Menurut watak fiksen Sherlock Holmes,
"When you have eliminated the impossible, whatever remains, however improbable, must be the truth." - Sekiranya anda sudah menolak semua hujah yang mustahil, maka apa yang tertinggal walau macamana tidak mungkin, adalah yang benar.
Jadi apa yang mustahil? Hmm... menarik. Daripada muka-muka pemimpin BN mereka nampaknya tidak tahu menahu. Maka ada dua kemungkinan. Satu ialah ada pihak lain berkomplot untuk mereka tanpa memberi tahu kepada mereka. Kedua ialah memang bukan dari pihak mereka!
Mengapa Washington begitu cepat memberi amaran kepada kerajaan? Pertama mungkin Anwar yang hubungi mereka serta merta semasa kes itu disedari tercetus. Kedua, mungkin Washington yang sudah tahu dan merancang sebelum itu!
Tetapi ada beberapa dari kenyataan Anwar yang cukup mendedahkan beberapa perkara. Pertama, mengenai cara dia memasuki kedutaan Turki. Beliau kata dirinya dijemput. Duta Turki kata tidak. Anwar balas yang mesti ada kuasa lebih tinggi dari duta yang membenarkan, kerana jika tidak, tak kanlah Anwar boleh masuk saja ke kediaman duta tersebut.
Mengapa Anwar ingin sangat menyatakan yang ia dijemput dan bukan dia yang meminta tanpa jemputan? Nampak sangat Anwar lebih mementingkan imej diri daripada imej duta. Katakanlah duta itu betul-betul jemput beliau, dan duta itu pula mengubah pendirian lalu tidak mengaku. Mengapa Anwar tidak mempertahankan kawannya yang sudah melindunginya dan telah mengambil risiko menyebabkan krisis diplomatik diantara kedua-dua negara? Mengapa menjatuhkan air muka duta tersebut? Bukan sahaja itu. Anwar kata 'ada kuasa lebih tinggi'. Jika adapun mengapa didedahkan? Ini membantu musuhnya mengenal strategi dan kekuatan dibelakangnya. Tetapi mungkin juga tidak ada kuasa tersebut. Mungkin sekali lagi Anwar cuba mempertahankan imej peribadi.
Mengapa Anwar mendedahkan dua lagi langkah yang dirancanginya? Pertama ialah rancangannya untuk membawa 4 ahli BN lompat pagar. Kedua ialah yang dia akan mengumumkan pilihanraya kecil untuk dirinya. Mengapa didedahkan begitu cepat? Kerana untuk membuktikan yang ini adalah perancangan BN sebagai langkah BN sabotaj segala itu? Katakanlah Anwar tidak dedahkan. Apakah tidak yakin rakyat bahawa tuduhan sodomi itu adalah palsu? Selalunya seseorang yang tidak salah hanya sekadar membuktikan
alibi atau saksi yang menafikan bagi pihaknya sahaja. Cukuplah sekiranya anak atau isterinya atau beberapa orang awam mengesahkan dimana Anwar berada pada hari tersebut. Itu sudah cukup menuding jari kepada teori konspirasi musuhnya terhadap dia.
Firasat saya tuduhan sodomi itu semestinya palsu. Jika tidak maka pembacaan saya terhadap manusia itu memang
out habis. Tetapi mengapa Anwar melatah kuat sangat sehingga terdedah rahsia lain? Saya percaya musuh sebenarnya hanya ingin tahu rahsia politiknya seperti berapa bilangan katak nanti yang merupakan lebih penting kepada
survival BN dan bukan kes sodomi. Maka kes tersebut hanya merupakan
cloth of the matador atau kain merah menipu lembu. Mereka tahu kelemahan Anwar yang mudah melatah lalu memainkannya dengan kes yang menghantuinya sebelum ini.
Maka dengan itu, kes sodomi ini tidak akan melekat dan Anwar tidak akan diapa-apakan. Musuh cuma mahu Anwar sendiri bocor rahsia. Rupa-rupanya Anwar hanya ada 4 anggota dewan, bukan 30 anggota yang diperlukan.
Rupa-rupanya juga Anwar banyak merujuk kepada kuasa lebih tinggi di luar. Sekiranya Cina komunis yang kena tangkap, percayalah sampai seksa mati pun dia tidak akan bagi tahu rahsianya atau rancangan Chin Peng ingin meletup ini ke atau sabotaj itu. Ini tidak. Tak ya tangkap ahli PKR untuk diseksa sehingga bocor rahsia. Cuma cuit ketua defactonya habis semua keluar. Semua tanpa diminta.
Mengapa Anwar tidak bertenang dan menghadapi sebarang kemungkinan? Katakanlah kemungkinan berikut:
1) Anwar ditangkap. Barulah dunia luar tahu dan Pak Lah tergolong dalam kategori Mugabe dan akan menghadapi tekanan dasyat dari pandangan dunia. Bukankah ini amat baik bagi karier Anwar?
2) Anwar diapa-apakan. Sekali lagi bukan sahaja dunia akan mengutuk kerajaan kita, tetapi besar kemungkinan rusuhan terbuka akan berlaku dan kerajaan lagi cepat jatuh.
