04 January, 2010

Mencari Nama Allah

Sebelum saya memeluk agama Islam, saya senantiasa mencari-cari nama Tuhan yang sebenarnya. Di sebelah kiri adalah gambar simbol Hindu yang hampir sama dengan nama Allah dalam bahasa Arab. Persamaan ini tidak mengejutkan kerana memang asal-usul semua kita adalah daripada satu sumber atau punca.

Maka yang menjadi pencarian saya selama itu adalah tentang punca itu siapa dan mengapa. Bukanlah menjadi urusan saya, tentang siapa yang lebih dahulu tetapi siapa yang lebih benar, kerana saya ingin memeluknya dan mengikuti sehingga akhir hayat saya.

Kita sedia maklum bahawa tamaddun yang paling lama dalam sejarah manusia yang tertulis adalah antaranya dari Lembah Indus atau hari ini kawasan dari Iraq sehingga Sri Lanka. Pengaruh Sanskrit atau bahasa zaman purba ini begitu mempengaruhi kita sehingga hari ini banyak istilah bahasa kita dari situ (contohnya acara, saja, agama, asrama, baja, utama). Jerman pada zaman Hitler pun mempergunakan simbol svastika atau swastika seperti yang terpapar di sini. Simbol tersebut asalnya dari Hindu jua dimana maksud svastika itu adalah "menjadi baik".

Kini isu nama Allah atau simbol ketuhanan menjadi isu hangat kerana sebahagian dari kalangan umat Islam yang menentang kemenangan gereja Katholik mendapat keputusan oleh mahkamah membenarkan mereka menggunaakan nama perkataan 'Allah' dalam kitab Bible mereka yang beraliran Bahasa Malaysia.

Reaksi saya adalah pelbagai. Pertama saya rasa yang gereja Katholik ini harus dibanggakan kerana ada minat juga ia kepada bahasa kebangsaan kita. Kedua adalah lebih membanggakan bahawa ia menaruh minat yang tinggi terhadap penggunaan istilah 'Allah' dan bukan 'Tuhan'.

Kepada saya akan menjadi lebih mudah untuk berdakwah kepada mereka, kerana saya cuma memulakan ucapan saya dengan, 'Bismillahirrahmannirahim' tanpa mereka merasakan yang saya menyerang fahaman mereka.

Namun yang menjadi isu dikalangan umat Islam tempatan sebahagiannya adalah tentang kelemahan umat Islam itu sendiri yang rata-rata masih jahil tentang agama mereka sendiri. Jangan kata berdakwah, bertahan dari dakwah asing pun sudah kalah. Dari segi itu saya setuju. Lihatlah perangai muda-mudi kita yang berkeliaran di kota pada waktu terlalu siang dan sebagainya.

Tetapi apa mesej harus kita beri pula kepada umat bukan Islam? Bahawa kita lemah? Atau kita tidak lemah?

9 comments:

narfey said...

saya setuju dengan pendapat saudara. bagi saya, isu ini tidak perlu dibesarkan jika umat Islam di Malaysia tahu pengertian akidah Islam. Apakah makna syahadah? Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruhNya. kata kuncinya ialah hanya Allah yang disembah, tiada Tuhan lain. berbeza dengan agama kristian yang mempercayai tuhan dalam 3 bentuk/jisim. adakah akidah saya akan terpesong bila ternampak perkataan Allah di gereja? saya bukanlah sebodoh itu.

msian_tux_lover said...

Red, if many of the Muslims locally cannot even "terima salam" from us then there is a long way to go for maturity. Funny thing is, when I was in school we always memberi salam to all the Ustazs and Ustazahs. Suddenly the Arabic greeting for Peace be Upon Thee is suddenly haram. Perhaps I should just use Shalom.

MakLaN said...
This comment has been removed by the author.
MakLaN said...

Assalamualaikum,

Memang benar semua orang berhak menggunakan nama Allah kerana itulah satu-satunya Pencipta kita. Cumanya kenapa mereka beriya-iya nak gunakan nama yg sememangnya diketahui dan difahami lebih merujuk kepada ummat Islam? Kenapa mereka tak gunakan nama tuhan mereka seperti yang ditulis dalam Bible, Torah, Old Testament & New Testament? Saya bersetuju dgn Red1 ramai ummat Islam masih jahil dengan agama mereka sendiri. Saya juga risau dengan nasib anak-anak kecil muslim. Mungkin mereka tidak mengerti, apabila satu hari ada mubaligh Kristian datang kepada mereka & mengajak mempercayai Allah berdasarkan konsep Triniti.

