06 May, 2008

Anak Ku Liyana

Pagi tadi solat subuh, seperti biasa saya berjemaah dengan ahli keluarga. Dua anak lelaki hampir sebaris dengan saya dan anak perempuan di belakang kerana sempit sikit rumah saya dalam hutan di Kuang ini.

Saya ternampak anak perempuan kedua saya senantiasa berkejar waktu. Dialah yang paling tekun, paling memanggil saya yang waktu sudah sampai, dan paling tekun belajar dan paling tinggi markah (walaupun average dalam standard hari ini). Yang lain tak yah cakaplah, ada ciri kemalasan dari ayah mereka.

Liyanalah yang paling tekun juga dalam sukan renang, kini tengah berlatih di bawah Cindy Ong, iaitu pemegang rekod Malaysia yang lebih pantas dari NurulHuda Abdullah. Ameera iaitu anak sulong tidak berapa minat walaupun pernah dapat tempat dalam pasukan renang Wilayah Persekutuan. Namun lebih baik dia fokus saje dalam peperiksaan SPM yang menjelang tiba tahun ini.

Liyana masih tingkatan empat SMK Bukit Rahman Putra.

Balik kepada cerita tadi selepas solat, saya ambil sedikit masa berkuliah kepada si Naquib, si Nasem dan si Liyana. Yang lain (Ameera dan ibunya) off duty. Tetapi saya tuju kepada Liyana (dialihbahasakan):

"Wahai anak ku Liyana. Tahukah anda siapa yang mencipta masa? Siapa yang mencipta sekolah anda? Siapa yang mencipta kelajuan kita berjalan, berenang?"

Saya menunggu Liyana menjawab tetapi dia hairan sedikit tentang perkara 'sekolah'. Soalan trick lagi ke?

Nasem yang darjah 3 sekolah cina (paling dinamis) cuba jawab dulu, "cikgu yang jadikan sekolah". Naquib yang tingkatan 1, pula tak larat buka mata (dialah yang memang pemalas, kira nasib baiklah dia boleh berada di situ dan bukan atas katil).

"Ayah dulu macam awak juga. Nak laju sini sana. Nak semua orang ikut kata kita. Satu hari ayah sedar, yang jika Allah mahu dia boleh bagi kita segala-galanya tanpa diminta. Jangan kata 35 saat untuk 50 meter, 10 saat pun boleh. Allah bagi kita dolphin punya ekorlah."

Mereka tertarik sikit tetapi Naquib masih tertutup-tutup matanya. Liyana pula memandang kat jam dinding yang menyatakan 6.40 pagi kerana 6.45 adalah masa dia kena masuk kereta untuk dibawa ibunya ke sekolah sebelum terlambat. Padahal SMK itu 10 minit sahaja dah sampai. Tetapi macam dah kata tadi, dia ini cukup tekun dan disiplin waktunya. Segala mahu dulu.

"Sekejap, kejap...masa sudah diberi... ini perkara penting. Lihatlah Ayat Seribu Dinar tu yang ada di atas dinding sebelah lagi. Apa dia kata? Jika kita bertakwa kepada Allah dan bertawakkal kepadanya, segala-galanya beres. Allah jadikan kaki awak cukup-cukup untuk jalan selaju itu dan tidak lebih kerana ada sebab. Nak sampai sekolah kini 10 minit kerana Allah jadikan kita teknologi kenderaan. Tangan awak boleh berenang selaju itu kira cukup tepat. Otak awak boleh belajar setakat itu dah cukup. Cara kita boleh bergerak dan berada dah tepat kerana Allah kehendaki sedemikian.

Segala-galanya adalah Al-Kamil - sempurna. Jangan kita risau apa-apa pun. Apa-apa yang akan terjadi sudah ditakdirkan dan dengan Qadha (penentuan) dan Kadar (susunan).
Ameera kakak awak tu tak suka belajar tetapi suka musik dah tepatlah kerana di Berlin itu memang ibukota musik. Nanti ayah bawa dia sekali. Boleh duduk dengan keluarga angkat Jerman muslim di Potsdam. Sama Yaya Schroedder tu.

Allah jadikan awak cukup disiplin ada sebab, yang lain tidak sangat ada sebab. Masa itu memang berjalan. Tetapi perhati yang awak diberikan secukupnya. Yang tak terbuat itu bermakna tak perlulah. Buatlah yang penting."

Kerana kuliah ringkas saya pun menyedarkan diri saya, maka saya pun mengajak isteri saya supaya bersarapan bersama apabila hantar anak keluar sekolah nanti. Dia pula kata tak ada masa.

"8 pagi nanti adalah. Apabila hantar si Naquib yang sesi petang tetapi dia ada program awal 8 nanti."

"Oklah" saya pun kata. Bolehlah saya ambil masa sikit buat blog ini. Saya pun cepat minta Liyana duduk sebelum lari keluar supaya saya dapat tangkap gambarnya. Itulah yang atas saya tampalkan.
Semoga Allah ingatkan saya tentang apa yang Allah sudah kurniakan kepada saya.

"Maka apa diantara nikmat-nikmat Tuhan mu yang engkau dustakan?" - Al-Quran.

05 May, 2008

Murtad Tidak Mungkin



Seseorang yang mengenal Islam dengan sebenarnya dan menerima sokongan moral yang baik dari umat Islam itu sendiri tidak mungkin murtad. Jika orang Kristian datang berdakwah kita mampu berdakwah kembali. Jika orang Buddha datang berdakwah, kita mampu berdakwah balik.

