Ini lagi satu reaksi dari sahabat berbangsa Melayu bumipura yang saya tidak duga. Saya sangka suku-sakat saya sahaja yang tidak puas hati dan ingin berhijrah ke negara lain. Seperti 2 pakcik saya telah berhijrah ke Australia dalam tahun 1980a semasa krisis ekonomi waktu itu.
Allah memberi keluasan alam ini kepada insan supaya apabila merasakan kezaliman semasa supaya untuk keluar dari bumi yang dia pijak untuk memijak ke bumi lain. Yang saya hairan sikit ialah langit mana kawan itu akan junjung (mengingati pesanan Yin/Yan).
Saya telah mengatakan itulah penyelesaian juga bagi rakyat Palestin apabila keadaan menjadi terlalu teruk, apakah fahaman nasionalisma akan dianuti sehingga tiang lahat?
Di bumi dalam sejarah, umat kita pun pernah tidak menjunjung titah raja demi kebenaran. Dato Bendahara yang diperintah Baginda Sultan Melaka pernah durhaka dengan perintah hukum bunuh Hang Tuah dan menyembunyikannya di bumi lain yang tidak diketahui. Jika tidak kerana tindakan memberontak Hang Jebat, sehingga kini kita tidak tahu Hang Tuah itu seorang pembesar yang disanjung raja. Mungkin hilang begitu sahaja dalam sejarah sebagai pendurhaka.
Dalam tahun krisis perlembagaan 1983 dan 1993, seluruh jentera media masa dan cerdik pandai Melayu menyerlah kesultanan lalu filem Hang Jebat dan apa-apa fakta yang membongkar kezaliman raja dulu dan kini dibongkarkan untuk tantapan khalayak ramai. Begitulah Melayu mudah lupa. Matlamat menghalalkan cara kita melayani budaya dan sejarah kita tanpa perhitungan yang saksama dan sebenar.
Dengan itu lebih afdal kembali kepada perhitungan Islam. Kita semua akan dikembalikan:
"Dan Kami telah menurunkan kepada engkau kitab yang benar, mengesahkan apa yang sebelumnya dan meletakkan pemelihara ke atasnya, maka hukumlah antara mereka dengan apa Allah turunkan, dan jangan sekali-kali ikut nafsu rendah (untuk berpaling) dari kebenaran yang sudah datang kepada engkau; untuk setiap dari engkau Kami meletakkan satu Hukum Perundangan dan satu kaedah, dan sekiranya Allah inginkan nescaya Dia akan menjadikan engkau (kesemuanya) satu kaum, tetapi supaya Dia dapat menguji dengan apa yang Dia berikan, maka usahalah dengan satu sama lain menggejar kepada amalan salih; kepada Allah adalah pemulangan engkau, untuk semua, supaya Dia akan memberitahu engkau apa yang engkau berbeza pendapat/pendirian. - Al-Maidah Ayat 48
1 comment:
Semoga Red1 dalam keadaan baik adanya.
Ada 'krisis' (ekonomi , politik atau keluarga)sedikit cabut lari. Dulu di Cina, India atau Indonesia ada krisis lari datang ke STM dan kemudian ada yang cabut lagi. Hijrahlah ke mana pun.Tak salah dunia luas.
Tapi dah datang ke STM jadi melayu sebab dah kena belacan dan budu. Takrif melayu pun bukan susah - makan belacan, tau cakap melayu sikit dan beragama Islam maka jadilah melayu. Tak kena mengena dengan darah merah, putih, hitam atau biru.Hang Tuah dan Hang Jebat pun mungkin cina yang dah sedap makan cencaluk dan sambal belacan. Tak kisahlah tetapi yang penting ialah pengajarannya dan hikmah yang disampaikan Tun Seri Lanang bagaimana hendak nasihat Raja.Tapi jangan sampai hilang raja.Dinamic tension.Itulah bendahara yang bijaksana. Rasanya bendahara perak Nizar tak bijaksana atau bijaksini. Nampaknya Raja Nazrin lebih bijak.
Begitulah asal usul melayu. Tak kisah siapa datuk nenek kita dulu, param ke apek ke asal mahu makan belacan maka jadilah orang sini. Mungkin tambah kerana sekarang mungkin makan pizza dan KFC bersambal belacan pula.
Raja sekarang sudah tak tahu jadi singa kerana dilahirkan dalam sekawan kambing terdemokrasi.Perlu ajar mereka mengaum semula. Tapi kalau dah pandai mengaum dan menerkam kita mesti pandai jaga jarak. Masalahnya ulama yang sepatutnya berani nasihati umarak yang ingin jadi singa pula. Minta diundi pula agar dia yg jadi raja undi.
Imam Malik dulu pun kena sebat 100 kali hingga hampir tercabut lengan oleh kerajaan/khalifah masa beliau. Tak pun beliau cabut , hijrah atau pindah. Kerana itulah tugasnya ulama. Yakni menasihati umarak walau jiwa raga yang mungkin melayang. Tak pernah dengar mereka pula minta jadi raja atau khalifah.
Imam Abu Hanipah dan imam-imam lain pun banyak begitu.
Tapi kalau Red1 nak cabut dari STM dan dah tak mau cencaluk belacan maka bumi luas apatah lagi langit siber pun luas. Mungkin tak missing budu belacan kerana dah banyak diekspot ke luar negara.
Saya ingat Raja Nazrin pernah sebut, kesultanan adalah sebahagian dari kekhalifahan. Masalahnya tidak ada ulama yang faham dan berani beri pedoman.
Tanpa raja maka zakat kita akan dijaga oleh maybank, CIMB dan Bank Islam. Itulah raja sekarang yang sebenarnya.
Apapun kalau Red1 nak berhijrah kami ucapkan Selamat jalan.
Rasanya Red1 lah 'melayu' yang akan berhijrah tu.
Terima kasih
YY
Post a Comment