20 February, 2009

Kelarisan Seks

Mengapa soal seks menjadi perkara paling laris dalam alam ini? Pepatah Inggeris kata "Sex Sells". Dalam iklan tarikan seksual digunakan. Jika untuk menarik lelaki, gambar wajah perempuan dengan gaya yang ada pesanan tersirat secara seksual digunakan. Jika iklan itu ada muka saya atau projek saya, ia tidak akan laku.

Untuk menarik wanita, juga ada soal romantis digunakan. Mesej kepada wanita ialah, "Anda menarik kepada lelaki. Anda seksi". Sehingga wanita dalam Islam pun akan gunakan aurat lain seperti suara dan gaya atau fesyen untuk menarik lelaki. Hatta yang memakai jilbab pun masih menunjukkan sepasang mata yang kepada saya lebih merbahaya dalam keadaan tertentu. Ada sebuah hadis menyatakan bahawa mata wanita itu adalah anak panah dari neraka. Tak dengar pula sedemikian sama mengenai bahagian tubuh lain.

Dalam kes Eli Wong baru-baru ini, soal beliau berada dalam keadaan bogel menjadi isu sehingga mengemparkan dan mampu mengugat sebuah kerajaan negeri sekiranya parti komponennya bergaduh tentang soal garisan moral dan prinsip yang berbeda dan berbeza.

Seperti yang saya tulis sebelum ini soal seks adalah soal fitrah dan ciptaan Allah yang tiada apa makna misteri atau menarik selebih itu. Seks adalah satu keperluan fitrah manusia. Bogel adalah keadaan fitrah kejadian manusia. Syaitan sahaja yang sibuk menggunakannya kerana kita jua masih jahil tentang naluri seks manusia yang fitrah.

Dalam fitrah manusia, hendaklah apabila sampai akil baligh dikahwinkan pasangan lelaki dan perempuan. Jika tidak akan berlaku gejala sosial dan penyelewengan seks. Dulu-dulu orang kahwin semuda umur 9 pun ada dalam kes Siti Aishah (RA) kepada Nabi Muhammad (SAW). Lelaki pula apabila 15. Pernah semasa saya di Semabok Melaka, seorang kawan lelaki sekolah berikan kami kad kahwin dimana dia hanya berumur 18. Saya berkahwin pula semasa umur 28. Rugi, rugi. Apa nak buat.. calon tinggi sikit tak jumpa.

Hari ini orang sampai umur 37 pun belum kahwin. Tak sihat dan tak baik. Jika payah cari jodoh lelaki umur 37 ke atas yang sesuai ada suami 45 ke atas yang sesuai. Islam benarkan asal berkahwin dan diberi penghormatan dan perlindungan  zahir wa bathin, dunia wa akhirat.

Wallahuaklam!

5 comments:

Dziauddin said...

Setuju. Masa saya di MMU, Melaka dulu pun, ramai pensyarah kahwin muda. Golongan ini lah sebenanrnya faham akan kepentingan memenuhi seksual secara fitrah berbanding orang lain yang tak kawin2 tapi sibuk pula berpacaran ke sana ke mari.

Gembira said...

Maaf tuan. Siti Aishah (RA) TIDAK berkahwin dgn Nabi Muhammad (SAW) semasa berumur 9 tahun.

http://darulkautsar.com/article.php?ArticleID=562

Redhuan D. Oon said...

Terimaskasih Gembira atas linknya tetapi hujah-hujah yang diberi perlu melalui proses dan tertib tertentu yang kami bukan pakarnya.
Maka soal umur ini saya bergantung kepada sumber yang kian lama, umum dan masyur. Walaumacamanapun, saya akan ikuti perkembangan debat akademik yang terbuka mengenainya seperti yang berlaku di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Talk:Aisha#Age_at_marriage
Ia perlu penilitian yang saya kira lebih serius dari umat kita sendiri kerana kurangnya minat dalam hal-hal selain fardhu ain sahaja. Contohnya soal lelaki boleh melakukan hubungan seks dengan hamba wanitanya juga menjadi kontroversi tetapi tetap dibenarkan dalam Al-Quran secara prinsip.

Ini adalah antara perkara yang saya kaji dari masa ke semasa kerana ingin berdepan dengan masyarakat bukan muslim dan hujah-hujah mereka. Saya kira cara yang terbaik adalah dengan kaji, debat dan terus kaji dengan teliti.

Kamal said...

..ikut nafsu...memang lesu...
Allah swt jadikan nafsu seksual mesti ada manfaatnya...yang ramai orang laki2 tahu hanya salah satu dari yang banyak2 tu..Sebenarnya 'syok' orang laki2 pun tak sama dengan 'syok' orang perempuan dalam hal seksual ni..

Macam juga makhluk2 lain di alam ini...semua dijadikan untuk berbagai2 tujuan dan kegunaan...

Yang jadi 'issue' bila 'beramal' tanpa ilmu..hanya ikut2 orang, ikut2 syaitan, atau ikut2 nafsu..

Mengikut syariat nafsu...bukan syariat Islam..

Wallahu'alam.

burujerdi said...

Salam Ukhuwah Red1,

Apabila berbicara soal seks, kita sering terjebak dalam penyelingkuhan ( dishonesty ) sama ada atas dasar gender atau privacy. Orang-orang politik, umumnya sangat rapuh dalam hal ini. Selingkaran skandal membabitkan aksi mereka ( sama ada benar atau manipulatif ) sering terdedah di khalayak.

Cth klasik, kes Nixon, Bill Clinton, DSAI, DSNAR, Eli Wong, Chua Soi Lek, bekas 2 orang eksko Perak yang beralih sokongan dan sebarisan nama selebriti yang lain.

Soal 'between piss and shit' atau 'pusat kangkang' ini tidak akan selesai sehingga manusia terkurung enam kaki di bawah tanah. Ia adalah soal tuntutan fitrah, cuma bagi orang Islam ia dibatasi dengan hukum dan adab kerana ia dianggap berada dalam wilayah ibadat.

Persoalannya, kini adegan seks sudah menjadi modal orang politik untuk menghumban musuh-musuh politik ke dalam neraka. Apa kata kita usung katil ke dalam parlimen untuk dijadikan tempat debat dan perbahasan? Buang semua kerusi dan meja. Baru real.