Dulu pernah saya kembali ke bekas gereja saya semasa belajar di IDP kerana ingin menjenguk kawan lama disamping gatal sikit nak hentam tentang Al-Bible dan Al-Quran. Saya berjumpa seorang kawan kristian se-angkatan iaitu Peter Wong di Gereja Calvary (mazhab Pentecostal) lalu beliau bertanya saya,

"Apakah saudara masih percaya ke Jesus Christ?"

Jawapan saya ialah, "Ya, saya masih beriman kepada Jesus".

Sekejap kemudian dia tersedar, "Hmm.. bagaimana pula dengan Muhammad?"

Jawap saya lagi, "Ya, saya turut beriman dengannya".

Kali ini kawan saya agak berdepan, "Bagaimana jika kita berdebat secara baik, dengan padri kita (Prince Guneratnam yang amat hebat berpidato)? Jika awak kalah apakah awak akan kembali ke agama Kristian?"

Saya menjawab, "Dengan rela hati saya. Dan sebaliknya, awak pun patut sama masuk Islam. Malah saya tidak akan gunakan Al-Quran. Saya akan hanya gunakan Al-Bible".

Kita pun bersetuju balik dulu dan menyusun untuk berdebat pada minggu seterusnya. Saya mula panik sikit. Ini kerana ilmu pada saya masih terlalu mentah kerana baru beberapa bulan memeluk Islam. Lagipun padri tersebut memang dilatih khas dari Amerika Syarikat dan apabila berucap kalah Anwar Ibrahim.

Namun saya cuba menelaah apa yang saya boleh dari pengalaman menerusi penulisan padri-padri lain yang sudah memeluk Islam. Saya cuba hafal poin-poin mereka yang mereka sudah siap kutip daripada Bible itu sendiri.

Minggu seterusnya saya pun mengunjung sekali lagi ke gereja tersebut. Tetapi Peter tidak kelihatan. Saya bertanya dengan sesiapa di sana dan mereka kata dia bercuti! Saya amat terkejut kerana dia itu amat taat menghadiri gereja, dan mana boleh bercuti hari datang gereja hari Ahad?!

Saya pun bertanya alamatnya dan pergi mencari dia. Selepas saya terjumpa rumahnya saya memanggilnya keluar. Dia akhirnya keluar dan berdiri sahaja di pagar lalu berkata,
"Tidak perlu lah berdebat. Awak tidak akan masuk Kristian dan aku tidak akan masuk Islam."

Saya pun fras bercampur Yahoo! kerana jelas kawan Kristian saya dengan satu gereja yang ada Prince Guneratnam hebat itu tidak sanggup berdepan dengan saya seekor Cina tinggi lampai ini. Tetapi saya tetap fras,

"Maka Peter, naik saksilah awak. Bahawasanya sudah datang kepada kamu dengan tangan kaki terikat kerana hanya akan guna Bible sahaja. Tetapi awak menolak ajakan untuk berdepan dengan kebenaran lalu menolaknya dengan jelas. Saksikanlah di depan Allah esok nanti".

Saya pun meninggalkan rumahnya dan pergi tidak kembali lagi kepada gereja tersebut. Cuma mahu bersambung di sini bahawa ada banyak cara berdepan dengan usaha memurtadkan orang kita. Kita harus membuka jalan berdebat yang mendedahkan umat kita kepada segala ajaran mereka sehingga mereka merasakan tidak lagi hairan malah mengenal semua lubang hujah dan selok belok mereka. Pendek kata jawapannya adalah ilmu, ilmu dan ilmu.

(Gambar di atas adalah padri itu yang saya sempat cari dari websitus mereka. Gambar kedua adalah antara gambaran keseronokan berada dalam kelab gereja tersebut. Mungkin program sedemikan menarik kepada remaja kita yang dahagakan program yang lasak dan hebat bagi mengisi DNA mereka.

Saya cukup seronok masuk Summer Camp Kristian dahulu. Bila jejak kaki masuk gereja mesti terdengar,"Hi Daniel Oon, do you know we have a Summer Camp coming up soon to go up the mountain?" Teringin sangat nak ikut tetapi kerana miskin waktu itu saya tak dapat.

Apabila saya masuk masjid, dan mendengar khutbah saya dan rakan-rakan sejemaah asyik mengantuk tertidur. Tidak langsung begitu dalam gereja Calvary KL tersebut. Saya pernah terfikir bagaimana ingin menaikkan semangat jemaah masjid. Tetapi apa kan daya. Saya sudah jelas masuk Melayu :) . Orang Melayu hanya berminat berpolemik hukum menghukum antara satu sama lain. Apabila saya bercerita tentang Melayu lawan Melayu ramai orang suka dengar. Apabila saya ajak berusrah, ramai yang tidak hadhir dengan seribu satu alasan yang syarie

Maka jika sesiapa yang berminat berusrah dengan saya mengenai ajaran Kristian dan sebagainya serta aktif melakukan program bertindak menentang usaha memurtadkan kita, jomlah emel kepada saya - red1@red1.org).

04 May, 2008

Islam Releven Tanpa Muslimuun

Ada satu nas yang menyatakan walaupun semua manusia engkar kepada Allah, tidaklah kurangnya Allah itu walaupun sekecil biji sawi pun, dan sebaliknya walaupun semua manusia tunduk taat kepada Allah, tidaklah bertambah diriNya walaupun sebesar biji sawipun.

