06 February, 2009

Raja Yang Zalim

Sekali saya saya ingin mohon maaf kerana saya bukan berbangsa Melayu yang benar-benar memahami budaya Melayu. Dalam penulisan saya, pernah merujuk kepada banyak perkara dalam budaya orang Melayu yang saya anggap kurang sesuai dengan jiwa Islam saya, seperti asyik meminta maaf zahir batin waktu Aidil Fitri tetapi tidak mahu mengaku dia melakukan kesilapan terhadap saya terlebih dahulu.

Begitu juga dengan soal makhluk Allah yang diberi amanah sebagai raja. Yang saya tahu, gelaran itu dibenarkan oleh Islam dengan syarat yang amat ketat. Sehingga 3 jenis orang yang bakal menduduki neraka jahannam nanti adalah (1) Orang kaya yang kedekut (2) Ulama yang sombong (3) Raja yang zalim

Pernah saya berada di Pulau Bintan menghadiri satu majlis oleh Timbalan Gabenor Huzrin Hud masa itu pada tahun awal 2000an dimana beliau banyak berpantun enak dan memberitahu hadirin tentang cara menyembah Raja di Nusantara yang berbilang 120 lebih Sultan dan Raja kesemuanya.

Beliau bagi tahu kami dalam pantun jua, apabila Raja menjadi zalim, ada cara untuk membuangnya oleh pembesar istana. Satu cara ialah dengan memasukkan racun ke dalam makanannya. Kepada saya itu agak serius.

Kepada orang Cina, mereka cukup menyembah Maharaja dalam sejarah mereka. Itu sebab British dan Komunis membuang Maharaja Cina sebelum dapat mengkotak-katikkan rakyatnya. Tetapi sebab utama jatuhnya adalah Maharaja tersebut sudah terputus hubungan baik dengan rakyat kerana menduduki terlindung dalam kota larangan yang rakyat tidak boleh mendekatinya. Maka akhirnya rakyat Cina tidak dapat membangkit mempertahankannya.

Sistem berRaja amat bergantung kepada semangat dan sokongan rakyat jelata. Sekiranya rakyat membenci dan tidak lagi mendoakan raja, maka dia tidak mendapat berkat dunia apatah lagi akhirat.

Dalam solat berjemaah pun saya belajar yang salah satu ciri Imam adalah ia mesti popular dikalangan makmum. Pelik juga rukun itu tetapi saya rasa ada makna yang baik.

Dalam kes Negeri Perak baru-baru ini, sistem berlembagaan sepatutnya meletakkan hak kepada Dewan Negeri dengan lebih kuasa berbanding sistem Raja mutlak yakni kesultanan rata-rata di Malaysia sudah tidak lagi mutlak tetapi berpelembagaan di mana Raja adalah bersifat adat atau ceremonial dan tidak sebenarnya mempunyai kuasa langsung. Ini adalah sistem yang dikenalpasti tetapi hari ini semua itu disapu tepi.

Saya mengikuti banyak komentar dalam blog dan media alternatif. Ada yang menganggap tindakan BN itu sah kerana membalas cubaan DSAI sebelum ini untuk mendapat katak-katak dari BN sebelum ini termasuk dari Bota, Perak baru-baru ini.

Kepada saya, kadang-kala kaum kita ini gagal melihat pokok yang sebenar dan tertutup dengan daun yang kecil. DSAI tidak membelakangkan Raja maupun Dewan Rakyat malah mengemukakan usul undi tidak percaya untuk dibahaskan. Apabila digagalkan beliau tidak melakukan paksaan untuk apa-apa diluar dewan. Malah juga beliau didatangkan musibah yang besar seperti tuduhan sodomi (sekali lagi) yang amat menekan jiwa sesiapa yang kena sedemikian.

Kali ini saya amat simpati kepada MB Datuk Seri Ahmad Nizar yang sah. Walaupun saya ingin berjumpa beliau tidak lama dahulu, tetapi cukup sekadar nampak wajah tenangnya mempertahankan prinsip walaupun tidak dihormati oleh beberapa pegawai tinggi kerajaan yang tidak memahami perlembagaan. Amat sedikit makhluk pimpinan yang bertakwa dan tidak takut kepada makhluk di akhir zaman ini. Apa makna hidup sedemikian takut kepada yang bukan Hak dan akhirnya dimatikan Allah jua dan kemabli dalam keadaan hina.

