa di jln pahang.
Mohd Noor. Tel saya 019 643 0411