Islam itu releven walaupun PAS tidak majoriti atau Cina tidak fahamnya. Yang kita perlu faham ialah dimana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Inilah masalah yang tertimbul dari absolute democracy. Sekiranya Cina berada di Tanah Besar Cina, mereka tidak menyoalkan dasar komunis yang atheis. Jika Cina berada di San Francesco, mereka tidak soalkan dasar disana yang tidak benarkan bahasa Cina. Jika Cina berada di Jerman, mereka tidak risau tak nampak Tok Pekong.

Di Malaysia mereka juga pada asalnya tidak timbulkan persoalan tentang hak mereka kerana mereka kaya raya dengan agak mudahnya berbanding dengan Cina di China atau Cina di Amerika. Cukup mudah berniaga dan mengaut keuntungan di sini.

Yang menjadi masalah ialah politik tanah-air mengeksploitas sentimen mereka supaya menyokong fahaman baru yang menjanjikan hak baru kepada mereka. Ada Cina yang tua yang sedar bahawa mereka sudah cukup hak. Yang mereka inginkan bukan nak jadi Perdana Menteri. Yang mereka nak ialah jangan ganggu sekolah Cina mereka, periuk nasi mereka dan tarian Singa mereka.

Islam releven tanpa demokrasi kerana Islam itu fitrah. Jika China dan Thailand boleh terima Buddha yang berasal dari Hindu India, atau komunis yang berasal dari Karl Marx Jerman, mengapa mereka tidak boleh terima satu sistem yang dikatakan amat fitrah bagi mereka sebagai sistem politik semata-mata?

Islam menurut ayat 13 dari Surah Al Hujarat menyatakan penciptaan semua manusia sebagai pelbagai kaum dan bahasa demi untuk pengenalan dan muafakat seterusnya sehingga mencapai ketakwaan itu. Ia satu proses evolusi manusia.

Dalam dunia ada parti politik komunis atau sosialis atau buddha bagi kaum luar tanah asal keujudan mereka, mengapa tidak ada parti politik Islam bagi kaum yang asalnya tidak muslim?

Di Amerika sudah boleh ada seorang wanita atau seorang berkulit hitam boleh angkat sumpah mempertahankan cara hidup barat yang kapitalis dan komersilistik.

Dahulunya seorang raja Kristian dari Habsah boleh memberikan perlindungan dan hormat kepada pelarian Islam dari Mekah yang dihantar oleh Rasulullah s.a.w. sendiri. Mereka muslim hidup bebas dan sanggup taat dan mengharapkan perlindungan dari seorang raja Kristian daripada penindasan pentadbiran Quraish di Mekah.

Saya agak satu hari seorang padri boleh mengangkat sumpah sebagai PM dengan taat setia kepada perlembagaan kesultanan Islam yang berpandu kepada Al-Quran dan Al-Madinah yang berpiagam pelbagai agama. Kita boleh menonjolkan sedemikian sekiranya kita memisahkan agama dengan faham perkauman kepada faham sunnah-alam.

Sekali lagi kuasa Allah yang luhur dan bebas dari tanggapan manusia yang cetek dan bersentimen egoisma.

Peluang Anwar Makin Tipis

Akhirnya Parlimen telah bersidang pada minggu yang lalu. Ujian pertama yang tergenting tidak mendatangkan ramalan yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat (PR) iaitu sejumlah Ahli Dewan Rakyat (ADR) BN memberi undi isyarat 'melompat' kepada PR.

Malah dalam pengundian untuk jawatan Speaker, wakil BN memperolehi 157 undi iaitu 17 undi lebih daripada angka 140 undi yang sedia ada pada bilangan ADR BN. Maka terbukti 17 undi lebih itu datang daripada pihak pembangkang! Itu satu isyarat yang berlawanan dengan semangat 'Govt In Waiting'.

Jawatan Timbalan Speaker, wakil PR mendapat 81 undi iaitu satu undi kurang daripada bilangan ADR PR seramai 82 wakil. Tentu sekali seorang dari pembangkang juga sudah memihak kepada pemerintah.

Ini adalah satu bencana politik kerana sepatutnya undi protes boleh dilakukan secara tertutup tetapi jelas ia tidak berlaku. Maka mana pergi 30 kerusi yang ingin melompat itu? Apakah mereka lebih bersedia untuk melakukan sedemikian pada masa akan datang dan secara lebih terbuka. Tidak nampak kemungkinan langsung.

Seperti yang saya ramalkan dalam tulisan awal, Anwar tidak akan bertindak tetapi menunggu bola lambung atau gol terbuka. Bola sudah dilambung, dan gol sudah terbuka, tetapi tiada yang ingin menyambut atau menyumbatnya.

Satu lagi kemungkinan iaitu memberikan satu kerusi ADR kepada Anwar juga saya meramalkan tidak akan berlaku. Kini dengan satu gol terbuka berlalu begitu sahaja tanpa insiden mari kita beramai-ramai menganalisa apakah satu kerusi untuk Anwar itu akan berlaku dalam masa terdekat ini.

Ini tidak mungkin berlaku kerana sebab dan keadaan yang jelas pada perkiraan kemungkinan semata-mata. Katakan yang calun Bandar Tun Razak yang dipegang wakil PR mengosongkannya untuk Anwar. Kemungkinan pengundian nanti adalah terbahagi kepada 3:

1) Anwar menang dengan majoriti lebih besar,

2) Anwar menang dengan majoriti lebih kecil,

3) Anwar kalah.

Sekiranya perkara (3) berlaku, ia akan membunyikan semboyan bahawa PRU13 boleh menghabiskan PR kali ini.