Ini semua kerana perbuatan yang tidak mudah disebut melainkan dibalas dengan pepatah Melayu yang masyur pernah saya pelajari:

Raja yang adil, Raja yang di sembah; Raja yang zalim, raja yang disanggah.

15 comments:

yindanyan said...

Hai Red1

Ada yang lari dari Raja Cina
di Tanah Besar Cina.
Tetapi kalau dah sampai ke Semenanjung Tanah Melayu kenalah ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Dah mengadap ke dengan Sultan Perak? Sanggah apa kalau tak jumpa Baginda sendiri ambil tahu pucuk pangkalnya dahulu.
Kalau iapun nak sanggah tak payahlah sanggah dengan demokrasi.
Takkan letakkan Raja dalam kotak demokrasi pula.
Kalau dah lari dari Raja janganlah suruh orang lainpun lari dari Raja pula.

yy

Redhuan D. Oon said...

Y/Y
Saya tidak lari dari Maharaja China. Dia sudah tiada zaman ayah saya di sini. Saya generasi keempat hasil dibawa British ke sini.

Saya tidak soal itu semua kerana sebagai muslim saya sedar tentang hukum Qadha dan Qadar.

Saya cuma mahu lahirkan prinsip Islam dan budaya Melayu mengenai Raja.

Sudah menjadi lumrah dalam sejarah manusia sehingga ada kisah masyur Hang Jebat lawan Raja.

Sekiranya sistem kita raja mutlak, maka saya akan pergi memohon menghadap. Tetapi sistem kita dari segi perlembagaan. Maka saya perhitung perkiraan dari situ.

Menurut perlembagaan sudah jelas - Legislative is the highest court and body of the land. Raja adalah ceremonial sahaja. Jika tak percaya cuba pergi minta project atau anak transfer sekolah.

Pls sdr Y/Y .. there shall be a harsh reckoning for comforting with zalim. Many ayats have passsed on this. Imam Ghazali pun menasihati jangan mendekati istana.

Ramai Imam dan Ulama asSultan yang layak menjadi Qadi sanggup hijrah sebatang kara dari menerima jawatan yang menhampiri kuasa yang korup lagi mengkorupkan.

So, never, but never .. jangan sekali-sekali pegi istana. Melainkan anda tidak beragama maupun berilmu.

yindanyan said...

Maaflah Red1,

"Saya cuma mahu lahirkan prinsip Islam dan budaya Melayu mengenai Raja."

Tetapi Islam bukan prinsip!

Tuan tahu tak Tuah sembah raja tetapi Jebat sembah Tuah? Biarlah orang melayu yang tentukan tentang melayu.

Kalau dah tak biasa beraja maka diri sendiri dan akal sendirilah yang jadi raja.

Maka bertakbirlah orang PKR dan PAS untuk demokrasi?

TK dari yy

Redhuan D. Oon said...

Sekali lagi, Raja hari ini tidaklah sama sekali sama dengan raja zaman Hang Tuah dulu.

Hari ini Raja tidak ada hak eksekutif langsung. Tetapi hak kita sebagai insan masih ada. Hak untuk bersuara, hak untuk menyatakan pendirian dan hak untuk bercanggah pendapat.

Dr. M pernah mencabar soal ini yang berakhir dengan pindaan perlembagaan.

Saya pernah duduk dengan Arwah Dato Harun Idris yang juga peguam menjelaskan konvensi ini. Tetapi Dr. M risau rakyat tak faham tentang soal itu, lalu dipindanya supaya, apabila Raja tidak tunduk kepada nasihat eksekutif, dikira raja melanggar perlembagaan.

Itu sebabnya PM dan TPM kena pergi ke Istana Perak - untuk berikan 'nasihat'lah tu.