Semoga kita diberikan hidayah dan berusaha memperbaiki iman kita kepada Allah Yang Maha Esa.

satuhala: gerhana awal 2010...

red1 said...

T.k. sdr. Maklan and Tux Lover.. (kedua-duanya lain agama dan bangsa - satu Melayu Islam dan satu Cina 'suka' Islam tetapi belum Islam)
Semalam pun anak perempuan saya cerita bagaimana pengaruh mendengar ayat-ayat doa dan bacaan orang Islam di sekolah begitu mempengaruhi paras bawah sedar mereka sehingga ada beberapa kawan perempuan india di sekolah sudah menghafal doa-doa dan ayat-ayat tersebut. Malah mereka akan memberi salam sesama sendiri maupun melatah dengar cara orang Melayu yang seringkali kita dengar.

Itu antara perkara penting. Umat bukan atau belum Islam di negara kita tertarik kepada kita kerana budaya Islam kita. Mengapa kita tidak terus menarik sedemikian.

Saya teringat semasa saya seorang beragama Kristian zaman sekolah, kawan-kawan kristian lain menarik saya dengan pelbagai cara yang memang menarik dan ikhlas. Mereka bantu saya bila susah.

Tetapi sebagai orang Islam sekarang apakah fenomina itu masih ada? Tetapi yg saya lihat adalah kita amat sensitif dan defensif tentang sesuatu yang memang bukan hak kita dan telah dilindungi oleh Allah dan para MalaikatNya. Kita pula tidak bersatu maupun mendalami ilmu.

Apatah lagi ingin berdakwah kepada kaum lain dengan cara terbaik dan senantiasa memahami bahawa mereka jua mencari ilham dan petunjuk Ilahi.

Cuba bayankan apa akan jadi apabila satu hari semua umat dunia memanggil tuhan mereka Allah? Samalah seperti kembali kepada zaman Makkah dan Nabi berdakwah sesuai dengan ayat yang turun mengajak mereka menjawab 'siapa yang mencipta?' lalu mereka menjawab 'Allah!'. Seterusnya perbualan Nabi berpandu kepada Al-Quran mendorong mereka mengenal dengan lebih benar lagi siapa itu Allah. Dan seterusnya.

Kepada saya perkataan Allah itu satu hikmah, bukan pusaka.

Allah Lebih Mengetahui Segala Yang Awal dan Yang Akhir.

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

benar, masyarakat islam kini lebih defensive dari berilmu.

mungkin itu yg membuatkan mereka menyangka kita menyokong keganasan.

islam itu damai sebenarnya. percayalah, dalamilah.

malangnya hari ini pemfokusan lebih diberi pada dunia semata.

apa yang penting? keseimbangan.

Nasir said...

can you all talk in english ...

Regards ::
Muhammad Nasir Aftab

Mohd Radzian said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Radzian said...

Rakan saya di Indonesia menyatakan bahawa pada tahun 2008, sebanyak 5% daripada population muslim telah murtad. 5% daripada population adalah sebanyak 6 juta orang.

Faktornya ? Fikir-fikirkanlah ya.

Mungkin saudara-saudara juga akan berkata saudara-saudara tidak bodoh dan tidak hilang keIslaman apabila saudara-saudara berbuat seperti yang Gusdur buat seperti di link youtube ini.

http://www.youtube.com/watch?v=dI8F7Zj6jmw&feature=related

Hakikatnya , kerana mereka tidak bodoh lah maka 6 juta orang Islam murtad. Ya mereka tidak bodoh dan mereka tidak hilang keIslaman.

Firman Allah di dalam Al-Quran.

" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya."

Sekiranya saudara-saudari syok sendiri dan merasakan diri saudara-saudari terlalu pandai dan merasakan tidak perlu saudara-saudari mengubah nasib masyarakat kita dengan bertindak secara berterus-terang, maka satu hari nanti mungkin Allah akan menggantikan masyarakat kita dengan satu masyarakat lain. Maka, terjunlah luncai dengan labu-labinya !!!