Sekiranya perkara (2) berlaku, ia akan melemahkan semangat penyokong dan jentera PR sehingga pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti wakil PR melompat pula kepada BN.

Sekiranya perkara (1) berlaku, akan memberi peluang bersorak yang besar kepada PR tetapi itu sahaja. Tidak lebih dari peluang bersorak. Bilangan ADR PR masih pada angka 82. Tiada sesiapa yang boleh melompat sekiranya menang balik kerusi yang sama. Lainlah ada kerusi baru dari BN yang diberikan kepada PR. Itu juga kurang mungkin.

Ketidak-sediaan mana-mana wakil BN untuk memberi sekurang-kurangnya satu undi pun kepada pembangkang dalam soal yang begitu mudah ujiannya minggu lepas menunjukkan bahawa samada mereka tidak berani atau pimpinan BN sedang mengawasi mereka. Sekiranya ada undi yanglebih memihak kepada PR, maka jelas ada musuh dalam selimut BN, dan musuh itu akan dicari sampai dapat. Mesti ada parti komponen atau suspek yang terhidu, dan mungkin hilang beberapa janji yang mereka harapkan sebelum ini dari kerajaan.

Tentu sekali pembelot yang berpontensi tidak yakin dengan keadaan dan lebih baik kekal status quo dan jangan mengugat kejayaan setakat ini. Atau mungkin mereka saja tidak yakin peluang dengan PR. Beralih kepada PR bukan bermakna mereka dapat imbuhan atau kedudukan yang lebih baik dari sekarang.

Dengan keadaan (1) di atas hanya bermakna Anwar memasuki Parlimen dan apakah ia sanggup duduk sebagai Ketua Pembangkang yang De Facto? Ini akan secara tidak langsung bermakna Anwar sanggup menahan satu penjara jiwanya selama beberapa tahun lamanya sehingga PRU13.

Bermakna tiada perubahan yang bermakna sangat dengan percubaan menukar tuan kerusi itu.
Jadi bahaya risiko adalah jauh besar sangat untuk diberikan percubaan begitu sahaja. Kalau berlaku perkara (2) atau (3) akan bermakna penamatan zaman Anwar buat selama-lamanya. Beliau tidak akan dapat isyarat yang lebih besar dari PRU12 yang lalu.

Kemungkinan perkara (2) itu boleh berlaku adalah agak nyata. Dua golongan pengundi iaitu yang Melayu dan yang bukan Melayu ada sebab untuk kurang menyokong PR kali ini.

a) Melayu sudah rasa cukup menghukum Umno yang jelas sudah cedera parah. Mereka akan membiarkan pemulihan balik. Juga faktor kebimbangan akan lebih terhakis kedudukan mempertahankan hak istimewa Melayu adalah lebih terbangkit kali ini. Sebelum ini pengundi Melayu hanya ingin memberi sedikit peringatan kepada Umno. Bukan untuk menghapuskan Umno atau membiarkan keadaan Umno hidup melarat.

b) Bukan Melayu turut merasakan keadaan lebih jelas dengan iklim politik terkini dimana PR masih tidak nampak boleh pergi lebih jauh daripada keadaan sekarang. 82 adalah angka maksima yang tidak mungkin diulangi mahupun dikekalkan begitu sahaja. Jadi mengapa mahu mengekalkan satu angka yang tidak mengubah nasib mereka? Wakil-wakil bukan Melayu disebelah BN begitu berkurangan dan harus diberikan isyarat yang positif kali ini untuk mereka dikembalikan.

Maka pilihan bagi Anwar untuk menjadi PM adalah amat terhad. Sebagai tidak memegang jawatan dalam PKR menunjukkan kemungkinan beliau lebih sayang keahlian dalam Umno. Tetapi tembok besar Umno begitu kebal menanti pemulangannya. Mana-mana kumpulan dalam Umno begitu takut jika dia kembali. Lebih baik mereka berdepan dengan 'dara' yang ada di dalam daripada mencuba 'duda' yang kembali kepangkuan.

Sebagai PM In Waiting tetapi di luar kerajaan yang sah adalah keadaan yang tidak memberi makna melainkan sebagai seorang Opposition Chief in Waiting. Itu sebabnya Anwar sudah mengambarkan keadaan ini sebelum ini dan memberikan dirinya sehingga 2011 untuk peluang sekali lagi iaitu dalam PRU13 barangkali. Dengan keadaan sidang parlimen yang lepas yang mempamirkan aksi terbaik dari PR, keadaan dijangka tidak banyak berubah dari yang ada sekarang.

Seterusnya drama politik yang tertinggal adalah samada akan berlaku kehancuran tersendiri (self destruction) Umno secara tanpa faktor dari luar. Ini masih tidak nampak akan berlaku dengan mudah walaupun menjelang Disember nanti. Umno nampaknya bertindak balas seperti apa jua organisma yang mengalami penyakit teruk. Ia akan cepat-cepat cuba menguatkan kembali keadaan dan mengelakka bencana tersebut.

Hanya faktor lain dari luar sepertimana yang saya pernah tertulis iaitu faktor pengaruh dan ancaman dari Che Det sahaja yang boleh dikira sebagai benar-benar mengancam. Selain dia, tiada politikus yang lebih matang dan bijak berfikir. Apakah fikirannya? Siapa yang dia hendak sokong, perlagakan? Pendamaian atau peperangan? Pena menunggu ditangannya.