Dengan itu, mengunakan cara Sherlok Holmes, kedua-dua kemungkinan itu payah berlaku. Ia sebenar tidak berlaku pada tahun 1998. Harus ingat, Dr. Mahathir hanya pecat Anwar kerana komplot Anwar ingin menjatuhkan PM secara terang-benderang dan Mahathir tidak melakukan apa-apa secara langsung seterusnya. Adalah orang lain yang mengapa-apakan Anwar. Orang itu pun sudah kena dakwa dan tersabit. Hukuman penjara ke atas Anwar pula adalah dikeluarkan oleh seorang hakim. Kini hakim itu pun sudah tidak beraksi atau mahu beraksi dalam gelanggan yang sama.
Bukan sahaja isteri Anwar mengingatkan 1998 jangan berulang. Orang-orang sekitar 1998 pun tidak ingin ia berulang atau sudah tiada lagi untuk berbuat demikian. Kena cari orang baru.
Saiful adalah orang baru. Tetapi cerita sodomi adalah cerita lama. Ada sesuatu yang tidak kena. Samalah semasa kes Mat Sabu ditangkap berkhalwat dengan isteri orang. Beliau enggaan menjawab soalan saya. Beliau ingin saya puas hati dengan hanya jawapan yang mereka itu berkomplot kerana serbu biliknya terlalu pantas - tak sampai beberapa minit. Soalnya apakah anda boleh seminit pun berdua-duaan dengan seorang bini orang lain? Jangan kata seminit, sesaat saya berdua-duan dengan sesiapa pun akan tertimbul tanda-tanya dalam diri saya sendiri yang saya ini cari pasal. Mana pergi pengiring? Mana pergi muhrim? Mana pergi akhlak agama?
Dalam kes Mat Sabu, dia salah dari segi objektif kerana mudah definasi khalwat dan telah ditangkap sedemikian. Macam melanggar lampu merah. Apabila polis nampak awak lintas lampu merah walaupun 3 pagi, anda dikira salah secara objektif. Dalam kes sodomi ia tidaklah objektif. Kerana tiada serbuan dan tiada tangkapan semasa kejadian, bukan macam dalam semua kes khalwat.
Dengan itu, perancang kes sodomi ini tidak berniat kes ini terbukti. Mereka hanya mahu Anwar melatah dan mendedahkan kelemahannya. Mereka mesti sudah ada bukti bahawa Anwar tiada cukup calun untuk lompat dan juga bergantung rapat dengan kuasa luar. Tetapi dengan BN mentomahkan dua fakta itu tidaklah berkesan. Lebih baik Anwar sendiri yang mengungkapnya. Itu namanya psikologi songsang.
Bagaimana pula sekiranya Anwar sendiri yang merancangkan? Jika begitu, maka tiada nampak apa-apa faedah kepada dirinya melainkan ingin campur tangan asing. Nampaknya itu tidak berlaku kerana kerajaan tidak melatah.
Begitu juga serangan dakwaan Raja Petra terhadap TPM dan isterinya. Tuduhannya itu kepada saya tidak lojik dan mesti bertujuan lain iaitu cuba mendesak satu tindakbalas emosi besar-besaran. Adalah amat payah membuktikan Rosmah ada ditempat kejadian pada saat kejadian melainkan ada gambar dan ada saksi yang sanggup mengaku. Lapuran bertulis tidak mengcukupi dan boleh dicabar.
Akhirnya tuduhan Anwar terhadap AG dan IGP juga sudah disiarkan dan amat menghampakan adalah ia bukanlah bertaraf tinggi seperti membongkarkan yang mereka cuba mengubah ujian DNA atau mereka cuba menyuntiknya dengan dadah misteri atau mereka cuba memaksa saksi kes.
Mereka dua ini membuat tuduhan seolah ia amat muktamad padahal kepada saya lebih muktamad ialah mendedahkan kes-kes sepertimana yang CheDet tengah mendedahkan. Dan CheDet tidak pun lari ke kedutaan Zimbabwe atau meminta jaminan dari Pak Lah jangan diapa-apakan dirinya yang sudah uzur.
Balik kepada kes Altantuya, dengan menggunakan lojik Sherlock Holmes, bapa Altantuya ada sebut tujuan anaknya datang Malaysia. Samada TPM ada bersama ARB ke tidak bukanlah isu kerana memang Najib rapat dengan Razak Baginda itu. Itu boleh diterima dan tentu pembangkang ingin dikait-kaitkan sangat.
Jika TPM ingin bunuh Altantuya takkanlah guna bodyguard sendiri dan masih hampir dengan rumah sendiri. Dan takkanlah polis berani membuka fail. Jadi apabila yang mustahil sudah diketepikan maka yang tinggal adalah satu. Kawan lama sekolah rendah saya itu sudah terlanjur dan tidak tahu mana nak dapat penyelesaian dan terus mencapailah pembantu polis yang juga rapat dengannya tanpa memikirkan imej TPM yang akan amat terdedah dengan perbuatannya.
Ini semua nampak lojiklah sekiranya cuba memakai topi inspektor Holmes dari England dalam kisah masyurnya. Tetapi di sini buat masa ini, kes-kes ini tidak boleh dispekulasi sedemikian rupa kerana tertakluk kepada larangan
subjudice iaitu membelakangkan proses mahkamah yang sedang berjalan. Dengan itu anggaplah apa yang tertera di sini sebagai andaian dari sebuah novel dan tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup maupun tidak.