12 November, 2009

Mengapa IAP mengambil orang luar?

Mengenai IAP-MSC, saya tertanya-tanya mengapa ia dianggotai secara pengaruhnya oleh tokoh-tokoh asing yang tidak kena-mengena dengan budaya atau kebolehan kita secara fitrah. Orang putih (dengan segala hormatnya kepada mereka kerana mendiang ayah mertua saya orang putih) bukanlah kisah sangat dengan permasalahan kita kerana mereka sendiri sudah terplay-out dengan kancah kemelut sendiri terutamanya krisis ekonomi yang mereka sendiri ciptakan.

Apakah pengerusi Forbes iaitu Steve Forbes ingin lihat kita maju dengan ide dari dirinya sekiranya ada? Tentu dia mahu ide itu untuk diri sendiri dulu iaitu melariskan pihak Amerika Syarikat yang kini ingin menyedut seberapa banyak titik minyak atau darah dari bumi Timur Tengah sebelum kiamat.

Saya cukup terkilan bahawa IAP-MSC tidak melantik seorang pun tokoh Malaysia supaya diletakkan pada tempat yang sebenar iaitu menasihati negara tercinta sendiri. Apakah rakyat sendiri tidak boleh didahulukan atau mereka tidak mampu mengutamakan produktiviti?

Kita patut ingat - dunia barat sudah gagal - dulu, kini, dan selama-lamanya. Bukan hambo roiyak tetapi Allah roiyak dalam al-Kitab. Sekiranya kita ingin mati dalam iman (seperti P.Ramlee berkata dalam AliBaba) kita harus kembali kepada petunjuk Ilahi, bahawa "anda lebih tahu urusan dunia anda sendiri"

Saya cukup bangga kerana atas kesedaran sedemikian saya dapat mencipta sejarah dunia atas kebun dan bumi sendiri tanpa satu sen pun dari MSC maupun Forbes. Akhbar tempatan yang dikutip blog tempatan maupun blog Jerman sudah iktiraf sedemikian.

Saya bangga kerana Allah kurniakan pada tapak kaki dan tanah air ku.

(alangkah nikmatnya tanah air ku sekiranya Najib memperkenalkan ketua dunia Open Source ERP yang disokong tiga puluh buah negara kepada mereka sebagai kejutan)

4 comments:

emi21081 said...
This comment has been removed by the author.
emi21081 said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,..

Saya tertarik dengan pandangan Mr Red1 tentang keanggotaan Panel Penasihat Antarabangsa Koridor Raya Multimedia (MSC IAP). Dari apa difahami tulisan Mr Red1, bahawa MSC IAP dipengaruhi majoritinya oleh bukan warga negara Malaysia
(nama pun Antarabangsa). Saya tidak mahu mengulas lanjut pandangan Mr Red1, tetapi sekadar berkongsi maklumat yang sudah pun kita ketahui sebelum ini.

Berdasarkan buku "The Invisible Continent" tulisan Kenichi Ohmae (saya sudah memaklumkan buku ini pada komentar sebelum), pada
abad ini, hampir sudah tiada daratan mahupun lautan apatah benua untuk dijajah oleh kuasa-kuasa besar. Namun demikian, abad ke-20 menyaksikan permulaan kepada suatu benua baru tanpa daratan dikenali sebagai benua maya yang mampu mendatangkan kekayaan, kekuasaan, penjajahan bahkan menguasai keselamatan tanpa mengangkat senjata fizikal seperti mana perang dunia ke-dua.

Seperti kita maklumi, revolusi perindustrian di Eropah memerlukan sumber yang banyak bagi sumber penghasilan barangan serta pasaran. Oleh itu, salah satu cara ialah dengan meluaskan kuasa melalui penjajahan ke atas negara-negara lain. Ini ditambah lagi faktor pengaruh gereja bagi menyebarluaskan agama Kristian. Maka ini mendorong sebahagian negara Eropah mencari tanah jajahan terutama di timur. Hasil dari itu, maka negara kita terjajah oleh kuasa Barat seperti Portugis dan
British.

Itu kisah dahulu di mana penjajahan dalam bentuk fizikal dan kita boleh keluar dari penjajahan secara perundingan di tambah jati diri masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama bermuafakat untuk merdeka. MERDEKA! MERDEKA!
MERDEKA!

Namun kini, penjajahan fizikal mulai kurang (walaupun ada demi emas hitam dari bumi) sebaliknya penjajahan bentuk baru iaitu menerusi jaringan Internet serta ICT tidak boleh dipandang ringan. Setuju atau tidak, sebahagian besar ICT datang dari Barat serta pengaruh darinya. Dan tanpa kita sedari pihak Barat sudah pun menjajah kita, sekurangnya membawa masuk budaya Black Metal sehingga kedapatan anak muda (majoritinya Melayu) menjadi Blank Mental. Barat tidak akan membiarkan teknologi yang mereka kuasai di mana faedahnya dinikmati oleh kita tanpa pengaruh dari mereka (Renungkan isu British memerdekakan Tanah Melayu tetapi sistem pentadbiran masih mengikut British). Begitu juga dengan ICT.

Tetapi apa bentuk penjajahan menerusi ICT dan apa pula kaitannya dengan tulisan Mr Red1 "MENGAPA IAP MENGAMBIL ORANG LUAR? Saya tidak mahu mengulas lanjut (walaupun komentar di atas sudah berjela), tetapi saya tinggalkan isu ini
TERGANTUNG untuk para pembaca berfikir dan kongsikan di ruangan blog PADI ini.

p/s - sekiranya pandangan peribadi saya ini bercanggah dengan mana-mana pendapat lain, boleh emelkan kepada saya.

Sekian Terima Kasih.

Redhuan D. Oon said...

Sdr, minta maaf byk byk kerana saya baru sedar komentar sdr hari ini (lama tak jenguk blog sendiri pun!)

Terima kasih byk2 kerana memperkenalkan buku Keniche Ohmae itu. Memang saya peminatnya dan tidak mengetahui tentang buku itu sehingga sdr cerita di sini. Akan saya baca seterusnya.

Secara komen balas, saya tidaklah menganggap orang putih itu jahat semua atau tidak sesuai utk menasihati kita. Memang sifat 'International' bermakna kita terima juga kehadiran orang luar. Tetapi isunya adalah suara orang dalam seperti saya. Seperti pepatah inggeris sendiri yang saya terjemah di sini "Nabi tidak diterima oleh kampungnya sendiri".

Saya (alhamdulilah) mencapai sesuatu yang saya terlalu gembira berkongsi sebagai khazanah negara tercinta. Itu saja. Rasa sayang yang negara sendiri lebih menagung2kan pihak luar. Banyak contoh tetapi saya tidak ingin jadi contoh seterusnya.

Maka itu sebablah saya buat bising dalam blog sendiri, harap2 dapat terkeluar juga suara yang dikatakan tidak kedengaran ini. Harap2 sangat kepada org2 lain spt sdr! :)

emi21081 said...

Harap Mr.Red1 postkan cerita terbaru di Blog PADI