02 May, 2008

Fanatisme Sepanjang Zaman

Tidak perlu kaji tentang sejarah manusia, tetapi sejarah hidup saya sendiri pun saya pernah dan sedang menempuh ramai manusia yang sedikit sebanyak ada fanatisme tersendiri. Seseorang fanatik itu akan berpegang kepada kepercayaannya tetapi dengan cara:
1) Menolak semua maklumat atau kaedah baru yang mungkin mengugat kepercayaan atau bahasa mindanya, tanpa soal periksa.
2) Takut kepada kritikan atau benci pegangan orang lain yang mungkin tidak senada atau setinggi kepercayaan dengannya.

3) Bertindak menyisih atau bersendirian daripada bercampur-baur dengan pegangan orang lain.

4) Tidak mengendahkan keselesaan tetamu atau lawannya yang terpaksa menerima dihina atau dikutuk dengan kata-kata nista dan asing kepada mereka.

5) Masih yakin bahawa kepercayaan yang dia duduk menganuti selama ini adalah yang maha benar dan tidak ada syak di dalamnya sedikit langsung pun.

6) Bahawa mereka lebih holier than thou - lebih suci dari anda.

Andalah yang berdosa, andalah yang masuk neraka. Kita tidak. Kita maha suci, dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Tidak boleh disoal langsung. Jika tersoal menandakan kelemahan minda dan hati anda yang masih belum jelas. Belum cukup tarbiyah. Pergi belajar lagi.

Apakah seseorang yang benar itu boleh mempunyai mana-mana ciri yang di atas? Bolehkah kita sebagai seseorang muslim mengkaji semula agama kita dari mula sehingga akhir? Jawapan yang saya belajar sebagai seorang muslim ialah 'Ya'.

Banyak hadis yang menasihati kita supaya mengkaji dan terus mengkaji tentang ilmu Allah yang tidak ada penghujungnya. Malah seluruh pengetahuan manusia hanyalah senisbah setitik air berbanding dengan seluruh air yang ada pada lautan. Cuba berfikir. Tidak mungkin kita habiskan setitik air itu, apatah lagi menyelami sehingga lautan yang dalam. Apatah lagi seluas memusing satu bumi.

Sesiapa yang tidak mengaji atau berhenti dari terus menerus menuntut ilmu agama, maka saya anggap mereka itu taklid, dan taklid itu tidak dibenarkan berpanjangan sehingga mati.

Hadis sahih masyur menyatakan, "Thalabul ilmi faridatun alaa kulli muslim" - Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.

Begitu juga, "Awaluddin Makrifatullah" - Permulaaan dalam agama adalah mengenal Allah. Ini semua menuntut kita berilmu bermula dengan mengenal siapa Tuhan kita yang sebenar-benarnya dan jangan kita menyangka buruk terhadapNya atau tersilap sangka tentang kekuasaanNya.

Lagi berilmu yang benar, lagi betul pegangan kita. Lagi payah musuh mengugatnya.

Apabila saya berada dalam gereja pun ada fanatisme dikalangan satu gereja ke satu gereja yang lain. Ada yang Katholik, menganggap diri merekalah yang sahih dan tertinggi pegangan mereka. Ada Protestan pula yang memprotes fahaman Katholik. Ada pula Seventh Day Adventist, Mormon, Pentecostal, Brethen , Jehovah Witness, Sun Moon (al-Masih dari Korea!).

Rata-rata ada yang moderate dalam pembawaan dan percakapan mereka tetapi ada jua segelintir yang fanatik dan mempercayai mereka sajalah yang betul dan orang lain semuanya salah atau masih dalam jahiliyah lagi.

Apabila saya meninggalkan gereja ke masjid pun saya terjumpa pelbagai kumpulan yang bersifat fanatik dengan pegangan dan penjelasan masing-masing. Orang Tabligh ada yang baik sepertimana ada padri yang baik hati, tetapi beberapa dari anggota fanatik pula akan membenci kita sekiranya kita tidak setuju dengan pendapat mereka. Contohnya mereka kata kita lemah iman, padahal saya menolak pendapat itu. Saya anggap Iman kita kuat, tetapi Islam kita terpesong. Mereka anggap mutiara Allah di dalam rumahNya, padahal saya anggap mutiaraNya berada dimana-mana.

Ada fanatik Tariqat, sekiranya kita tidak tahu ilmu rahsia mereka maka kita ini macam bahalul. Ada PAS sekiranya kita ini tidak mahu bertakbir tetapi bertepuk tangan maka kita ini tidak beradab. Ada yang UMNO menganggap PAS it kolot. Ada yang Syiah menganggap mereka yang Sunni itu sesat. Ada yang Sunni menganggap Syiah itu over (supaya berlaku adil, kena kutuk semua sama rata).

Ada yang tidak beragama menganggap mereka yang beragama itu sebagai tertutup otak.

Ada yang memakai hijab melihat mereka yang tidak berhijab sebagai penghuni neraka. Ada yang berilmu melihat mereka yang bodoh itu lagi bodoh dari bodoh. Ada yang berizajah melihat mereka yang tidak berijizah sebagai bukan bertaraf elit.

Ada yang berbahasa Inggeris menganggap yang tidak boleh sebagai belum global. Ada yang pandai menyanyi menganggap sesiapa yang tidak tahu lagu terbaru sebagai ketinggalan. Seterus dan seterusnya, ramai fanatik yang kita boleh kutip dalam perjalanan hidup kita.

Seringkali fanatik itu tidak dapat berhujah dengan baik kerana akan cepat emosi dan melenting. Mereka juga akan mencari hujah sengaja untuk mengalahkan dan mengaibkan lawan. Mereka menganggap tindakan mereka itu siuman dan beradaban terkini.