Balik kepada Hang Jebat dan Hang Tuah, saya sangka mereka tu Cina. Sama dengan hang Lee Kiu dan Hang Li Po. Mungkin mereka legenda. Sam dengan Param s/o wara yang asal Hindu Palembang tetapi menjadi mualaf lalu diangkat jadi Sultan. Baiknya Melayu. :)

soldaduupahan said...

Salam Red 1,
Melayu Perak dah bebas dari genggaman feudalistic raja Melayu tanggal hb 5 feb 2009 ini kerana sultan sendiri telah mengkhianati rakyat.Semua ini berpunca dari amalan korupsi dan kini kian di perkembangkan di minda rakyat di seluruh pelusuk negara.Adakah kita sebagai Rakyat masih harus menyanjungi kegiatan begini ?
Amalan baik manusia saling tolong menolongi harus di teruskan tetapi sultan yang berganding bahu dengan perasuah untuk menindas Rakyat sendiri tidak seharus kita segani.
Terima kasih.

Unknown said...

Pada zaman manusia yang celik dan cerdik ini, raja dan sistem raja sudah tidak relevan lagi. Sistem raja adalah sistem politik kuno. Tetapi sebagai mengenang warisan sejarah kita mengekalkan raja sebagai simbol ketua negara bukan termasuk dalam sistem politik negara yang mengamalkan demokrasi. Raja yang menjadi simbol ini tidak boleh sama sekali mencampuri urusan politik negara.
Kedudukan raja ini harus dijelaskan kepada rakyat dan raja sendiri.
Kita tidak mahu raja hidup dalam perasan, mereka bukan berada di zaman 500 tahun dulu.

Unknown said...

Red,
1.Siapakah yg akan menjaga institusi kesultanan melayu jikalau institusi tersebut sudah gagal untuk bertahan dari gejala intimidasi dan korupsi.
2.Apakah lambang kesultanan melayu itu masih synonymous dengan agama, akhlak, keadilan, dan rujukan serta arbitration.
3.Sejauh manakah tamaddun sesuatu bangsa itu akan kekal jika keadilan yg Allah tetapkan itu ditenggelami oleh kerakusan cinta dunia, nafsu kuasa dan harta.

knh said...

hi red1,

sarang tebuan, jgn dijolok..itu pepatah melayu, pernah dgr bukan? istana perak telah terasa terhina dgn sikap DAP ketika memboikot si Nizar ketika mula menjadi MB...dgn majoriti DAP adalah dari myskt cina, sedangkan penduduk perak bukanlah bermajoriti cina. Bukan nak bercerita pasal perkauman, cuma igt dan berterimakasihlah dgn mereka yg telah memberi hak kerakyatan pada lebihkurang 50 tahun lepas. Jgn jadi insan yg x mengenang budi.

Raja yang zalim raja disanggah tu tak sesuai digunakan dalam konteks pergolakan di perak ketika ini. Yang zalim saya dan org lain lihat adalah rakyat yang merusuh dijalanan. Membaling batu dan memukul.

Biar pahit, telanlah saudara red1. Tak semua yang pahit itu tak elok.

Seperti tamadun cina, untuk membina tembok besar, berapa ramai yg menjadi korban. Jadi, jgnlah terlalu mengagung-agungkan kaum sendiri. Tak bermaksud untuk mengata, yg baik tetap baik yg ada pada kaum cina spt sikap rajin dan kuat berusaha.

Jgn gunakan agama seperti tuan guru nik aziz dlm soal ini. Sgt mengjengkelkan. Sgt memualkan. Kenapa susah utk mengaku kesalahan sendiri? Bukankah itu ajaran agama yg elok utk diikuti?

Wassalam.

Redhuan D. Oon said...

Kita perlu buat keputusan dengan hukum apakah kita ingin ditadbir dalam hidup kita. Hukum manusia seperti Article XVI(6) yang jelas membuktikan salah-tafsir tempoh hari. Atau hukum sentimen perkauman yang cetek atau hukum Allah yang meletakkan agama di atas segala-galanya, yakni tanpa kira Arab, Putih, Hitam, Cina, Melayu dan India - semua adalah makhluk Allah yang Dia menjadikan atas IradahNya supaya menjadi tanda-tanda kebesaranNya. Dan bukan untuk kezaliman kepada sesiapa.

Saudara tidak minta dilahirkan Cina atau India atau Melayu. Semua dilahirkan Muslim pada fitrahnya. Matilah jua kita sebagai Muslim. Wa ilaihi rajiun.

yindanyan said...

Maaf Red1,

Tuan memang hebat tentang open source, linux, ICT dan yg berkaitan.

Tetapi tuan adalah zalim apabila menghukum raja sebagai zalim tanpa berhadapan dengan baginda.Berani tuan jadi seperti Imam Malik berdepan menegur khalifah/sultan? Jika tidak tuan telah zalimi diri sendiri.

Tuan juga zalim kerana mahu kesultanan perlu ikut undang-undang british@karpal singh sambil mengikat amalan atas jalan Allah dan RasulNya. Padahal kita nampak krisis ini adalah peluang untuk mengangkat balik sisa-sisa yang ada dalam kesultanan agar boleh diletak balik atas landasan amalan umarak-ulamak dan bukan atas dasar karpal singh yg terkenal arif dalam undang-undang yg menjadikan yg salah jadi benar dan benar jadi salah. Dan bukan juga berlandaskan orang gila sembah peti undi (termasuk mereka yg kononnya ulamak). Undilah aku kata ulamak politik. Halal dan haramkan katak kata mereka lagi. Haram dan halal bila mereka suka.

Alhamdulillah Sultan Perak telah ditunjukkan jalan. Semoga Allah memberi petunjuk , hidayah dan peluang kebaikan dalam krisis ini kepada baginda tanpa rujuk kepada undang-undang karpal singh lagi.

Tuan bercakap tentang ICT, kami tabik. Tetapi bila menghukum di luar kuasa tuan saya nampak tuan zalim.

Tuan tidak minta dilahirkan cina tetapi tuan telah minta menjatuhkan raja yang dilahirkan di sini!

YY

Redhuan D. Oon said...

Dosa seorang rakyat, seorang diri; dosa seorang Raja, seluruh negeri.

yindanyan said...

maaf red1,

agaknya itulah susah datang kemari
dan tak tahu pula membawa diri
sampai di sini nak ubah negeri
pada hal tinggalkan negeri sendiri
sudah lazim pindah negeri
asal susah nak cabut lagi
apakah pendatang (dengan izin)akan jadi pemergi ? (tak perlu izin)

kan knh dah cakap - jangan jolok sarang tebuan.

wassalam
yy

Unknown said...

Red,

Wira bangsa melayu bukannya lahir dari sarang tebuan.

Unknown said...

Assalamulaiukum Bro Redwan!

Nabi pernah bersabda

"Semua Umat Islam adalah bersaudara"

Oleh kerana itu maka Bro Redwan adalah saudara saya!

Allah tak tengok pada bangsa ketika di akhirat kelak!

Adakah dengan menjadi Melayu telah Confirm syurga itu buat kita...apatah lagi Sultan....mampukah dia memberi SYAFAAT pada kita di akhirat kelak.....

Namun...kalau dilihat dari konteks bangsa....Bangsa Bro Redwan lebih Maju dari bangsa saya...Bangsa Melayu...

Saya lebih berminat belajar dengan Bro Redwan untuk lebih maju....

Teruskan berkarya Bro Redwan!

Banyak yang dapat saya pelajari di blog ini!

Assalamualaikum!

-Taiping-

darwisiy said...

brother...
alang -alang berbahasa,baiklah bermain kata2,

raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah,
kena faham "siapakah" pemerintah?

diajar awal sudah kata sejarah,
xkan kemana perginya asabiyah,
seperti mana quraisy makkah,
tanpa ada "strong" pemerintah,

salah ibu mengandung betulkah,
jawi,india,itulah tanah, mengatakan hak atau bukan siapakah?,

alang-alang menyeluk pekasam ,
biar sampai ketiak masam,
kahkahkahkah,

depa cakap apa biarlah,biarlah,
sudah itu sudahlah