Sekiranya lawan mereka keluarkan hujah yang boleh mematikan hujah mereka, mati-mati mereka tidak akan berhenti sejenak dan terfikir apakah mungkin fakta baru itu betul atau tidak. Jarang mereka meminta fakta tambahan dan rujukan baru untuk balik mengkaji dengan lebih mendalam dan lebih saksama.

Dengan itu, sehingga kiamat golongan yang fanatik itu tidak akan menerima hidayah melainkan makin tebal kefanatikan mereka.

Islam adalah agama yang rasional dan berpegang teguh kepada Janji Allah yang Dia akan mengadili semua perbalahan manusia terutama bisikan dalam hati-hati mereka. Dan cara Allah membongkarkan sering dengan, "bukankah itu dalam hati kamu - kebencian kepada kebenaran?"

Allah meletakkan satu prinsip mengenai pegangan manusia. Bahawa walaupun mereka bersatu semua dan beriman atau sebaliknya tidaklah menjadi KehendakNya. Maka mengapa ia jadi sesuatu yang terlampau dikehendaki kita?

Nabi Muhammad pernah di tegur, "InnAntum ilanNadzir" - awak tidak lain melainkan seorang pemberi amaran sahaja.

Apabila Che Det Menulis

Dengan termunculnya blog Che Det, mantan PM kita kembali dengan nama pena-nya yang masyur.

'Che Det' merupakan nama samaran beliau mula menulis semasa zaman universiti beliau di Singapura. Mahathir kuat menulis. Tetapi beliau menulis bukan sebagai jurnalis (yang saya tengah buat untuk topik ini). Che Det tajam berfikir dan kuat membaca serta lagi berani mencabar menerusi pena.

Bukunya 'The Malay Dilema' dan penulisannya sepanjang zaman turut membuka minda saya tentang anjakan paradigma. Ini kerana Che Det menanam satu sikap yang serasi dengan budaya fikir keCinaan saya.

Mengambil iktibar iklim budaya Cina, saya kurang suka duduk diam-diam dan asyik mengutuk sahaja. Cina minat bangun bertindak, samada untuk cari ketuntungan ekonomi atau keuntungan politik. Tidak kira walaupun untungnya sekupang sekupang. Yang penting senantiasa ada untung.

Che Det buktikan beliau boleh jadi PM, boleh memimpin Malaysia dengan segala keceramukan uniknya maju bukan sahaja ke depan tetapi memotong negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan hampir-hampir memotong Singapura kalau tidak kerana Pak Lah bersifat lemah lembut memotong projek Jambatan Bengkok.

Che Det mengantungkan pena-nya pada tahun 1981 apabila menaiki tahta kerajaan. Sebagai PM, beliau cuma perlu berdehem untuk projek dan ide bergerak tanpa halangan. Kini beliau sudah tidak lagi berkuasa, dan maka beliau mencari kembali pena yang masih ada kuasa saktinya yang terhad tetapi tetap tajam.

Sama seperti Anwar Ibrahim sebagai pemimpin pelajar dahulu. Suara langtangnya adalah sakti buat beliau. Apabila masuk kerajaan suara itu terhenti 17 tahun, tidak lantang maupun berdehem seperti dahulu. Tetapi apabila beliau dipecat oleh Che Det, kembalilah Anwar sebagai suara keramat sekali lagi. Tak tukar-tukar nadaaa dan mudaaa-nya.

Politik tanah-air semakin menarik. Apakah kita duduk diam sebagai pembaca dan penonton sahaja, atau kita turut mencakar pena masing-masing?

Cina Tidak Positif

Semalam saya dapat mendengar dari teman lama, Ridhuan Tee mengenai tesis kedoktorannya yang mengkaji tentang tanggapan siswazah Cina di Malaysia terhadap politik Melayu UMNO.

"Rata-rata adalah negatif", ujar beliau yang telah membuat kajian dari bandar sehingga masuk kampung, dan dikalangan siswazah sekolah swasta yang seratus peratus Cina atau sekolah kerajaan yang majoriti Melayu.

Beliau yang membuat kajiannya tanpa prejudis kerana cuma mengedarkan borang yang meminta sampel dari pelajar Cina supaya meletakkan sejauh mana mereka merasakan tentang soal seperti Agama, Bumiputera, Negara, Ekoomi dan lain-lain.

Beliau yang sudah selesai tesisnya lalu sedang menunggu sesi ujian soal-jawab vaiva tidak lama lagi, merasakan agak negtif juga kerana hasil keputusan itu tidaklah baik bagi imej kita di Malaysia.
Pada pendapat saya, masyarakat Cina yang ditinjau oleh Sdr Tee barangkali terlalu muda dan semestinya orang Cina yang lebih tua mungkin lain pula rekodnya.

Macamanapun saya dan beliau bersetuju bahawa Malaysia ini masih menjadi syurga bagi kita kaum Cina dan tanggapan negatif hanya merupakan persepsi simbolik sahaja.

Dalam pertemuan semalam, saya turut mendengar pandangan dari seorang kawan Cina yang berasal dari Kucing, Sarawak yang beliau mengaku adalah terbuka kepada semua agama tetapi tidak merasakan negara ini memberikannya satu iklim perasaan politik yang saksama dari segi keadilan kaum.

Kawan-kawan Melayu dalam perjumpaan dialog semalam bagi maksud memperbincangkan isu-isu semasa turut merasakan yang persepsi itu tidaklah tepat. Tetapi secara kesimpulan kita bersetuju bahawa dengan dialog yang berterusan mampu memberi peluang semua pihak memahami keadaan sebenar bagi manfaat semua.

01 May, 2008

Kalimah Tauhid Dalam Al-Bible

Dalam Al-Bible ada cerita mengenai memperolehi hidup kekal abadi di akhirat (gain eternal life).

Satu hari salah seorang pemerintah cukup terasa bimbang yang ajaran Nabi Isa a.s. itu mungkin benar dan golongan Yahudi sendiri adalah sesat. Dia pun mendekati Isa a.s. dan bertanya,

"Wahai Guru Baik, apakah yang saya perlu lakukan untuk mendapatkan hidup yang abadi diakhirat besok?"

Isa a.s. pun menjawab dengan,

"Mengapa awak panggil saya 'baik'. Tiada yang baik melainkan Tuhan".

Itu adalah dari Injil versi Luke bab 18, ayat 18 - 19

Kitab Injil versi Mark bab 12, ayat 28 - 33 pula:

"Maka seorang ahlul kitab datang kepadanya (Nabi Isa a.s.) lalu bertanya, 'Manakah hukum paling utama sekali?"

Dan Isa (a.s) menjawab kepada mereka, 'Yang utama sekali ialah, Dengarlah wahai Bani Israel, AlRabbi Tuhan kita adalah Satu.

Dan kamu hendaklah menyayangi Rabb mu, Tuhan mu dengan segala ruh, minda dan kekuatan. Inilah hukum utama. Yang kedua ialah untuk menyayangi jiran kamu sepertimana kamu menyayangi diri sendiri.

Ahlul kitab itu berkata kepadanya, 'Betul Guru; Anda telah menyatakan bahawa Dia adalah Satu, dan tiada yang lain melainkanNya.' "

Lalu ahlul kitab itu mengulangi hukum kedua itu. Selepas itu Nabi Isa a.s. menyatakan kepadanya bahawa dia tidak jauh dari hidup kekal abadi disyurga.

Dari ayat-ayat seperti ini yang saya berpegang semasa dalam Kristian sebagai cukup jelas dan mudah mendapat akhiratul hasanah. Tetapi ia menjadi payah dan keliru dibuatnya saya apabila percanggahan tertimbul dari ayat-ayat tulisan pihak lain terutamanya Paul (seorang pegawai tentera Rumawi) di dalam Al-Bible.

Ayat-ayat di atas jelas menerangkan bahawa formula adalah mudah dan tidak ada kena mengena dengan konsep Trinity iaitu Tiga tuhan atau Anak tuhan yang kemudiannya dipercayai terpunca dari fahaman Rumawi Yunani yang menyembah tuhan matahari Apollo yang mempunyai tarikh lahirnya pada 25hb Disember, yang kini dianggap sebagai Hari Krismas dan hari kelahiran Nabi Isa a.s. yang tidak disebut dalam kitab ini maupun hadis.

Mujur dan untung besar kita di dalam Al-Quran segala kecelaruan dan percanggahan sedemikian tidak ujud malah kalimah tauhid dan shahadah adalah jelas dan konsisten.

Jika Esok Awak Tiada

Satu hari seorang kawan kepada saya bagi tahu yang ia sakit teruk entah pasal apa. Maka dia akan bercuti sakit dan tidak dapat berjumpa dengan saya sepertimana yang dijanjikan sebelum itu.
Saya pun membalas beritanya itu dengan,"Alhamdulillah! Tunggu berapa hari nanti saya akan cek balik apakah anda masih ada."

"Aik, jangan! Doakanlah aku sembuh dan kekal di dunia", jawabnya dengan risau.

Lepas beberapa hari saya berjumpa dengannya. Dia anggap percakapan saya hari itu bergurau,

"Adeke berdoa orang masih ade?"

Saya menjawab, "Tak.. saya rindu mau kembali ke ramhmatullah dengan cepat. Jadi bila saya dengar ada orang lain kemungkinan pergi sebelum ku maka saya cemburulah".

Saya agak terkejut tetapi rasa insaf dan sedar bahawa Zikirullah dan mengingati mati itulah adalah amalan spiritual yang baik di sisi Islam. Ia dikatakan boleh memulihkan pelbagai penyakit hati seperti terlalu berpaut kepada dunia dan akhirnya susah sakit lagi tambah pula kerana pautan tersebut tiba-tiba terbuka dan lesap kerana Allah boleh menarik kita pada bila-bila waktu.

Saya (maaf banyak-banyak kepada mereka yang menjual Takaful) cukup tidak setuju dengan konsep insurans nyawa. Selalunya kawan yang duk kempen kat saya suruh beli saya tolak bukan kerana saya tidak ada cukup wang (memang pun) atau saya tidak sayang nyawa.

Tetapi saya sepatutnya lebih sayang akhirat kerana saya asyik teringat ayat dalam Surah Wad-Dhuha yang mengatakan Wal akhiratu khairu laka minal ulaaa - Dan sesungguhnya akhirat itu jauh lebih baik dari (dunia) ini.

Selalunya ejen takaful akan gunakan taktik yang dipinjam dari AIA atau insurans kuno,

"Tetapi bukankah tanggungjawab awak kepada anak bini sebagai amanah dari Allah awak kena sempurnakan makan minum mereka, lalu apabila awak tiada esok siapa yang akan menjaga mereka?

"Saya senantiasa menjawab, "Allah lah!"

Saya selepas solah berjemaah dengan anak bini saya sering akan memberikan sedikit kuliah agama,"Your father came to Islam from nothing. Your father brought you up from nothing. Your father shall leave you here with nothing. All I have I shall wakaf if any. But I leave you with knowledge of Allah. If you know who supports you and me all this while, I am thankful enough.
Always remember this. If anything should happen to you, who do you call out first?"

Sering anak-anak saya menjawab dengan 'Allah!" menandakan mereka sudah faham.

"Remember, remember, only Allah feeds you and only He helps you and only He listens to you. Sometimes your best friends will not listen nor help even if they can. Not that they cannot. But Allah is jealous for you did not ask from Him."

Lepas beberapa minggu saya akan menguji anak-anak saya,

"Today your father has no job and money is running out. Should I worry?"
Mereka akan jawab, "No, Allah shall bring us and you His rezeki!"
"Why, why, why?" saya uji lagi.
"Allah promised in that Ayat Seribu Dinar we always read together".

Apabila saya mendapat projek yang datangkan reazeki yang banyak, saya akan tanya lagi supaya memastikan mereka tahu dari mana rezeki itu datang sebenarnya.

Alhamdulillah, kini saya boleh meninggalkan dunia dengan tenang dan bahagia.

Islam Tidak Ganas

Ini bukan satu kenyataan apolijetik tetapi menerangkan kepada yang tersilap maklumat mengenai Islam. Apabila September 11 berlaku ada maklumat pula yang ia dirancang oleh musuh Islam dan bukan orang Islam itu. Kita tidak tahu yang pihak mana benar kerana tiada 'Commisson of Truth" untuk peristiwa itu.

Saya pun tidak dapat mengesahkan dan saya percaya Allah tidak akan tanya saya apa yang berlaku di September 11. Malah saya percaya malaikat nanti akan maklumkan saya yang masa giliran saya nanti di Padang Masyar (On the Day of Judgement, at My Trial) saya akan ditanya apa amalan SAYA dan sebagainya - asal semua saya dan bukan orang lain. Saya amat bimbang hari itu.

Jadi rujukan saya kepada peristiwa teroris ini adalah cetusan ingin tahu serta ingin memberitahu kepada yang kurang tahu. Anggaplah ini amalan jariah saya. Selepas itu orang boleh komen kembali maupun kritik secara bebas. Ini supaya saya tidak berlaku silap dengan memberi pandangan sebelah pihak lalu menutup skrin dan tidak ingin dengar kot kot saya silap. Nanti satu hal pula depan Mahkamah Allah saya dituduh tidak bertanggungjawab dalam memberi maklumat sehingga orang lain terpesong. Berat hukumannya memesongkan aqidah orang.

Aqidah saya mengenai perjuangan Islam bergantung kepada maklumat. Syukur saya yang Islam itu mementingkan maklumat sehingga 'kulli hal dalila" - setiap satu dalam Islam mesti ada dalil. Nak pegang kepada Allah ada dalil naqliahnya. Nak tolak hadis ada dalilnya. Nak cerai ada dalilnya. Nak mati pun ada dalilnya. Saya cukup aman dengan agama Islam. Saya tahu ada agama lain yang tidak benarkan dalil atau terlalu banyak soal yang ikhlas. Saya tidak mahu sebutkan lagi agama lain di sini kerana kot kot orang yang masih agama tersebut terhalang benci tulisan saya lalu gunakannya sebagai dalil di depan malaikat nanti bahawa dia tak masuk 'queue' kerana si Red1 Oon ni yang buat dia benci bukan suka terhadap Islam.
.
Ada satu peristiwa paling penting iaitu perang pertama Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w. yakni Perang Badar yang berlaku pada 17 Mac 624 Masehi atau 17 Ramadhan 2 Hijriah dimana umat Islam dipaksa berperang oleh musuh mereka yang bencikan mereka.

Anggota muslim yang berdiri di belakang Rasulullah pada hari itu adalah 313 orang berdepan dengan lebih seribu orang musuh. Nabi sendiri pun risau dan menangkat tangan untuk berdoa kepada Allah,

(saya tak berapa ingat susunan dan kata-kata tepat dalam doa tersebut tetapi lebih kurang:)

"Ya Allah. .. sekiranya kita gugur hari ini, siapa yang akan membawa Islam Engkau esok?"

Hendaklah kita sedia maklum bahawa gugurnya orang Islam dalam medan jihad pimpinan Nabi Allah adalah dikira syahid dan tidak mati. Ramai yang inginkan status sedemikian. Tetapi Rasulullah tidak. Dia inginkan yang lebih baik, lebih tinggi, lebih mulia dan lebih bertanggungjawab. Dia inginkan keredhaan Allah untuk menyampaikan mesejNya.

Atas sifat tabligh bagindalah yang hari ini kamu dan saya mengenal dan mengamalkan Islam. Kepada saya sekiranya Baginda dan rakan-rakannya hanya inginkan syahid dan selesaikan saja di Badar hari itu pun boleh, tetapi adalah mementingkan diri sendiri sahaja.

Sebagai nota kaki sampingan, hendaklah diketahui bahawa doa Nabi adalah mujarab. Sebaik sahaja doanya, Allah menurunkan ribuan malaikat untuk memastikan kemenangan kepada Islam. Saya tahu ramai kawan saya yang inginkan malaikat turun menyelematkan dia apabila kes bankrap dan sebagainya. Tetapi sedih tiada yang turun. Mengapa? Ada dalilnya. Mungkin kerana kita tidak berdoa sepertimana Nabi berdoa.